Posts

Showing posts from November, 2021

Viral Bekas Isteri Founder xxx

Image
Bukan saya HOKEY! bila jadi isteri bukan saya kena bijak... kena terus sabar...  Saya bila ikut perasaan.. boleh sajer saya buat seorang... tapi lama-lama saya pulak terkangkang.. Saya belajar dari kehidupan.. Saya nak pergi jauh dengan mindset champion.. cukup la sesiapa saja kenal brand saya..tak kenal saya pun tak per... guna idea saya pun boleh , reward akhirat saya sanggup... tak mau guna idea pun tak per..  guna semangat saya ni..ketika memulakan kedai cendol, mula dikenali, gambar cendol orang guna.. tapi saya tak fikir sebaliknya.. saya cuma berharap membawa manfaat.. jadi darah daging.. jangan buang masa untuk fikir sebaliknya.. Kan saya dah bagitahu, buat baik dengan ayah bukan buat kerana duit..  gamaknya, bila saya berhenti kerja kan, ayah duduk seorang dirumah yang besar tu, saya boleh ajer pergi duduk kat rumahnya..tapi sebelum saya pindah terengganu, saya siap-siap beli rumah 2 tahun , (saya ingat ketika jemput kak ngah, katanya rumah ni rumah lama, berapa ramai masuk ke

Agen Bung Mokhktar 2.5Million!

Image
Peniagaan yang pernah saya buat juga Unit Trust semasa bekerja! Sempat 4 bulan, first month sale RM200k, dapat RM4k Semua komisen sedekah kat pembangunan Masjid Bandar Damansara.. (Mesti tertanya kenapa kan-saya ada niat) Kami kahwin muda, nak hidup pun berkira-kira, nak bagi mak ayah, tanggungjawab dah, kami suami isteri bukan ada mak ayah orang senang pun, so bila kami kawin bukan halangan nak buat baik terus..... nak besarkan anak perlukan duit, nak bayar rumah, nak bayar kereta....dunia kami suami isteri ni sangat sibuk, tiada masa.... malam jer rehat... tu pun tidur...terus..tiada life yang menarik pun, ada sesuatu yang selalu berlaku, saya nampak kelemahan suami, suami pula nampak kelemahan saya, jadi masing-masing menuntut hak! Last-last asyik gaduh...bosan kan.... mula la... saya pentingkan diri saya...suami dengan cara dia....masing-masing ada duit sendiri....Syukur saya cepat matang... saya tak mahu jadi macam keluarga orang lain berpecah belah... saya muhasabah diri sendiri,

Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah (Official Music Video)

Image
Tidur awal dan bangun awal supaya hari kita menjadi lebih panjang Abang Haji Rock tumpang lalu Layang lagu jiwang untuk kekasih lama He-eh, yeah Hm-hm Dalam heningnya malam Bertaburan bintang Rembulan pun tersenyum Pancarkan sinarnya Seiring waktu berlalu Menari indah denganmu Terhanyut dalam mimpiku Hingga kugapai rasaku Tak pernah menyerah Tuk selalu mencoba Menjadi terbaik untukmu Dan segalanya Uh-hu, kekasih Dalam setiap kisah Selalu ada cinta Dan ada air mata Yang pasti mengiringi Dan beri cahaya impian Terang jalani denganmu Tak pernah menyerah Tuk selalu mencoba Menjadi terbaik untukmu Dan segalanya, wo-wo-ho-wo Ho-oh-oh Ho-oh-oh Kisah cinta yang telah terbina Tak terhapus waktu Dan yakinlah, ku kan selalu milikmu Kebahagian selamanya nyata, ho-wo-oh Tak pernah menyerah Oh-wo-oh, oh-oh Menjadi terbaik untukmu Dan segalanya, oh-wo-oh, oh-oh Tuk selalu mencoba Menjadi terbaik untukmu Dan segalanya Mm-hm Kekasih Kekasih, ho-oh, ho-oh-oh Ho-oh, uh-oh-oh

