Kisah Kebahagiaan Dua Sahabat
Dipetik dari blog wanna ...feel free to visit my friend blog
:), klik sana sini ya....
Sabda
Rasulullah s.a.w.
“Bersahabatlah
kamu dengan orang yang keadaannya sentiasa membangkitkanmu
dan
kata-katanya menyedarkanmu ke jalan Allah.”
Alkisahnya,
tanggal 22 Mei 1979, lahirlah seorang budak perempuan;Norhayati
binti Hamzah (Yatie) namanya. Adapun Pak Hamzah dan isterinya amat menyayangi
anak ini, kerana Yatie anak bongsu. Mereka menjaga Yatie dgn penuh kasih
sayang, bak menatang minyak yang penuh.
Adapun
tidaklah diketahui lagi, bagaimanakah agaknya si Yatie ni bila besar nanti, apa
kerjanya, siapa kawannya, kerana semua itu telah dicaturkan oleh Allah
s.w.t. Walaupun Pak Hamzah dan isterinya tidaklah belajar setinggi mana, mereka
mendidik Yati seperti ibu bapa yang lain mendidik anak mereka. Tidaklah di ajar
mencuri, tetapi diajar mintalah kalau nak. Tidaklah diajar meninggi suara
dgn org tua,
tetapi diajar utk menghormati orang yg lebih tua…
Lebih kurang
sebulan selepas kelahiran Yati, lahirlah pula seorang budak perempuan
juga, tanggal 24 Jun 1979, diberi nama Wan Hazlina binti Wan Hitam (Wanna).
Juga, tidaklah diketahui lagi, bagaimana agaknya kehidupan Wanna apabila besar
nanti. Siapa
suaminya, di mana dia tinggal, atau pun berapa anaknya kerana semua itu
adalah ketetapan Allah s.w.t.
Pak Hitam dan
isterinya juga menjaga si Wanna ini dgn penuh kasih sayang.Maklum ler, si
Wanna ni jugak anak bongsu, bongsu perempuan. Jadi, dimanjakanlah
si Wanna ni seadanya. Samalah juga dgn mak ayah si Yati, Pak Hitam dan
isterinya tidak belajar tinggi. Tapi, mereka dapat mendidik anak mereka
dgn kemampuan mereka seadanya.
Maka,
membesarlah si Yati ni dengan si Wanna seperti kanak-kanak lain.Keluarga
mereka tidaklah kaya, tidaklah miskin. Apa yg mereka nak, ada yang dapat, ada yang tak
dapat. Kalau dapat, gembiralah mereka, tetapi kalau tak dapat, menangislah
mereka.
7 tahun
akhirnya berlalu, tahun 1986. Pada umur ini, mereka akan mula bersekolah.
Maka hendak
dijadikan cerita, mendaftarlah mereka di sekolah yang sama. Adapun sekolah
itu diberi nama SK Mengabang Telipot. Sungguh unik nama sekolahnya.
Walaupun sekolah ni merupakan sekolah kampong, tapi bnyk bijak pandai yang
lahir drpd sekolah ini termasuklah Yatie dan Wanna ni. Nak dijadikan cerita lagi,
mereka selalu ditempatkan di kelas yang sama. Maka bermulalah di situ
persahabatan antara Yati dan Wanna. Mereka sekelas dari darjah 1 hingga
5. Kelas Merah
nama diberi.
Apalah sangat
persahabatan bagi kanak2 berumur 7 tahun. Kanak2, apa yg
mereka tahu. Yer, Si Yatie dan Wanna ni pun belum tahu
lagi erti persahabatan. Sememangnya, mereka tidak tahu apa yang ditetapkan
oleh Allah utk mereka. Apa yang mereka tahu hanyalah makan bersama,main bersama,
belajar bersama semasa di sekolah, sentiasa gembira. Kanak2 hatinya
suci bersih, begitu juga dgn persahabatan antara Yatie dan Wanna.
Mereka sangat
rapat. Di sekolah, di mana ada Yatie, di situ ada Wanna. Di mana ada
Wanna, di situ ada Yatie kecuali di tandas mereka tidaklah bersama.Si Yatie dan
Wanna; kedua2nya sangatlah comel. Yatie berambut kerinting, berlesung pipit dan
Si Wanna pula berambut panjang diikat tocang seperti ekor kuda.
Kemudian,
ketika mereka darjah 5, tahun 1990, Wanna akhirnya bertukar ke sekolah
lain. Alangkah sedihnya Si Yatie kerana sahabat baiknya itu bertukar sekolah.
Tidaklah Yatie tahu apatah lagi terfikir pada ketika itu, yang perpisahan itu mungkin akan
memberi hikmah padanya. Apa yang dia tahu, hanyalah berduka lara atas
pemergian Wanna. Maka berpisahlah dua orang sahabat itu….
Maka,
membesarlah Wanna dan Si Yatie ini seperti orang lain. Sehinggalah
masing2 akhirnya telah
pun berkahwin dan juga masing2 mempunyai 3 orang anak.Akhirnya,
dengan ketetapan dari Allah s.w.t, selepas 21 tahun mereka berpisah,mereka bertemu
kembali. Bukannya bertemu dari mata ke mata tetapi facebook jualah tempat
pertemuan mereka kali pertama setelah lebih 20 tahun mereka tidak ketemu.
Adapun Si
Yatie ini amatlah menyayangi sahabat baiknya ini. Dihubunginya
Si Wanna ini melalui telefon dan berboraklah mereka beberapa ketika. Setelah
beberapa kali berchatting, bermessage, pada suatu hari, Si Wanna
menjemput Yatie ke
jamuan rumah terbuka Wanna. Subhanallah… Akhirnya
mereka bertemu jua setelah lebih 20 tahun tidak berjumpa.
Persahabatan
antara mereka bertaut kembali. Tidaklah dapat dibayangkan kegembiraan
mereka pada ketika itu. Berboraklah mereka sepuas-puasnya mengingat
kembali kenangan mereka semasa di sekolah rendah dahulu.
Hubungan mereka
umpama adik-beradik seperti “Air dicincang tidak akan putus”.
Kini, mereka
bahagia setelah bertemu kembali. Semoga Allah memberi keredhaan atas
persahabatan yang terjalin antara mereka…
By, bagus kan
wanna..ayat-ayat dia best, bakal penulis jugak ni...hik-hik...bab kata my
friend seps tu "kalau analogi makanan,ianya seperti pancake yang gebu
hehe."
Wanna tulisan
ko ni mengingatkan aku dengan tulisan abang sam,nanti aku
share..Subhanallah
Comments
And tq so much coz beri aku support. Ada pulak masa aku nak tulis kan... walau keje belambak, tp ku gagahi juga.. hehehe... Boleh aje, nak dgn xnk jer...
ko tau...suami aku ketawa sesungguhnya tgok anak ko jer yang slim...Alhamdullilah nikmat mana yang harus ku dustakan...walau berjauhan...aku masih lagi mampu menceritakan dengannya...Subhanallah,Allahuakbar
Bab kata pepatah..hendak seribu seribu daya tak nak seribu dalih...
opps lupa dalam buku dimana dia dihatiku....alasan akibatnya kemalasan :)