Berkawan biar seribu, bercinta biar satu Part 1
Assalamualaikum wbt
Salam ramadhan….weee… dah ada orang raya!
Alhamdullillah…nikmat tu Allah bagi cuti…actually ada orang
tanya apa itu ABC, ohh…last week pergi forum family…ada ustaz-ustaz yang hebat,
antaranya ustaz Don Daniel..so antara cara nak berkomunikasi dengan
anak-anak…cakap perlu jelas dan terang..so bila anak-anak tanya..”ibu kenapa
tak puasa?” Allah bagi cuti…..MasyaAllah hebat!
Ok, biasa ler…bulan-bulan puasa ni mana ada idea sangat nak
menulis…lagipun sibuk dengan bacaan alquran , Al-Ma'thurat dan tafsir alquran…aha,
saya dah sampai tafsir juz An-nisa…banyak sangat yatie belajar……
So sekali lagi my mind trigger bila baca blog wanna tentang
kawan ni…ayat wanna yang kelakar….bibik pun kawan baik dia..eke2
Ok Let me share about mine….part 1 jugak la...cerita pasal kawan ni panjang...30 thn kat dunia...
Yatie adalah anak bongsu dari 6 orang, yatie juga dipanggil
emergency baby which is my mom tak ada plan untuk dapat yatie tetiba
dapat…jarak kelahiran yatie dengan abang yang ke 5 mengambil masa 10
tahun.Subhanallah
Ketika kelahiran yatie, yatie dijaga dengan penuh kasih
sayang semua orang memberi perhatian…yatie pun tengok gambar…eheeee….antara
seorangnya adalah kakak yatie kak yah…balik jer sekolah mesti datang ambil dan
jaga yatie…..saya tengok gambar…ni gambar umur 6 tahun... :)
Di alam perjalanan membesar seorang kanak-kanak…yatie mula
kehilangan kakak-kakak dan abang-abang kesayangan…yatie tak pandai rasa
sedih…sebab emak selalu disisi….tetapi yatie rasa kesunyian…tak la sunyi seolah
dipinggirkan…sebab kak zura masih dirumah…dia tak masuk asrama macam yatie
juga…Cuma yatie rasa tak ada geng..sebab dia ada kawan-kawan sendiri …mesti
kawan sebaya…dulu…bila petang baru mak bagi keluar…masa tu dalam umur 5 tahun
saya intai-intai jiran saya…duduk tepi pagar…mak yatie sangat tegas….dia tak
bagi berkawan……so tengok jer la….ada sekali pada bulan puasa waktu malam…yatie
rasa macam seronok sangat dengan jiran sebelah…diaorang main bunga api secara
ramai-ramai dengan adik beradiknya…masa kecik tak tahu rasa jelesss…tahu nak
tahu,tahu nak jugak la main….senyap-senyap pergi….sekali mak panggil la….marah
betul emak dengan yatie…..sejak dari tu tak berani lagi….
Arwah mak cakap pergi main petang-petang jer…wah
seronok….masa tu mula la kenal dengan Ana dan yatie juga
kakak-kakaknya…kadang-kadang pagi tu dah pergi….huhu..mula la melilau mak
cari…eke2…
Bila umur dah masuk 6 tahun…cikgu tadika kemas membuat
bancian, dan menjemput ibubapa yang anak-anak yang berumur 5 dan tahun
mendaftarkan anak ke sekolah tadika….MasyaAllah dulu-dulu…Kerajaan berusaha nak
bagi ilmu…..sekarang I guess kerajaan berusaha nak bagi duit…eke2..except
Terengganu la…bersungguh-sungguh sekarang cikgu teranu….memang tabik
spring..ada peluang yatie pun nak hantar anak di Terengganu!
