Resipi laksa goreng bibik ANIS
Alhamdulillah...sedap rupanya....Tak puas makan...Resipi adalah idea daripada pembantu rumah wanna Untk tahun 2013, dah kali kedua mencubanya....semoga bermanfaat dalam menghasilkan pelbagai variasi masakan :) Sememangnya tiru wanna punya resipi.... Bahan-bahan: Laksa Panjang (sepeket), yatie guna laksa segera..perlu direbus dulu Ayam (dipotong kecil-kecil) yatie guna ayam hancur satu bungkus Cendawan Cina (rendam dulu, then potong) Bawang Putih + Bawang Merah (Yang dah diblender) Cili Giling Sos Tiram (yatie tambah sos lada hitam 2 sudu) Sos Tomato Kicap Manis Garam secukup rasa Cara-cara Memasak: 1. Panaskan minyak. Tumis CILI GILING 2 @ 3 sudu besar. 2. Masukkan BAWANG PUTIH & BAWANG MERAH. 3. Masukkan GARAM. 4. Masukkan SOS TOMATO. Lebih kurang 2 sudu besar. 5. Masukkan SOS TIRAM 3 @ 4 sudu besar dan sos lada hitam. 6. Masukkan KICAP MANIS. 7. Masukkan CENDAWAN CINA & AYAM yang telah dipotong tadi. 8. Masukkan sedikit air. (Bila da...