Family camping di pantai Kg Mangkuk, setiu Terengganu

Image
Kenangan berkelah keluarga bersama keluarga dan anak-anak along, nice view dan sangat menarik dengan kemudahan bilik air.Lokasi betul-betul depan sek Kg Mangkuk Memang mendamaikan, menariknya Negeri Terengganu, ada keindahan pantai tanpa ada halangan boleh berkelah tanpa ada bayaran....  Terkenang bulan lepas pergi hantar kakak kat Ipoh jalan-jalan kat penang, Ya Allah sedih tengok, tiada lagi pilihan pantai indah untuk kita orang kampung.... bersesak dipantai yang kotor....Adam datang bisik, Mommy, tak nak la adam mandi....  Di Terengganu, InsyaAllah ada keistimewaan, sampai Huffaz bercita-cita nak ada hotel sendiri di tepi pantai, MasyaAllah... tinggi sokmo cita-cita...selalu sangat tidur kat hotel yer.... Selalu tengok geng Facebook group family camping kat sungai, air terjun, kira nature hutan la, nak share spot kat Terengganu kita, bertuah rasanya kiranya saudara berpeluang melayari pantai-pantai di Terengganu, tak perlu grand pun persediaan untuk berkhemah tangkap muat je..InsyaA

Sihat tanpa product (Makanan Sihat/Real food ready to eat)

Image
 Tips Online Business bersama Dietliciouss Assalamualaikum, hai selamat malam semua, rindu la dengan blog kita dah lama tak coret-coret kenangan untuk diri sendiri.....boleh juga sharing untuk buat semangat squad dietliciouss! Alhamdulillah diberi peluang dan terpilih untuk buat sharing. Topik yang diberi adalah 1. Kenapa Yatt memilih Dietliciouss Actually, Inspirasi dari anak-anak, asalnya diaorang semangat nak kurus, bayangkan Abang Danish dulu montel kan dari kecil suka makan mak masak, berat final 140kg! kesiannya dia....then berjaya turun seningga 78kg dan sekarang wow sangat! sebab dia dah start bina badan, tu la mak asyik panggil Abam Kattang 😅😅😅 sekarang....dah handsome..... so dont worry mak-mak , mama,mommy, terus bagi sokongan kepada anak-anak... Gambar ni sempena hari lahir ke 20 tahun...gambar jer ni Danish and daddy, mmm sama-sama rock hah....saja la share kut ada skandal daddy rindu, ai is ramai stalker,,,, kah kah perasannnn..... kakak meera pula start naik badan umu

Sebutir kata dua

Image
Saya perkenalkan diri saya yang diberi nama Norhayati Hamzah :  Saya perlu berkongsi supaya orang tahu.. Niat saya sebenarnya menjalankan perniagaan.. Saya tak nak tidur.. lagi2 bila berjaya menjadi surirumah setelah 15 tahun bekerja saya rasa nak tidur nak rehat jer...best wooo..  lagi2 masa berhenti kerja tu..anak saya yang paling kecil baru nak masuk setahun...tengok gambar ni sekarang dah sekolah dan berumur 7 tahun.. (kasihan pulok zaman diaorang ni..boleh kira pergi sekolah.. rezeki juga saya tak bekerja lagi...) Tapi kan bila nak hampir setahun ai ai tak boleh jadi...bosan.. sebab kita biasa kerja..biasa bergerak.. Takkan nak tidur jer.. tu tanda nak mati 😂, terus refleks dengan dengan sendiri.. nak rehat, rehat kat kubur la.. eii ya Allah, tak jadi ni.. Petang2 saya pergi rumah arwah ayah.. lepak chit chat berangan (pilihan yang tepat yang Allah atur, ayah meninggal pada tahun 2020 dengan umur 85 tahun segak dan tidak nyanyuk) Dalam masa yang sama, saya ada ramai anak buah yan