Nikmat Seorang Surirumah
Pekerjaan yang paling banyak mendapat pahala bagi perempuan
adalah menjadi suri rumah. Pahalanya melebihi segala pekerjaan lain diatas
dunia ini.
#UstazAzharIdrus
Surirumah adalah pekerjaan paling terbaik di Dunia ini #UstazDonDanial
Tahniah kepada rakan-rakan saya dikurniakan rezeki menjadi seorang
surirumah..Alhamdulillah saya juga di kurniakan menjadi surirumah sementara
berpantang..hari ini saya berpantang 46 hari....
Kekangan untuk mendapat ganti pembantu rumah rasa sesak di
dada...lagi-lagi may nanti saya akan memulakan kerja...selama mempunyai
pembantu rumah walaupun 8 kali bertukar ganti..orang yang paling saya risau
adalah suami...dia adalah orang yang banyak menilai pembantu rumah....bayangkan
saya seorang isterinya....huhu...rasa saja ingin katakan awak la jaga
sendiri.....
Kini..lampu hijau telah saya dapat untuk meneruskan kerjaya
surirumah sepenuh masa...tentangan yang hebat pula datang dari ayah
saya...semesti keluarga mertua juga....disudut hati kecil adakah mereka mengambil
risiko ketika saya bekerja tiada orang yang menjaga anak saya sebaiknya.....
Dalam masa yang sama saya bertanya dengan diri ini, "Ruginya belajar
tinggi-tinggi tapi tak kerja.....lagi fikir...dapat boss baik...dapat gaji
besar 5 angka pun nak berhenti lagi...."
Allahuakbar..itula ujian hidup ingin membesarkan amanah
diera 2020.
Bila saya renung... baru perasan rupanya ketika saya jadi :
1-Tukang Masak,
2-Tukang Kebun,
3-Penyambut Tetamu,
4-Bibik,
5-Pengasuh,
6-Driver,
7-Tukang Cuci,
8-Guru Mengaji,
9-Cikgu / Ustazah,
10- Bodyguard,
11-kerani/accountant/pengarah
12- jurujual
13- Budak Car wash
14- Tukang Urut
15- Nurse
16- Badut
17- Mak cik cleaner
18-Ladycare
19-Tukang dobi
20-Waiter
Semua pekerjaan tu hanya dalam satu nama iaitu 'SURI
RUMAH'....
Bagi saya yang jarang-jarang dapat kerja surirumah
ni...perasaan nikmat tu sangat lain dan saya rasa sangat
bersyukur....Alhamdulillah..
InsyaAllah masa itu akan datang...itulah masa CEO sebenarnya...
:)
Comments