Anak adalah anugerah
Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera semua! InsyaAllah Saya doakan kita berada
dikalangan orang-orang yang beriman..Saya juga doakan orang yang saya paling
saya sayang dipanjangkan umur, diberi hidayah dan taufik. Pasti bila dah jadi
ibu anak-anaklah keutamaan kan…anak-anak kita baru saja nak mengenali dunia
alam fana ini…
Saya memang sangat jarang untuk berkongsi kisah
anak-anak…untuk saya…anak-anak adalah kegembiraan saya apa saja yang dia buat
walaupun menyakiti hati…itu adalah dosa saya kepada ibu bapa saya…saya juga
mengandaikan anak-anak saya adalah acuan saya!
Anak adalah anugerah. Alhamdullillah,Saya bersyukur walaupun
saya menzalimi diri saya, Allah memberi amanah dan hadiah yang paling besar
untuk saya untuk menjaga pinjaman darinya…Terima Kasih Allah.
Syukur yang tidak terhingga sehingga hari ini…saya telah
diberi zuriat seramai 3 orang…
Cerita kisah anak-anak yang mengundang perasaan kagum kepada
mereka bertiga;
1)Muhammad Amirul Danish
Ketika dia berumur setahun, apabila makan ikan, dia pandai
membuang tulang walaupun sekecil tulang yang termasuk ke dalam mulutnya
tetiba..hah,hah…
2)Nurul Ameera Batrisyia
Tak kurang hebatnya, ketika berumur setahun makan udang dah
pandai kupas kulit udang seolah-olah tu,tu sambil menunjukkan kepada kami…
3)Adam Darwisy
Dengan bakat semulajadi, dengan menghulurkan biji
buah-buahan seperti buah cherry, laici dan mata kucing…sekarang Adam sudah
berumur setahun 3 bulan, Adam sangat suka makan buah-buahan.
Nikmat mana mahu kudustakan, Anugerah Allah pelbagai
cara…..Rezeki!
Pasti seorang ibu seperti saya inginkan anak-anak yang
berjaya dunia dan akhirat….saya percaya setiap ibu yang dianugerahkan Allah
boleh berfikir yang terbaik untuk anaknya…jangan lupa selalu doa untuk
anak-anak….kata seorang ayah yang ketika mendidik saya untuk solat. Solat
la…mana mungkin kita nak berdoa jika kita tidak solat…bacaan al Fatihah dalam
solat tu sendiri…memohon tunjukkkan kami jalan yang lurus……
Ya Allah, yang maha penyayang, berikanlah kami petunjuk dan
bimbingan kepada kami untuk membimbing khalifah-Mu
·
Jika anak
dibesarkan dengan celaan, maka ia belajar memaki
·
Jika anak
dibesarkan dengan permusuhan, maka ia belajar berkelahi
·
Jika anak
dibesarkan dengan cemuhan, maka ia belajar rendah diri
·
Jika anak
dibesarkan dengan penghinaan, maka ia belajar menyesali diri
·
Jika anak
dibesarkan dengan toleransi, maka ia belajar menahan diri
·
Jika anak
dibesarkan dengan dorongan, maka ia belajar percaya diri
·
Jika anak
dibesarkan dengan pujian, maka ia belajar menghargai
·
Jika anak
dibesarkan dengan sebaik-baik perlakuan, maka ia belajar keadilan
·
Jika anak
dibesarkan dengan dukungan, maka ia belajar menyenangi diri
·
Jika anak
dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, ia belajar menemukan cinta
Nabi pernah bersabda, “Tiga jenis doa mustajab, antara satu
doa ibu bapa kepada anaknya.” Berkomunikasi adalah doa.Pastikan komunikasi yang
dilontarkan adalah berbentuk positif sekalipun untuk mendidik dan menasihati
anak-anak
Terlalu kerdil nak berkongsi kisah anak-anak...dibanding
dengan anak ini, InsyaAllah akan dijadikan panduan....
Jika my BFF inspire dengan kisah pokok solat...mak si adam
...i have too...selamat beramal!
Disebelah kiri Payung solat kakak,sebelah kanan Octopus
solat abang ditampal stiker setiap kali lepas solat, bonus apabila mengaji
alquran...tak lupa juga apabila diaorang gosok gigi...saya bagi sticker
smiley... :)
and last but not least...really inspire...
Comments