Allah mencatur rezeki kita….
Assalamualaikum wbt
Kehadapan wanna yang dikasihi, juga
sahabat lain yang sudi membaca blog pincisan ini..of course de in d
house…hik2..mama mieja juga…eke2..ayu bz shutdown..lambat skit dia
datang….
Ramai kawan-kawan tanya..dia kerja
apa…ada rumah besar…ada kereta besar…bukan apa semua tu adalah pengukur
kejayaan dimata orang…tanpa kita sedari…dengan izin Allah sahaja semua
ni berlaku dengan berkat doa, usaha dan tawakkal..InsyaALLAH…
Kalau kak zura (kakak aku) dan kak
muhaini (kakak ipar) cakap (Gossip girl gtuuu)…untung betul mak atie…dah
la ada duit sendiri…muda-muda dah ada semua ni…ayah? Dia takkan nak
cakap..tapi bila dia datang rumah kita…dia tengok cara makan…
mesti akan bercerita…orang tua…comparison dia mesti dia kata…yatie
rumah dia memang makan ikan besar…itu jer la yang aku pernah tahu
pun…padahal memang anak dia ni suka makan ikan yang tak ada
tulang…eke2…sampai suami aku pun terikut-ikut.ayah mertua..aku
rasa dia suka..sebab bila datang rumah aku makannya berselera
…grrrr…suka,suka….
Tapi arwah mak kalau aku nak makan ayam
goreng…yang isi mesti kak zura punya…part sayap mesti aku…redha…. Saya
tau dia sayangkan saya!
Love is action…not word.
Kawan-kawan kita….marina la selalu cakap..murah rezeki ko ti…Alhamdullilah
Wanna,
Actually jangan kita pertikaikan pasal
rezeki…rezeki datang pelbagai cara,kawin cepat…subur….cepat dapat anak..
ada rezeki dengan dapat suami baik macam suami kita…eke2…saya dapat
kakak yang baik macam kak zura..saya dapat kakak ipar yang
baik macam kak muhaini, anak yang mendengar kata…dan ada rezeki kita
dapat bos yang baik…pembantu rumah yang baik…fuh…tak terhitung…yang
penting DOA…doa even lintasan hati…berangan-berangan dan tulis..ucapan
kata dari mulut kita pun doa…. kita tahu matlamat
kita!
“FABIAYYI ALAA 'IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN” (yang bermaksud maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan)- Ar Rahman
Wanna,
Tiga puluh ayat dalam surat Ar Rahman memiliki kalimat ini; maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan? Berulang, Allah memberi peringatan kepada kita; maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?
Allah seolah memberi signal kepada kita akan sifat kita yang pelupa, kufur nikmat, dan tidak mau berfikir.sibuknya kita dengan dunia…tak pernah nak bukak tafsir…belajar sampai U..mmm…I cant describe my feeling here….aku la tu…nak jugak belajar U..InsyaAllah,ada didikan yang tidak sia-sia.
Alhamdullilah wanna, selepas jer tamat dari INSTEP, yatie terus diserapkan kerja ke Petronas Penapisan Melaka…as juruteknik instrumentasi…pada 2/8/99, maklum ler dulu yatie study 100% subsidiaries..excited mesti la…dah la kerja dengan PETRONAS. Kawan-kawan kerja baik….mmm…gedikzzzsss sudah... tapi tak rasa pun gitu…sebab kita pencinta yang setia, eke2…masa tu dah ada boyfriend yang baik, berbudi pekerti..sedap mata memandang…Alhamdullilah rezeki tu…seronok lagi sebab masa start kerja unit plant yatie join tu ada shutdown…so tetiba dapat duit pun banyak…kalau tahun 99 tu gaji cecah 4k..tu,mmm…makcik kaya..and giler duit lagi.masa ni basic gaji RM729…ehe…mesti de ingat..ada la plus elaun…cukup la 1k….first time pegang duit sendiri…tak kan korang tak suka…tapi kerja tak balik umah la jawabnya, balik umah datang balik, nasib baik tak kawin lagi masa tu…baju bau minyak..kulit muka gelap, tak payah la nak pakai foudation2 ni…muka pun reject…..badan pun letak perfume pun belum tentu bau perfume…macam-macam la…tapi saya rindu saat tu…The best place I have!
