7 tips yang boleh meningkatkan kekuatan otak anda.
1. Ajarlah kepada orang
lain.
Jika ada sesuatu yang ingin
anda pelajari, cubalah untuk mengajarkannya juga kepada orang lain.
Proses pembelajaran
tradisional membantu anda untuk menghafal sebuah idea, namun mengajarkan
sesuatu kepada orang lain membuat anda benar-benar memahami konsep dan
bagaimana cara mengaplikasikannya. Untuk mengajar seseorang, anda harus
bersedia kemungkinan adanya pertanyaan dan melihat topik dari sudut pandangan
yang berbeza. Mengajarkan orang lain akan secara praktikal meningkatkan
pemahaman anda.
Mengajar orang lain juga
bermaksud kita sentiasa mengulang-ulang ilmu yang kita perolehi. Secara tidak
langsung ilmu itu akan berkembang dan lebih mendalam di dalam minda kita.
(Alhamdullilah wanna,
yatie tak pandai...bila yatie bertukar di department baru..yatie ajar
kawan-kawan dan adik-adik yatie...)
2. Tulislah sebuah
artikel.
Sangat mudah untuk
mempelajari sesuatu dari buku. Hanya dengan membaca anda boleh memperolehi ilmu
itu. Tapi apakah ilmu itu akan lebih mendalam dan berkesan hanya dengan
membaca…?
Dalam suatu keadaan, jika
anda harus menulis sebuah artikel yang berkenaan dengan suatu topik, apakah
anda dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik hanya dengan menulis..?
Oleh itu, jika anda mahu
menjadi ahli dalam suatu topik pilihan anda, baca dan tulislah buku mengenai
hal tersebut. Ini akan memungkinkan anda untuk menelusuri aspek-aspek lain yang
sedang anda pelajari. Dengan menuliskannya juga, anda akan menghubungkannya
dengan idea-idea yang sudah anda ketahui dan menciptakan sebuah jaringan
pengetahuan yang lebih baik.
(Alhamdullilah ...yatie cuba
share dekat blog...tak pun dekat facebook apa yang yatie baca)
3. Bermula dengan sebuah
Blog.
Belajar sesuatu melalui
sebuah blog dengan menulis dan bercerita mengenai pengalaman anda. Ini akan
meningkatkan proses pembelajaran anda. Menulis sebuah blog membuatkan anda
berfikir sesuatu yang pernah berlaku dan akan berlaku di masa hadapan yang
kemudian anda tulis orang lain dapat mengetahuinya. Jika anda ingin
meningkatkan kemampuan otak anda ke-level yang berikutnya, saya menyarankan
anda untuk bermula dengan blog anda sendiri.
Menulis blog akan menjadi hal
yang menarik secara intelektual sekaligus dapat menjadi aktiviti harian yang
akan menjana kemampuan minda anda.
(Alhamdullilah dengan wanna
pun yatie ajak berblog)
4. Jagalah tubuh anda
dengan baik.
Sementara anda mencuba untuk
meningkatkan kemampuan belajar anda, anda harus memastikan otak dan tubuh anda
dalam keadaan sihat. Otak adalah sebahagian dari tubuh yang memerlukan banyak
bahan bakar dan oksigen jika anda mengharapkannya dapat berfungsi secara
efisyen. Dalam proses pembelajaran, anda harus memberi makan dan merawat tubuh
dan otak anda untuk memaksimakan proses.
Untuk mencapai matlamat
tersebut, anda harus:
Makan setiap beberapa jam untuk mempertahankan gula darah anda pada
level yang tinggi.
Bersukan setiap hari.
Melakukan rekreasi secara releks beberapa minit setiap hari.
Tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap hari.
Minum banyak air.
Makan sedikit. Makan yang berlebihan cenderung membuat orang menjadi
mengantuk.
(Alhamdullilah, yatie cuba
improve, kalau rasa tak sihat..terus yatie cakap...dosa yatie dan besok mesti
yatie puasa...now tengah nak improve puasa nabi daud...dulu-dulu buat puasa
isnin dan khamis)
5. Belajar dengan teknik
gambaran.
Belajar sesuatu dengan teknik
gambaran. Mulakan proses pembelajaran dengan melihat gambar dan
menterjemahkannya menjadi satu idea. Dari buku bergambar, cuba belajar dengan
menggunakan panca indera dan penglihatan.
Saat anda perlu memahami
suatu hal dengan cepat, indera penglihatan akan membantu anda untuk membuat
gambaran tentang suatu topik pada fikiran anda. Gambarkan juga pada selembar
kertas. Anda boleh gambarkan apapun, sebuah imaginasi, grafik, atau hanya
aliran waktu.