Wahhhh…seronoknya saya dapat kawan baru…ramai….yang yatie
kenal dan rapat…mesti jiran yatie namanya Noriati tu…eh-eh cousin saya pun ada
Noraini, jiran saya juga arwah Roslina…dan ada la a few lagi…semestinya
Sepsyalida la…..yang tak sangka radfi…dia dulu
pendiam…sekali jumpa kat muka buku…sangat peramah ok!
Wanna, apa-apa aktiviti dekat tadika kemas ni..yatie selalu
terpilih…yatie seorang budak yang berani, tak pandai pun ingat lagi huruf M dan N pun confuse…dan akhir tahun tu kami membuat
persembahan, seps pun ada…saya boleh ingat lagi koreograpy tarian tu…huhu…seps ada
pegang tongkat ..seps mesti ada picture lagi…
Kini, saya mula melangkah sekolah rendah, Sekolah kebangsaan
Mengabang Telipot,yatie memasuki darjah satu merah…yatie mula berkenalan dengan
wanna…Haslina…Nuur syaheeda,Zamzuraini,Fatimah Afeeza, Halim,Azrul, Tamrin(tak
sure mana dah dia),yusmaida,Marina,Hamdan,Arwah Azhar,Zaharuddin…mmmm a few la…opps
tak lupa cikgu rogayah mak yo…layan pic sekali lagi eh…tapi ni darjah dua…kenangan
bersama cikgu zaimah…I guess makcik seps ni
Yatie memang agak rapat dengan wanna…tapi masa kecik tak
tahu erti persahabatan…yang masih saya ingat…kita orang ada main buat tiang gol
guna batang aiskrim then tunggu orang kerdil datang…MasyaAllah siapa punya idea
la kan….yatie rasa we olls ada terpengaruh dengan TV kut!...eke2
Dulu kan ada cerita orang kerdil kat TV, teringin nak jumpa
jugak kan..budak-budak…
….memang best!
Dulu-dulu masa sekolah rendah ada senior main kakak angkat
dan adik angkat….MasyaAllah,nasib ler tak ada abang angkat…minat ada la….tak
boleh lari…bebudak kan…eke2..alasan..itu la anugerah Allah dan fitrah semula
jadi…
Saya ingat kakak angkat saya namanya Salina Salleh, Zarina
Zaki..ada lagi a few..mesti wanna ingat kan siapa kakak angkat wanna…antara
dorang ni selalu bagi hadiah…lagi-lagi bila dapat nombor bagus dalam kelas…Best
betul!
Saya pun belikan hadiah untuk dorang…hik2
Bila darjah 1 tu..kita agak rapat dengan kelas darjah
dua…sebab kelas kitaorang ni atas dan bawah….ada la kenal jiran rumah yatie
juga yanie kakak ando…
Sehingga la yatie meniti ke umur 12 tahun, …yatie berkenalan
dengan ramai kawan..ada kawan sekolah..ada kawan satu kampung…banyak juga
aktiviti yatie join…sukan..yatie main badminton,yatie main netball,yatie main
bola baling, yatie juga pernah masuk acara 4 x 100, (rakan Sukan saya masa
ni…Mariana,Rohaida,Mieja..ada la a few lagi) ganti my cousin sakit kaki ketika
acara tu berlansung di stadium,hik2..
wanna..kan dah cakap dulu gemuk..siap main lontar
peluru…kakaka…pancaragam…masuk kuiz…macam-macam…semuanya nak happy..suh study tak
nak..kakaka…
Arwah mak selalu pesan…cuba tangok kakak dan abang
awak…huiiisshhh…tak dengar ;), umpama masuk telinga kanan, keluar telinga
kiri….
Kebetulan ada picture kekawan dowload kat FB...mesti wanna pernah beli kat kedai ayah marina kan...
