Yakinlah, Rezeki Itu Jaminan Allah
DENGAN YAKIN saya
katakan lagi...dulu sekolah saya tu bila awak tengok...boleh jadi tak mampu nak
lahir orang-orang yang hebat...percaya la...segalanya ada aturan yang sangat cantik
dari Allah SWT....saya juga untuk berada ditahap ini...bersabar selama 13 tahun
di syarikat petronas...ada masa sehingga sanggup ditukar sebagai kerani.2 tahun
sebelum bertukar berpindah ke KL sebagai penyelia...dengan alasan..tak
fit..hakikatnya saya sangat pening mengatur masa saya sebagai seorang
isteri...seorang ibu...seorang pelajar!
SYUKUR Alhamdulillah...dengan bantuan rakan daripada yang
tak pernah kenal sekalipun...Mida namanya...saya perlu jumpa dengannya satu
hari nanti..dan persaingan dengan seorang guru yang juga ibu tunggal, saya
bersama-samanya beriringan menerima Ijazah...sangat tersentuh....berjaya
walaupun dengan pelbagai ujian hidup....
Tujuan menulis adalah mohon sahabat juga berdoa supaya suami
saya Jamisal dapat bertindak cepat dan melapangkan masanya untuk mendaftarkan
anak kami...yang mana ketika ini anak perempuan saya suka bersekolah di
AsSyakirin..berbeza dengan saya ketika emak menghatar saya ke sekolah
agama...saya tak suka!.
Kini, bukan mendabik dada mahupun riak...saya juga mahu
berkongsi kegembiraan...apabila banyak kita dapat..banyak lagi kita boleh
berkongsi...terutama ketika ini kami masih lagi boleh berbakti kepada kedua ibubapa...LAGI-LAGI...SAYA
TIDAK lagi bergantung nafkah daripada suami...dan suami boleh memberi lebih
dari orang biasa untuk kedua ibu bapa mertua....InsyaAllah...
SAYA BERHARAP semoga rezeki yang diperolehi kami diredhai
Allah.
SEINDAH pekerjaan didunia ini bagi seorang isteri adalah
seorang surirumah...dan setiap hari...saya berdoa supaya saya tidak perlu lagi
makan gaji disebuah syarikat ketika berumur 40 tahun...Limpahkan dan
kurniakanlah rezeki apa yang aku dapat pada hari ini dan masa akan datang ini
disalurkan melalui suami kepada kami.Ya Allah panjangkanlah umur
kami..perkenankan doa kami Ya Allah,Amin
Menurut sebuah riwayat, pada suatu hari Nabi sulaiman ingin
mengetahui bagaimana Allah memberikan rezeki kepada seluruh makhlukNya di dunia
ini.Untuk membuktikannya ia bertanya kepada seorang semut, berapa banyak Allah
memberikan rezeki kepada semut dalam satu tahun.Semut menjawab bahawa ia
memperoleh rezeki sebesar kepalan tangan Nabi Sulaiman.
Mengetahui hanya sebesar itu rezeki yang di peroleh semut
tersebut, rasanya sangat mudah bagi nabi sulaiman untuk memberikannya.Kemudian
Nabi Sulaiman membuat tawaran kepada semut untuk masuk ke dalam botol yang telah
diisi dengan makan sekepalan tangan nabi sulaiman.SEMUT BERSETUJU DENGAN
TAWARAN TERSEBUT LALU melaksanakannya.Maka botol pun ditutup rapat dan
disimpan.
Setahun kemudian Nabi Sulaiman datang semula kepada
semut.Ketika ia membuka botol tersebut tenyata didapatinya semut hanya memakan
sebahagian sahaja daripada makanan tersebut.Nabi Sulaiman hairan dan kemudian
bertanya kenapa makan tersebut tidak dihabiskan.Bukankah semut telah
mengatakan, bahawa rezekinya dalam satu tahun akan diperolehi sebesar kepalan
tangannya?
Mendengar pertanyaan itu semut menjawab dengan tenang :
"Wahai nabi yang mulia, memanglah benar apa yang aku
katakan, bahawa aku memperoleh rezeki dalam satu tahun sebesar kepalan tangan
yang mulia, namun itu terjadi pada masa aku tidak berada di dalam botol ini.Dan
pada masa itu aku sangat yakin Allah akan memberikan aku rezeki dan dia tidak
akan melupakanku walau sedetik pun, sehingga aku yakin Allah akan menjamin
rezekiku.Tetapi kini, aku yang lemah ini terkurung di dalam botol mu, apakah
kau dapat menjamin bahawa kau tidak akan lupa memberiku makanan semula setelah
satu tahun? Apakan engkau berani menjamin hidup dan rezekiku di tanganmu?????"
Mendengar jawapan tersebut, Nabi Sulaiman pun terpegun,
kemudian bersujud syukur memohon ampun kepada Allah dan melepaskan semut
daripada kurungan botol tersebut.
Petikan dan mood saya sekarang sedang membaca
"Buku mudahnya mendapat rezeki produksi yamani angle
penyusun mukhlas asy-syarkani'
Allah berfirman yang bermaksud "Tidak ada satu binatang
melata pun di bumi ini melainkan Allahlah yang mengatur rezekinya"( Surah
Hud, 11:6)
Comments