Sentiasa tambahkan gambaran
pada fikiran anda sementara anda belajar dan cuba menciptakan terus gambar di
fikiran anda selagi anda berfikir.
Lebih baik lagi jika anda
tidak membatasi diri anda dengan gambar visual. Belajarlah dengan kekuatan
panca indera tersebut yang disertakan sekali dengan idea pemikiran anda.
(Alhamdullilah...Rezeki
anak-anak...dorang la banyak melukis...contoh card father's day tu kan...make
me learn a lot)
6. Tingkatkan motivasi
anda.
Motivasi adalah alat untuk
meningkatkan daya ingatan dan kesedaran. Cuba fikirkan mahasiswa sekolah yang
berusaha sebelum ujian bermula. Mereka memiliki motivasi yang tinggi kerana
ingin memperolehi sesuatu yang lebih baik dalam peperiksaan tersebut. Mereka
dapat menguasai sesuatu ilmu itu kerana mereka mahu. Motivasi ini membuat
proses pembelajaran mereka pada tahap motivasi yang tinggi.
Jika anda bukan lagi
mahasiswa yang suka menunggu dan menanti namun tetap ingin memotivasikan diri
anda, cubalah berfikir sesuatu yang berkaitan dengan cita-cita. Jika anda
menciptakan suatu cita-cita yang terus anda kejar, maka anda akan belajar lebih
cepat sebagai motivasi untuk mendapatkan cita-cita tersebut.
Sebagai contoh, jika anda
belajar atau bekerja untuk memahami satu subjek yang berlembar-lembar, anda
mungkin akan memberi motivasi diri anda untuk pergi ke kedai buku atau
perpustakaan, bermain video game, atau mungkin menonton rancangan TV kegemaran
anda. Oleh itu, pilihlah jenis motivasi yang sesuai dengan anda.
(Alhamdullilah Allah
selalu memberi yatie berfikir positif...dan yatie sangat suka membaca buku
motivasi islamik...dah intro jugak kat wanna kan...wanna sukakan...hihik)
7. Belajarlah selagi anda
tidur.
Alangkah indahnya bila anda
dapat menghabiskan waktu tidur sambil mempelajari bahan pelajaran dengan hanya
menekan tombol play pada CD player anda? Tentu saja indah…. Tapi bolehkah kita
belajar sesuatu perkara semasa kita tidur.
Satu kajian dari sebuah
universiti mengatakan bahawa kita dapat belajar semasa tidur namun ia perkara
itu tidak dapat dilakukan jika anda tertidur nyenyak.
Namun, sebuah bukti menunjukan
bahwa anda dapat belajar pada masa tidur ringan, sebuah keadaan sebelum anda
tertidur nyenyak.
Perlu diingat bahwa apa yang
anda dengar itu tidak lebih dari fakta, kosa kata, dan perkara yang ringan
lainnya. Anda tidak dapat mempelajari sesuatu yang berat pada tahap tidur
ringan.
Baru-baru ini, pengkaji di
jerman menemui bahawa penggunaan stimulasi elektrik pada tahap tertentu dalam
tidur dapat meningkatkan kemampuan seseorang untuk mengingat fakta.
Menarik untuk dikaji,
teknologi pembelajaran apa lagi yang akan muncul di masa hadapan.
(Alhamdullilah...bila
yatie menggunakan masa lapang dengan membaca kalimah-kalimah Allah...Allah
memberi nikmat ketika tidur....Subhanallah)
Kesimpulan
Teknik dan cara yang boleh
menjana ketajaman otak anda. Jadikan minda anda sesuatu yang kreatif dan
melahirkan idea yang boleh memberikan manfaat kepada diri anda.
Opps....jangan lupa semuanya milik Allah
InsyaAllah wanna..banyakkan zikir fatimah lagi...
Setiap hari hampir 10 ribu sel di otak mati dan tidak boleh digantikan. Proses ini terus menerus berlaku ketika sedang membaca kenyataan ini. Ini bermakna jika anda sudah berumur 30 tahun. 1 billion sel otak telah pupus. Sebab itulah semakin meningkat umur kita makin pelupalah kita.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Lupakan manusia...hati dia milik Allah..dan amalkan pujian dengan mengingati Allah...pasti Allah akan mengingati kita.InsyaAllah

InsyaAllah...manfaat
kepada sesiapa yang membaca blog ini juga!
Comments