Posts

Showing posts from July, 2011

Saja nak cerita....Update

Chaiyok2....cian pun ada...Adam deman selsema...ni mesti kes mak suka jalan...no,no..orang suka sangat cium peluk adam..... Dah la besok semua orang berangan-angan nak bawak adam swimming...dengan memakai swimming jaws tu...alahai chomel... alamak tetiba jer blogku dah jadi blog cerita pasal anak...tu la penangan kalau sesiapa ada anak kecil..setiap apa buat mesti ingat baby, masuk shopping mall..mesti survey or beli barang baby kannnnn...macam ana suzana cahaya cinta pun pasal anak2 kan...kak nani rostam pun walaupun tak ada anak kecik..masa jaga anak orang lain yang masih kecil pun suka cerita...indah sungguh dunia kita ...Alhamdullilah..bersyukur.. Dan paling aku suka masa outing dengan cik puan tasya..dia kata dia kalau stress mesti dia dok dengan anak2...outing ngan anak2...memang terapi yang sangat bagus...dapat pahala tuuuu... Aku kalau stress mesti shoping..eke2..macam banyak duit eh...so Adam dah jadi dunia baruku so terapi dengan Adam adalah yang terbaik.... Lagi bila teringa

I love Living Life, I am Happy

Image

Tragedi Cinta Isteri

Suami ku yang disayangi, Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya. Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak menghormatimu apatah lagi membencimu… tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami seperti mana anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan kasih-sayang seorang ayah. Maafkan aku. Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini. Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu. Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada

Cintailah Allah...itu yang hakiki

Kadangkala aku sendiri leka mencinta manusia, tapi percaya la cintakan Allah itu adalah yang lebih indah, lebih kekal dan lebih bermanfaat dunia akhirat... Carilah cinta manusia, namun jangan sesekali cintamu kepada manusia biasa melebihi cintamu pada Allah dan Rasulnya... Pada manusia, cari dan cintailah mereka yang beragama (mempunyai kefahaman agama dan berpegang teguh dengan agama)...ini adalah pesanan Rasulullah sendiri................ Rasulullah SAW bersabda:- تنكح المرأة لأربع :لما لها ولحسبها ولجما عها ولدينها ،فاظفر بذات الدين تربت يداك "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia." Sekalipun hadis ini pada zahirnya ditujukan pada kaum lelaki akan tetapi pengajarannya juga melibatkan kaum wanita. Selain itu, ada hadith lain yang menyatakan tentang keutamaaan menyintai Allah dan RasulNya. Dari

Pantang biar 100 hari

Salam, korang kalau pantang 100 hari ke? Ayah aku pesan, nak sihat pantang la 100 hari...mmm...seyes...aku sendiri pun tak pernah pantang 100 hari..pantang 100 hari means >>tak ley makan berminyak >>tak ley minum ais >>tak ley berendet ngn TUTTTTT...jangan jeling2...maklum le aku pun merenyang gak....tu la no 1 Al maklum la dah lama kawin mesti boleh control..kalau gatal jugak..mau terberanak satu lagi... Actually, mak bidan aku cakap, dalam rumahtangga, kalau dah "bersih" tak salah pun...dah yang halal toyibah...lain la kalau tak halal pun sibuk menggatal macam tut... So konon2 kali ni nak wat ala2 gaduh sebab nak pantang 100 hari....boleh ke? mmm..berat badan dah 63.5kg..nampak sangat dah makin susah nak turun.....ayoik..tak per lambat turun lambat naik...cepat turun cepat naik.... Kali ni..pantang kat KL...berangan nak amik urut 44 hari...kat sini siap ada mandi bunga....nak2...at least pantang 44 hari pun ok :)

Hari Ini Hari Bergembira!

Image
Chaiyok...alamak...awal2 buka blog dah nak chaiyok...malam ni nak balik kampung..nak visit ayah...haishhh dah terpanggil...bukan ayah aku ini yang panggil, aku yang nak pergi...baik pergi kan.... Tapi nak share resipi juga kat sini...sementara tu...kesian orang-orang pantai timur..nak makan pavlova kena la datang KL...tu pun kalau time ingat....dan ada la masa.... Katanya, dekat Empire serai ada jual.....susah-susah dengan kak nani rostam tu...ehem2...susah-susah...boleh la mai umah kita..... Aku pun pekena kek Pavlova ni dengan kak Nani...aku pun orang kampung jugak ni..... Masa aku kat Hospital Tawakkal..bila nak bersalin... masa anak-anak lepak sekali....sambil tu dorang pun tapau pavlova kat hospital...doktor tanya..makan apa tu...aku cakap pavlova kek...wahhhhh....dr cakap itu australian kek...campur buah2 sedap.....kelas nyah doktor tu...doktor jauh dia jalan...aku setakat tengok TV jer..tak pun jalan-jalan kat blog orang-orang yang rajin masak.... so ni baru cuba try test...dah

Ungu - Tercipta Untukku

Image
Jom layan Jiwang....

Pantang sudaa lari......

Image
Aishhhh...windu nak update blog...... Hari ni dah 17 hari saya berpantang, first time. berpantang kat KL....mmm..berat hari ini 65kg, Takut nak makan takut tak dapat berat yang di idamkan...kah,kah... bayangkan berat satu hari sebelum deliver 83.5kg...grrrr..kuat makan nooi....so dah berapa KG lost..malam ni pulak baru jer beli buku kevin...nak dapat tips pemakanan yang healty....orang perempuan masa ni la la nak jaga elok-elok... Zassshhhh...layan...sempat lagi tu photoshoot...5 hari sebelum nak bersalin tu...sabau nyaahhhh Hah...Adam Darwisy yang chomel..sayang Adam! Tak ley imagine, macamana la budak seberat 4.05kg boleh duk dalam rahim elok2...patut ler...tak larat nak bawak..nak jalan pun tak larat...... Haishhh...patut la bila tengok orang ada baby ni....syahdu ehhhh...tapi kalau tengok baby ni ropanya semuanya chomel..putih berseri...bersih...... Bercerita pasal hari-hari yang dilalui....tak pernah dibuat eh..anak ke3 ni baru buat...2 hari lepas aku follow si hubby p cameron hig