Wanna,
Masa berlalu pergi…kalau dah
bercinta..mesti la kita nak kahwin dengan boyfriend kita kannnn…lagi la
syaitan dan maksiat berleluasa dan…saya nak kahwin!
Bila dah kahwin..lagi la suaminya pulak
di Kuantan..masa tu suamiku pun kerja as Juruteknik Instrumentasi di
BASF, kan we oll classmate yang selalu kena gossip…mmm..stress
pulak..dah la kawin sebulan terus mengandung…Saya nak transfer ke
Kuantan!
…lagi la tgok sweet couple kat PPMSB
ni..nak g canteen pegang tangan…ala yang tak couple pun asyik dating
jer….Ha, ni housemate umahku…eke2..best friend aku jugak…along
namanya..nanti aku kenalkan kat kau eh…
Ya Allah…aku dapat tukar… nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan…..Allah maha mendengar walaupun masa ni aku tak pernah bangun malam..untuk doa..Allah bagi..Tetiba feeling ..maklum le mak semalam puasa separuh hari…hu,hu…sensitip skit…
Sayang sangat dengan kawan-kawan kerja PPMSB, dengan boss pun sayang ok..walaupun dorang selalu kutuk! Dan engineer saya pun best…haish boleh jatuh cinta, so sweet…kalau ada makan-makan naik keretanya, pasti dia bukakkan pintu… …tak boleh digambarkan..kalau susah, sakit, pelbagai kala..dorang datang tolong, saya accident dengan boyfriend pun dia datang lagi tanya…Allah saja yang membalasnya…diberi kerahmatan dan keberkatan hidup mereka semua…
Kalau boleh nak jer listkan nama dorang kat sini…saya belajar kehidupan dengan diaorang, Terima Kasih!
Saya juga bersyukur and my hubby pun
sanggup berdiri bagi saya duduk dalam LRT, nak melintas jalan pun pegang
tangan…sempat lagi tu..hahaha..nak cakap rezeki, jangan lupa…
Wanna,
Lama yatie tinggal dikuantan..almost 8
years…dah terbeli 2 biji rumah…ishhh duniawi betul..semua ni dengan
kerja sebagai juruteknik PETRONAS…dari rumah teres..dah beli rumah Semi D
cluster….I guess nilaian asset I have masa ni 500k…pada
umur 28..ala kita makan gaji kan,banyak tu ..nikmat mana yang mahu
didustakan…tapi masih lagi ada cita-cita nak beli rumah 1 juta..manusia
tak pernah puas apa yang dia ada…aku la tu….
Bekerja di Gebeng pada zaman construction I feel lagi best..compare dengan rakan-rakan staff sendiri…tapi yatie suka jugak sebab yatie juga belajar banyak sangat ilmu kehidupan disini, lagi banyak dari tempat kerja pertama…ujian yatie sendiri…antara mengandung masih lagi kena masuk site…..tapi lagi best bila kerja kat PPM, pregnant tak perlu masuk site…dah la aku spesis bila pregnant macam-macam ragam…Ada didikan tu…masa ni redha…aku selalu fikir, nak dapat anak yang hebat ujian mengandung pasti hebat…
Masa berlalu..kalau kau asyik MC…masa
mengandung pun orang akan igt…kau memang tak boleh perform…so yatie
penat sangat nak layan karenah orang yang tak nak tolong kita ni….siap
cakap dgn suami saya tak nak kerja..dah la complicated dgn
orang jaga anaknya…fuh…bertukar-tukar..anak gigit anak orang la…Ya
Allah…ujian yang kecil bagi seorang ibu…stress lagi…haha…pernah tau ayah
aku mai jaga anak aku…baik sungguh… nikmat mana yang mahu aku
dustakan…kalau kisah ni aku selalu ulang…by, tak per la
biar saya jaga anak…awak kerja saya doakan awak Berjaya…
That’s y bila dah dapat couple…siap doa..Ya Allah jarakkanlah anakku…aku nak belajar..nak tamatkan dulu degree…Allah maha mendengar..after 8 tahun, Aku dapat Adam…kami rasa makin bahagia..itulah pengikat kasih sayang …mmm.. nikmat mana yang mahu aku dustakan…
Aku tukar kerjaya…masa tu not in
position sebab ada elaun teknikal lagi..aku bertugas sebagai scheduler.,
masa scheduler ni la dapat interview turkmenistan.ok la..aku suka sebab
tak perlu ke plant sangat, dan berpanas lagi…lagi la aku belajar
in Bachelor of Information Technology with Honour..thats Y kacang tu
blog ni…hik2…tak payah joe nak belanja aku..ikhlas buat tau….
