Sebutir kata dua

Saya perkenalkan diri saya yang diberi nama Norhayati Hamzah


Saya perlu berkongsi supaya orang tahu..

Niat saya sebenarnya menjalankan perniagaan..


Saya tak nak tidur.. lagi2 bila berjaya menjadi surirumah setelah 15 tahun bekerja saya rasa nak tidur nak rehat jer...best wooo.. 

lagi2 masa berhenti kerja tu..anak saya yang paling kecil baru nak masuk setahun...tengok gambar ni sekarang dah sekolah dan berumur 7 tahun.. (kasihan pulok zaman diaorang ni..boleh kira pergi sekolah.. rezeki juga saya tak bekerja lagi...)


Tapi kan bila nak hampir setahun ai ai tak boleh jadi...bosan.. sebab kita biasa kerja..biasa bergerak..


Takkan nak tidur jer.. tu tanda nak mati πŸ˜‚, terus refleks dengan dengan sendiri.. nak rehat, rehat kat kubur la.. eii ya Allah, tak jadi ni..


Petang2 saya pergi rumah arwah ayah.. lepak chit chat berangan (pilihan yang tepat yang Allah atur, ayah meninggal pada tahun 2020 dengan umur 85 tahun segak dan tidak nyanyuk)


Dalam masa yang sama, saya ada ramai anak buah yang baru habis belajar.. ada saya belanja pergi belajar buat kek..


Ada la duit sikit2, boleh la belanja.. tapi sungguh.. setahun tak bekerja.. saya boleh buat saving rm8k,  duduk rumah .. maksudnya kalau saya tak buat apa2 saya dah cukup makan, tempat tinggal, berkereta.. dan boleh saving..


Saya mula buat project cup cake la.. utk birthday, majlis tahlil.. lepas tu ada tolong jual karipap kawan-kawan..beli seluar borong dan jual balik..tu pun saya nak pakai juga seluar tu πŸ˜‚


Typical saya tak nak susah.. kalau buat delivery saya suka, sebab saya suka jalan..tu saya suka buat bisnes yang siap dah..


Tup tup suami tengok saya suka bisnes, dia kata buka kedai la.. hah takut, saya tak biasa bisnes secara bersungguh ni.. lagi la biasa bekerja dengan zon sangat selesa..


Nak niaga apa? Buka kedai  "coffee" Coffee champion?

Ada orang ke nak minum..


Of course gaya suami mahu ala2 starbucks.. kawasan rumah arwah ayah tu bagi saya masih kampung.. ni 7 tahun punya cerita.. abang la advise, buka cendol?


Cendol??? tak glamour nya, ialah kitaorang ni background orang bekerja bidang minyak dan gas.. 


Tapi saya cuba.. sebab kaki jalan masa tu pernah pergi Indonesia pernah cuba cendol pelbagai.. Abc so saya adaptasi dengan harga mampu milik..rasa dengan orang muda suka..mampu beli..


Alhamdulillah sungguh2 saya buat, bukan hanya The Cendol Champion dibuka dan kini coffee di Yatt By Cendol Champion


Sekarang Saya cuba beralih dengan makanan frozen.. try jadi stokis daging premium.. Thawbaek Kuala Nerus itu pun support project suami.. dia suka makan steak..daging la..


Dan tengah saya nak sihat, saya cari-cari yang paling mudah real food bukannya product .. saya try project geli-geli Dietliciouss HQ

Bila saya pilih makanan sihat bukan hanya dapat fit di musim pandemik ni, kurus pun saya dapat.. total i loss weight... 11kg.. dari 78kg ke 67kg...takkan tak suka.. saya boleh pakai baju saiz M.. tapi tak la saya pilih saiz M...

Saya nak jadikan lifestyle!


2 tahun Allah uji dengan pandemik, anak kecil ni pun pernah jadi close contact..

Syukur Allah masih lindungi kami dengan rahmat kasih sayang dan memberi kehidupan didunia ini...


Betul, saya merintih mahukan kesihatan dan umur yang baik.. jika doa saja, tiada action.. tak jadi..


Lagila pengalaman tengok anak2 sendiri gigihnya masak sendiri... inspirasi betul.. anak pun boleh buat.. takkan la mak tengok jer...


Dan paling saya suka perkara yang memberi manfaat kepada ramai orang


Kalau cendol, coffee saya memberi manfaat secara personal kan, 


Saya kenang cerita saya, membantu dan cuba angkat darjat peniaga cendol jalanan sampai  cendolnya terhidang di beberapa buah hotel.. dan seantaro dunia, ramai mat mat salleh pun termasuk youtuber mencuba cendol champion..dan semestinya disiarkan banyak rancangan di televisyen RTM, Astro, Tv3 dan unifi...


Semoga Allah permudahkan urusan saya..

Jangan Lupa follow Youtube : The Cendol Champion atau Cendol Champion Fan  

Nak cerita lebih pm 😜


Or https://wa.me/60199506900



Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu