Uniknya terjadi persahabatan….
Assalamualaikum wbt
Apa khabar wanna dan sahabat sekalian?semoga hidup kita
diberkati semua…InsyaAllah
mmm..kan dah kata…mesti busy tak sempat update blog bila
jejaka yang disayangi berada disisi….bukan ada kerja pun…tapi ianya lebih
menghormati…bukan selalu boleh bermanja-manja…
Hah…mommy tu gedikss la tu…usik anak dara kita…kan kakak :P
Wanna,
Alhamdullilah…kesibukan wanna..masih lagi wanna berpeluang
mengupdate blog..lagi-lagi entry yang dedicated untuk yatie…Alhamdullilah…now
yatie nak jugak dedicate entry ni untuk Wanna juga Along…
First yatie nak story macamana yatie boleh kenal rapat
dengan Along…
Along yang yatie kenali semasa yatie belajar di Instep…yatie
macam juga wanna..susah nak percayakan orang tapi yatie sememang orang yang
easy going semesti peramah..eke2…
Bila yatie realize…along ni jodoh dia selalu jer dengan
yatie… semester 1..dulu masa bila dok kat asrama banglo…sebilik dengan
Along…actually tak rapat pun tapi selalu berangan sama-sama…nak-nak masa nak tidur..yatie
duk katil atas…masa tu sebilik dengan amy..and CK…dan yatie masa tu rapat dengan
kak Bid…panjang la cerita kalau cerita ni…182 hari punya cerita…eke2
Kita pendekkan…bila semester 2, eh…serumah dengan along
lagi…masa along sebilik dengan junior..dia nak duk sebilik dengan de…masa tu
dia kamceng dengan de…dah I kan easy going…I malas nak tukar-tukar…so I
teruskan jer sebilik dengan de….ini pun 182 hari punya cerita jugak….eke2
Kita pendekkan lagi…bila semester 3…hah…boleh pilih
partner…yatie bukan la jenis pilih, tapi bila yatie nak…memang nekad….kebetulan
yatie sekelas dengan along…along kata kita tinggal sekali lah…boleh…jom…so
sama-sama la yatie dok sebilik…sampai terbabas….maklum ler masa study..schedule
kelas ada floating so..bila masa rest kita orang balik tidur..dang-dang
terlajak…sampai classmate kita datang kejut…sedap sangat boleh tidur dalam
aircond….nikmat mana mahuku dustakan…you olls pernah dapat asrama tilam seempuk
Dunlop dan dan biliknya aircond…so lavish!
Bila masuk alam practical…yatie practical di Petronas
Penapisan Terengganu…eh-eh…sebilik lagi dengan along….sepanjang study sini di
Instep …tiap-tiap tahun celebrate birthday sampai ke kerteh..Ya Allah…dorang
selalu ingat….even kek pasar malam…itu le sahabat…Along juga tidak pernah menghampakan
saya…saya tahu dia mesti bagitahu kawan bila dia tanya..hadiah tahun ni nak
apa…saya nak hadiah teddy paling besar….gedikss kan…dia bagi pussy cat yang
sangat besar !...meow-meow…saya ingat ok…Tut-tut…bila bila masuk fasa kerja
dapat Melaka kan…huh..serumah lagi… pernah la buat open house…along kata itu
kenangan terindah…ramai tetamu datang….masa terus berlalu…sampai la we oll dah
berumahtangga dan beranak pinak…we olls still keep in touch!
Itu kisah dengan Along J
Ini kisah dengan wanna pula…dulu masa kecik-kecik selalu
sama dengan dia…walaupun tak la sepandai dia…eke2…memang easy going juga
orangnya…tanpa disangka..dari darjah satu sehinggalah darjah empat…bak kata
wanna…masa kecik mana tahu erti persahabatan..tahu nak berkawan…nak bermain…
Ianya berlalu pergi…sehinggalah Allah jodohkan kembali
semasa saya juga anak 3…dia juga anak 3..eh,eh sama pulok dengan
along….MasyaAllah..uniknya terjadi persahabatan…
Actually,yatie serik untuk mengaku dia la kawan baik
saya…sehingga mereka berdua…menyatakan…dia sahabat baik saya…dan sememangnya
setiap kali jumpa diorang sangat ikhlas dengan persahabatan ini….diorang tak
pernah bergaduh dengan saya…diorang tak pernah menyakiti hati saya.. …diaorang
tak pernah menyusahkan saya ….huhu touching… mmm…tetiba….ada iklan! Terharu
sungguh dengan diaorang ni….
Dulu masa kecik gossip ajer dengan wanna…bawah pokok
zaitun..marina pun ada…sekali amik ko…tergolek jatuh..sampai koyak kain…wanna
masih tak ingat ni…cuba tanya ngn mak ko mesti dia ingat…kakaka
Bila besar remaja…bersama-sama along la saya gossip…sampai
kunci pintu gate! Rahsia :P
Along dengan wanna banyak persamaan..yang kelakar…suaminya
jawa buuuuu…eke2
Dan bila duduk dengan dorang…apabila ada cerita yang sedih
dan berdosa pun tak sedar…sebab ketawa tak sedarkan diri…sampaikan orang
tanya…awak berdua sangat bahagia!
Wanna dan along sanggup berkorban untuk jiwa seorang
rakan…sama tapi cara berlainan…boleh pulak diorang ni kalau dia cakap pasal
kita…dia boleh story dengan kita balik…Subhanallah..dorang sangat jujur…
Along dan wanna lahir pada bulan yang sama, Along lahir pada
2 jun 1977 dan wanna 24 jun 1979…along dilahirkan sebagai anak sulung…wanna
dilahirkan sebagai anak bongsu perempuan…Alhamdullilah berkat didikan ibubapa
diorang…diaorang juga isteri yang baik dan solehah…MasyaAllah
Nikmat mana mahu kudustakan..saya ada 2 sahabat baik….along
pendengar setia…wanna pendengar yang setia …now dah jadi apprentice Prof
Muhaya.InsyaAllah!
Untuk di kongsikan kepada sahabatku Along dan wanna
“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup
bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan
keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam
rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang
kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-
Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu
terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita
hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai
berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu
untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang
sifatnya seperti berikut :
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati.
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4
tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 perkara
itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersembunyi
6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MENGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI.
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.
P/S PDH : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar
ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia
kekal sepanjang kehidupan.
Yatie tak pandai mengarang jiwang…itu lah hati yatie tanda
persahabatan dengan Along dan wanna.
Semoga kita menjadi sahabat syurga…InsyaAllah..semoga hajat
dan doamu tercapai sahabatku dunia dan dan akhirat….
Saya juga sayang semua rakan saya….sama-sama kita berpesan
kebaikan yer J
Alhamdullilah..Allah juga kurniakan hadiah tanpa
disangka…suamiku sebagai Sahabat sejati
saya…
Abe Meme Best! Subhanallah
Comments
MM lembut benar hati t ni. Smg istiqomah dlm bertarbiah.
Love ya....