Cerita setahun yang takkan habis...(episod 10)
Assalamualaikum
wbt
Apa khabar
semua? Semoga semuanya dibawah lindungan Allah….mmmm…suka tak bila tengok blog
kita blog orang-orang biasa tapi ada jugak yang singgah eh….sekali tengok ada 4
org yang singgah baca I ler tu sekali…eke2
Alhamdullilah…hari
ni Allah beri nikmat merasai kerinduan kepada rasullullullah SAW…cepat-cepat
pagi tadi dalam lrt…Assalamuaika ya rasullullah… dulu masa yatie tak
tahu…yatie pun pesan kat rakan sesiapa yang pergi umrah…sampaikan salam saya
kepada rasullullah….semasa tak ada ilmu…so bila saya ada ilmu ni…yatie nak
share dengan sahabat yang sudi singgah sini….ini pun mutawif Hajjah Hamidah
bagitahu….sesiapa yang ingin memberi salam kepada rasullullah ucapkanlah
Assalamuaika ya rasullullah, insyaAllah, malaikat yang menjaga kita akan
menyampaikannya…tak kira dimana kita berada…dan Allah akan memberi nyawa untuk
rasullullah menjawabnya, Subhanallah….Rindunya dengan rasullullah SAW…nak
nangis pun ada ni…sebak….Allhamdullillah syukur dengan anugerah Allah ini…
Hari ni hari
last kat mekah…tak tahu nak cakap….rasa serba tak kena…nak shopping bukan
matlamatnya…dan pagi tu saya sempat berjemaat subuh lagi di masjidilharam…alhamdullillah…pagi ni
siap buat tawaf selamat tinggal…dengan mimi…selesai tawaf ni bawak mimi sentuh
kaabah….sibuk aku suh mimi nangis….hik2 kelakar…ialah kita bila doa mesti la
merayu kan….mimi ni anak buah yatie baru umur 14 tahun….apa yang dia tahu …bila
dapat sentuh kaabah dia melompat…MasyaAllah…teruja….
Boleh jadi
yatie pun macam tu bila mak ajak datang mekah…baru nak meniti remaja…mak dan
ayah yatie mengerjakan ibadat haji kali pertama pada tahun 1994 pada umur yatie
14 tahun juga….Alhamdullillah
Hari ni…rasa
sedih sangat…tak nak diri yatie datang untuk kali ini kali terakhir…Allah
jemput la saya lagi……perasaan tu rasa nak duk sana…dengan suami dan
anak-anak….tak ada nak fikir perkara lain..buat amal ibadat jer…..tenang….ingat
lagi hari jumpa rozie, rozie dah nak balik…dia menangis sungguh-sungguh…dia tak
nak lagi balik Malaysia…lagi-lagi bila fikirkan kerja….sangat simpati
dengannya…simpati gak dengan diri sendiri sebab selalu berkorban…dan insyaAllah…pasti
ada didikan!
Hari ni hari
kami akan berangkat ke Madinah….Sepanjang perjalanan tu…yatie berusaha nak
tidur…mana taknya kiri kanan belakang dpn…semua kepenatan…sambil mulut
berzikir….dengan tazkirah dari mutawif zubir….kisah-kisah rasullullah…
Perjalanan ke
Madinah…ditemani tanah padang pasir yang
tandus…akhirnya kami singgah ke R&R…ada jugak eh…
Sememangnya
satu-satu restoran di padang pasir sepanjang perjalanan kami….makan sedap
lagi…licin dulang kami dulang sebelah dibedalnya…eke2…MasyaAllah
Alhamdullilah
selesai juga jamak zohor dan asar…mmm…dekat area ni yatie baru nampak anjing
berkeliaran…bukan tanah haram..
Kat sini juga
ada penjual-penjual madu…yang menyapa…tak ubah R&R di Malaysia…
Alhamdullillah
kami tiba di Madinah masuk waktu isyak…seronok sebab hotel sini lebih
happening…gaya mewah…dan teratur ibarat putrajaya…lebih terancang…Subhanallah…
Mengikut
pengalaman kakak yatie …dulu Bandar Madinah tak macam sekarang, semasa dia datang
dalam pembinaan….yatie juga suka suasana dan suhunya sejuk…dan nyaman..Ya
Allah..best!
Jemput semua
rakan-rakan…ingat lagi…masa nak g umrah ni share dengan Nor..dia dok Qatar…dia
la yang banyak syorkan nanti akak pergi bulan feb or march yer..musim sejuk…
Ya
Allah…akhirnya saya sampai di Madinah juga dengan izinmu…
Comments