Hidayah perlu dicari
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri
mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Alhamdullillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Syukur Alhamdullillah masih diberi peluang menulis ...Terima
Kasih Allah
Alhamdullillah syukur dengan hari kemenangan...bersederhana
tapi meriah..syukur juga kerana boleh berkongsi kebahagiaan...
Saya ingin menulis dengan hati...niat di hati kerana hati
yang merasainya...
Selalunya apabila apabila kita diberi ujian...kita akan
belajar...belajar dari kesilapan..dan sesekali..berkatalah dengan diri sendiri
walaupun ujian yang paling getir itu sebenarnya adalah ujian
kesenangan..berkata la kita Ya Allah...kau berikanlah kami hidayah dan taufik,
tunjukanlah jalan yang lurus, ampunilah dosa-dosa kami yang selalu mengkhianati
diri sendiri....
Kita tak tahu bila seru itu akan datang, yang pasti seru
kematian setiap hari melawat kita, Subhanallah,
Bersyukur kerana Allah masih izinkan saya menikmati
nikmatnya...satu ujian yang datang pasti nikmat Allah yang tidak mampu
diukur...Subhanallah!
Alhamdullillah..syukur dengan nikmat Allah kurniakan kepada
saya iaitu membaca...sememangnya...saya sangat suka membaca especially
buku-buku motivasi islamik...Apabila sudah berumah tangga..pasti ilmu
rumahtangga yang dicari...apabila nak dapat anak...ilmu tentang anak!
Saya berkira-kira untuk mengaku saya seorang yang sabar...kerana
saya dilahirkan dan dibesarkan dengan semestinya mengalah yang mungkin selalu
berpihak kepada saya...dalam masa yang sama yang dimanjakan..kebanyakkan
permintaan saya selalu ditunaikan...Alhamdullillah dengan ujianlah saya dapat
mengukur kesabaran saya dengan tidak memandang setiap masalah yang diuji tetapi
menjadi ianya lebih bermotivasi berjaya dalam situasi ujian itu...kritikan dari
suami dan anak perempuan..mommy memang manja!
Syukur dalam adanya benci..Allah kurniakan kasih sayang!
Antara ujian kerjaya saya perlu hadapi..dan keperluan
keluarga yang saya pilih.....Hidup ini kita yang pilih dan Allah tahu apa yang
kita tidak ketahui...
Hakikatnya saya bukanlah seorang yang berjaya dalam
kerjaya...kerana saya lebih memilih keluarga nombor 1...selama bekerja 13
tahun..pelbagai kerja saya rasa..mana mungkin awak semua berfikir saya perlu
naik towing lorry untuk bawakan pakcik apek yang tidak tahu tentang erti
safety!
Hakikatnya...saya selalu berdoa kepada Allah selalu mencukup
rezeki... suatu hari saya rasa saya adalah insan yang selalu terpilih..walaupun
saya bukan bergaji tinggi...tetapi saya tidak memiliki hutang...
Hakikatnya, setiap hari saya berdoa supaya saya boleh
menjaga sendiri anak saya..hantar diorang ke sekolah.dan semesti duit masuk ke
dalam akaun tanpa saya perlu bersusah payah menghadapi kesibukan jalan
raya...hehe..saya pergi kerja naik LRT...Allah juga kurniakan saya seorang
pembantu...
dan untuk saya ini adalah ujian yang perlu saya hadapi untuk
berjaya didunia dan akhirat...saya juga tidak mampu...dan Hidayah yang saya
mahukan..saya mencarinya...apabila suatu hari saya masih mengambil mudah
tentang aurat..saya perlu berubah!
Dan saya perlukan taufik!
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh
diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata....
Tiada KPI yang no 1, Allah,Allah,Allah
Aku bersyukur diuji ..Alhamdulillah
Ustaz Azhar cakap” hidayah perlu dicari…umpama makan…kalau
tak cari tak dapat la makan….Maksiat perlu dielakkan…tanda solat tak betul
contohnya melalui bacaan iaitu kita masih buat maksiat…nauzubillah!
Comments