At the end..position tu kena executive..aku non executive..orang luar selalu jer cakap aku executive..terima kasih doa tu..dari kerja kat plant lagi nampak jer perempuan masuk site..engineer terus…eh..kita technician jer tau…sama dengan suami kita..Alhamdullilah… nikmat mana yang mahu aku dustakan…
Wanna,
5 tahun berlalu dikuantan..suami
mengambil skim VSS di Basf, tak sampai beberapa bulan dia bekerja di
VCM, disebabkan jarak jauh kertih dan kuantan suami mengambil keputusan
berhenti kerja..dia bekerja di Johor masa tu sime darby contract
worker, masa tu aku tengok dia sangat tak suka dengan kerjanya..Ala cam
aku kata ngn kau..sekejap jer masa berlalu..ketika tu aku masih lagi
bekerja sebagai juruteknik lagi..sekarang joe kerja kat johor kan…
Aku pulak banyak menghadiri kursus multitask Di Instep..utk upgrade as multitasking technician…masa tu memang terasa nak muntah la..banyak sangat training selama 6 bulan..lagi stress dengan jaga anak..aku kena travel ke Terengganu..tapi aku masih lagi kena facing semua tu….
Masa jadi scheduler tu pun kena attend lagi…Alhamdullilah Allah maha mendengar..Aku masa ni ditukarkan ke Maintenance clerk atas alasan not fit…walaupun tak suka 2 tahun jugak la kerja sini…masa ni aku dapat kawan rapat baru, Eli dan eja of course along juga setia lagi dengan aku…mmm..apa lagi gossip girl la..haha…banyak kenangan dengan dorang.. yang paling best…aku ingat masa aku nak tukar ke KL..dorang adakan farewell waktu sahur kat Mc D…its not about farewell..tp dorang ingat aku…ialah 8 tahun dok sana..kalau kau kerja bawahan…presentation la banyak mana pun orang tak nampak….tapi aku bahagia..sebab aku boleh balik awal….eke2
Bila datang Kl, aku yang pilih sebab masa ni suami dah dapat kerja baru pulak, kesian dah 3 tahun dia berulang KL-kuantan-KL … …Alhamdullilah, dengan izin Allah,yatie yang tolong applykan…temankan dia pergi interview…dan semalam aku tanya lagi ,dia pun cakap dia suka….Aku rasa dia sangat suka…Aku suka jugak sebab naik gred bila datang sini, as supervisor…kalau dalam petronas ni nak naik gred..pelbagai macam kena pergi exam…pergi interview…mmm..i guess ramai tak suka…itu la jalan nak senang mesti la ada halangan..yang best untuk session interview…tu aku best candidate!
Masa ni ramai suh apply jadi executive..tapi hati tak kuat lagi..lagi la kita bukan orang hebat pun….suami lagi la suh apply…mmmm
Bermula kerjaya baru..lagi la bidang Human Resource Management di Petronas Carigali..memang lain dari bidang aku..bekerja dalam jabatan Performance Management system..fuhhh..memang challenge..aku tak la stress…boss aku…ler..tapi dia baik..sometime, kitaorang pukul 10 malam, pukul 12 malam..still lagi kat opis…siap dia tapau makan!
