Cerita setahun yang takkan habis...(episod 11)
Alhamdullillah...selamat untuk puasa hari ke 3 malam ke
4...beruntunglah kepada sesiapa yang menghadirkan diri untuk ke terawih malam
ini..."Pada malam keempat, dia memperoleh pahala seperti pahala membaca
Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqan (Al-Quran)."
Hari ni...kami semua akan melawat makam rasullullah...semua
orang tak sabar....dalam diam...saya berdoa supaya Allah izinkan saya jumpa
rasullullah...dah terbayang rasullullah tunggu.....Saya juga berdoa supaya saya
suci dari haid....Boleh bersolat...dan melakukan amalan-amalan ibadat yang
lain....
Sebelum yatie mendapat tahu dapat melakukan umrah...berkali
bangun solat malam...bila amik wuduk mesti cakap dengan
suami...by...sejuk...rasa macam rasullullah terima wahyu...cam biasa suami
senyum dan iyer jer.....masa ni tercetus di minda akan satu peristiwa menarik
yang sangat ringkas tercatat di dalam sejarah Ar-Rasul (s.a.w.), namun besar
pengajaran yang boleh diambil. Cuba renungi dan hayati ungkapan Saidatina
Khadijah, isteri Baginda (s.a.w.) dalam kisah di bawah.
Pulangnya Ar-Rasul
(s.a.w.) dengan penuh ketakutan dan menggigil setelah menerima wahyu pertama
Ilahi melalui Jibril (a.s.) di Gua Hira’. Baginda (s.a.w.) berkata kepada
isteri kesayangannya Khadijah, “Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku!
Sesungguhnya aku takut
(ke atas diriku).”
Lalu Khadijah berkata
kepada suaminya, “Tidak sekali! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya
kerana engkau sebenarnya mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau memikul
bebanan, dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah), dan
engkau menjamu tetamu, dan engkau menolong atas menolak bala.”
MasyaAllah....
So bila dapat melawat makam rasullullah nekad sangat nak
pergi dapat sekali pun cukup....Alhamdullillah Allah bagi kelapangan...saya
dapat menunaikan solat..saya juga mampu berdoa tanpa ada gangguan...Subhanallah..Nikmat
mana mahu kudustakan......
Syukur sangat apa yang dicitakan dari Malaysia dapat
dilaksanakan.....
Allah maha memberi!
Comments