Anugerah Allah……mommy puji anak mommy...tak ada nak buat
mommy runsing….eke2
Alam sekolah menengah…mula menjengah…hah tak sanggup…..Arwah
mak..sungguh-sungguh nak hantar ke sekolah agama…arwah mak cakap nak suruh jadi
ustazah sorang….sekarang yatie cerita penuh feeling …so masa ni,rasa macam nak
nangis saya tak nak pergi sekolah agama, kenapa yatie..kakak dan abang
yatie
tak pergi pun sekolah agama….maklum ler yatie brutal and rock!
Masa ni saya nampak Irdawaty pun sekolah sini….Marina…dan
kat sini…dapat kawan lagi…ramai….saya tak pandai pilih kawan….saya berkawan
dengan semua orang….orang cerdik, pandai, gemuk,kurus, dekat jauh…semua kawan…
Arwah mak berusaha nak sekolahkan saya kat sini…arwah mak
dah belikan awal-awal baju sekolah dan kain warna hijau…Saya redha sebab saya
tak suka ke sekolah berhampiran dengan kampung saya juga sebab yatie pernah
terima surat dari senior disekolah rendah….yatie redha sebab yatie rasa lebih
selamat!
Lawak bila dikenang sebab siap buang surat tu dekat Tong
sampah besar tu…kakaka..aha..Hamdan tahu kisah ni…eke2
Bersekolah la yatie sekolah menengah…tak nak…selalu
memberontak..semua tak suka…kakaka…masa remaja baru nak belajar…mana yang
buruk..mana yang baik…
mmm…bila kenangkan…kita ni sekolah agama…kat sekolah jer
pakai tudung…kat rumah….fuhhhh…MasyaAllah!
Jauh beza dengan anak mommy..anak mommy anak yang
hebat…selalu menutup aurat especially princess Cinderella aka Nurul Ameera
Batrisyia
yatie ngn piccah...tgok pakai baju tak tak ikut peraturan...tudung tak bulat... :P
Kesian arwah mak….Tapi arwah memang best..semasa akhir tahun
majlis perpisahan..mak pernah tolong masak nasi minyak….untuk kelas yatie…best-best.
Selepas je PMR, yatie improve..so yatie nak berjaya dalam
SPM…yatie memilih untuk menduduki kelas perakaunan..kelas akaun ni kelas A
untuk 3 kelas semasa sessi tingkatan 4 & 5,…aha..masih lagi baik dengan
Roslina….Alhamdullilah we olls berjaya..dan berjaya menempatkan diri ke
institusi pengajian…aktif juga masa kat sekolah ni…pernah jadi rakan pembimbing
sebaya…saya ingat cikgu Merican…pengerusinya…aktif jugak sukan kat sekolah
agama..masuk taekwando…join badminton…berkenalan dengan geng-geng padang
nenas…sekarang semua dah jadi meksi …..Tahniah…kerja akhirat tu..
Masa tingkatan 4 yatie juga berkawan dengan Ct Marzelina…so
follow dia join Persatuan Menembak Terengganu… …dapat juga kawan baru situ…Latihan
menembak ni diadakan di Kem dekat rumah wanna…yang seronok..balik latihan
menembak tu pasti pergi makan bee hoon sup…..
Selepas Tamat SPM….Saya siap target..saya tak nak pilih
aliran agama…tapi masa lalu dekat INSTEP, tak pun bas INSTEP lalu…lintasan hati
pernah kata…bestnya dapat belajar dekat PETRONAS…happening…
Rasanya semua orang kagum la dengan PETRONAS..lagi ler orang
kampong macam kita ni….
Finally..Doa saya Allah makbul…saya dapat….dengan izinNYA
Saya dapat kawan baru lagi…mmm…dulu masa sekolah menengah
saya rasa kawan-kawan dah duduk jauh dari sekolah…now kawan-kawan ada luar dari
Terengganu..pelbagai bangsa…agama…macam-macam namanya…Subhanallah…mula la hati jadi
songsang…kakaka…minat dalam hati..datang lagi..kakaka..minat jer…mana taknya
quota kitaorang 1:13, seorang perempuan 13 lelaki….ini ayat dari emy ni…
Alhamdullillah jodoh saya pun ada disini….saya masih ingat
kata-kata along…kita orang perempuan nak kahwin ke nak couple ke…cari orang
yang suka dengan kita..jangan cari kita suka dekat orang..Syukur
Alhamdullilah….BERKAT!