Dan bila kita suka biasanya ianya sementara..aku dapat boss baru…ni aku la rasa challenge…aku punya mental pun dah bad setting lagi la dengar kisah dia pelbagai..tapi saya percaya dia seorang yang baik…
Aku dah mula rasa nak tukar
section..sebab deparment aku ni..section yang sensasi..lagi-lagi masa
tempoh aku kerja kat sini 30% Petronas di advise berhenti..AllahuAkbar…
Apapun …Aku percaya rezeki dorang lagi hebat…
Baru Doa..dah dapat tukar…..Now aku kat dayabumi as datamanagement supervisor di Petronas HRSSC..nikmat mana yang mahu aku dustakan….
Wanna..Yatie sangat bersyukur..dapat tukar sini, dan tak sangka rupanya yatie dah kerja 13 tahun dengan PETRONAS, ….Yatie dapat kawan-kawan baik…yatie dapat boss baik…semua yang baik la kat sini….sampai yatie rasa tak sanggup tak nak datang kerja…kau tahu adik kau pun kerja sini..apa la kau ni wanna…hahaha…..semalam dia cakap dia makan nasi Ayam!
Dan suami atas nama kerjaya sebagai jurutera control, tiada degree pun, senior executive level sudah…… …MasyaAllah..kita bukan tuhan untuk mencatur rezeki manusia…Allah yang tentukan…kita usaha, doa dan tawakkal….InsyaAllah
Dear Marina..teruskan berdoa…Along juga…sesiapa sahaja…berangan pun tak per…..setiap apa yang keluar dari mulut kita ni doa.
Wanna,
Yatie selalu doa untuk suami yatie…anak
yatie..kadang-kadang yatie rasa lupa nak doa untuk yatie sendiri…sebab
yatie sayang dorang…sebagai isteri dan ibu cukup la nak tengok kejayaan orang yang
kita sayang…..
Nanti jangan lupa baca doa ni jugak yer….
DOA AGAR TERHINDAR DARI SYIRIK
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا
لاَ أَعْلَمُ.
“Ya
Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan
kepadaMu, sedang aku mengetahuinya dan minta ampun terhadap apa yang
tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad
dan imam yang lain 4/403, lihat Shahihul Jami’ 3/233, dan Shahihut
Targhrib wat Tarhib oleh Al-Albani 1/19.)
Nota kaki : Tahniah de, dari supervisor dah jadi CEO!
Comments
Betol, kita tak doa pun, tak bersyukur pun, Allah tetap bagi nikmat kat kita, is it? Subhanallah. Aku betul2 nyesal skrg. Perlu lebih bnyk bersyukur and doa; mtk apa shj yg kita nak... :)
"Saat orang BICARA BURUK mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka."
Doa senjata utama,kejayaan tu milik orang yang berdoa, berusaha dan pandai merebut peluang, tak semestinya ngaji tinggi boleh berjaya....kita pun ambik degree sebab bos paksa...haha..tapi sampai sekarang belum habis, sampai dah berenti kerja...sebab badan yang uruskan tu ada masalah...redho je..tinggal project paper je belum bentangkan...
ALhamdulillah sama-sama kita usaha majukan diri dari segala sudut :)
2)production, process and mechanical bukan lagi high pay ker?mohon pencerahan juga kak:)
kak email kat saya je la yer, mcm dah confidential lak sy nyer pertanyaan ni, hehehe:)
Ni email sy : mohdhasrulridzwan@gmail.com
Thanks!:)
2)production, process and mechanical bukan lagi high pay ker?mohon pencerahan juga kak:)
kak email kat saya je la yer, mcm dah confidential lak sy nyer pertanyaan ni, hehehe:)
Ni email sy : mohdhasrulridzwan@gmail.com
Thanks!:)