Seronok…dapat kawan-kawan yang happening….ada kak CT, along
aka ROHAYATI, AMINAHWA, ROSLIDA,NOOR SAFIEZA,Aton, Ina, imah……mmmm…ada
lagi….saya suka….ramai…nak letak gambar…tapi ada yang SEKSA…tak per kita letak
picture kelas kita kelas instrument….
Kat sini…yatie macam rasa yatie control ayu..kakaka……Alhamdullillah dorang semua baik-baik..
Akhirnya..yatie dihantar untuk program latihan bekerja di
Petronas Penapisan Terengganu…huh..hebat ujian keseronokan.gila-gila remaja….ada
kawan-kawan yatie terbabas…Alhamdullillah saya masih di Aliran fitrah Allah….
Ni adalah era mengenal dunia…era bekerja…tapi disini
juga…bagusnya sahabat-sahabat sini…ramai orang Terengganu dan pantai
timur…diaorang memang menjaga batas-batas tatasusila…huhu
Ehem-ehem…yatie masa ni dah mula berpacaran dengan suami
yatie…tapi bukanlah serius….sepanjang 6 bulan tu sekali jer
jumpa….TAKUT….kakaka…yatie rasa itu puncak iman…kawan-kawan…huh…syiok…ler
dorang…couple dekat-dekat….
Tempoh melakukan practical…mula mengajar erti
kehidupan…especially…mengenali lelaki..lelaki baik,lelaki romeo…lelaki dengan
pelbagai wataknya…hah…lelaki ada duit…kakaka
mmm…bila bekerja dengan lelaki…batas-batas bergurau memang
tiada filter…Ramai la kenal…if yatie tak kenal…mesti orang akan kenal
yatie…yang kelakar semasa practical ni ada yang ajak kahwin pun ada…hah…TAKUT!...
Ha, teringat kisah wanna main kapal layar wakil Terengganu
kan…yatie juga bermain kenu aka kayak gitu…tak pandai pun…yang best dapat
pengalaman baru…lagi la berkayak di sungai Terengganu..disaksikan orang
Terengganu…sungai ni berhampiran Istana Maziah dan pejabat pos tu…sekarang dah
jadi water front kan….
Semasa latihan industrial, bekerja masa plant shutdown…lagi
kenal orang ramai…kenal contractor…hakikatnya yatie takut nak
berkawan…lagi-lagi lelaki…apapun saya perlu terima hakikat sebab yatie memilih
untuk bekerja dibidang yang dipelopori lelaki…Arwah mak penah cakap…lelaki yang
nak kawan dengan kita mesti nak sesuatu dari kita …. Jika dia nak kahwin dengan
kita dia akan gentle berusaha berjumpa dengan parents kita
Alhamdullillah..suami jumpa parents yatie
bulan puasa jugak…macam sekarang ni..selepas tamat belajar di
INSTEP…Gentle gitu….Alhamdullillah…itu le saya sayang DIA…dan lebih berkat
saya dengar kata-kata ibu saya….
Masa ni tak nampak matlamat yang jelas..Cuma focus saya tak
sabar nak kerja…best dapat kawan baru…tak sabar nak pegang duit sendiri….Alhamdullillah
tamat je dari latihan industrial di INSTEP, selepas sebulan…yatie mendapat tawaran
bekerja di Petronas Penapisan Melaka…bermula kehidupan baru untuk
yatie…berkawan lagi dengan 1000 orang tetapi bercinta hanya satu…Allahuakbar!
Tunggu....part 2 ya....wanna :)
Comments