Posts

Showing posts from August, 2011

Yeay...Yeay...Mood Raya!

Alhamdullilah , dah 23 hari kita berpuasa, ramadhan kali cuaca pun redup aje kat KL, tak panas...seronok sebab tahun anak-anak begitu disiplin berpuasa, bersahur...tak payah nak kejutkan...panggil ajer dah bangun...walaupun maknya..tak terkejut sebab dah tidur lambat....dorang masih lagi setia berpuasa.... :) Seronok juga tengok rezeki Ramadhan yang berlipat ganda...dan tak seronok jugak bila dengar makanan yang dimakan dekat hotel dan tempat berbuka dibuang macam tu jer.... Alhamdullilah juga sebab tahun ni juga seperti tahun-tahun lepas...makan pun banyak dirumah...lagi la i masih cuti panjang....cuti tak berbayar gajinya....walaaaa...mesti bila nak start cuti...teringat pulak cinonet adam yang dah pandai bercakap...dan mengekek suka...sonok erk...bila lama tak ada baby...datang rahmat Allah tu...Allah lebih tahu yang kita tak tahu mesti ada kebaikan kan,kan... Pagi-pagi ni...i sangat cemerlang...kain semua dah settle...semua dah lipat...rumah dah siap kemas...sawang-sawang ni

Resipi Berry Pavlova

Image
Weeee....malas doh nak ajak mkn free pavlova...kalau nak sila beli bahan2 n buah i buatkan ok... And sesiapa yang tempah pun boleh...eke2.....kalau nak resipi sila layari di sini

Semoga Lailatul Qadar milikku...

Image
Khutbah Jumaat: Lailatul Qadar titik tingkat takwa, ibadat Sumber : Berita Harian Copypaste from mamanajmi :) HARI berlalu begitu cepat, tanpa disedari kini kita sudah berada pada hari ke-19 Ramadan. Maka 10 terakhir Ramadan ini adalah masa berharga yang perlu direbut semua insan beriman kepada Allah SWT. Masa terakhir inilah akan menentukan sama ada puasa kita mendapat keberkatan, menjadi penebus segala kesalahan dan dosa dilakukan selama ini. Masanya Allah SWT janjikan kepada kita semua jika kita benar-benar beriman kepada-Nya. Ramadan mempunyai satu malam dinamakan lailatul qadar dan pahala beribadat pada malam itu menyamai pahala seribu bulan. Allah SWT menganugerahkan pahala besar itu sempena penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Dari Baitul Izzah al-Quran beransur-ansur diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui Jibril. Berdasarkan hadis yang memetik penerangan Saidatina Aisyah, antara pengkhususan ibadat dilakukan Rasulullah SAW ialah Baginda mandi antara wak

Yes, Esok Nak berbuka dengan kawan lama!

Tak Sabar, Tak Sabar...Nak masak shark Fin Soup...Before Ramadhan pergi Kuantan..sempat la beli shark fin Basah...En Ruti Paung Mintak buatkan Kuih Pulut Sekaya, Puan Tanah nak makan Pavlova....katanya... Oppps...ada pulak Orang Tempah Kek gula Hangus...Andre,Andre.... Seronok...Malam ni dah start sibuk...yeay...I like....Muffin can start Tonite...wooot wooot Nanti Kesudahan Kita sambung letak Gambar Okey....macam pandai masak eh... Update before nak menunggu berbuka puasa...eke2

Andai kuTahu....

Mmm...aku tahu lirik lagu jer kat atas...ntah bagaimana...ada seorang kawan bagi ayat-ayat alquran untuk aku hafal...aku ingin jer baca tafsir Al-muyassar Alfatihah...ayat ini seolah-olah mengetahui yang aku ini selalu mengkhianati diri ini dan lebih tepat..jahil sungguh..padahal..setiap waktu solat aku baca...setiap malam aku nak tdur aku nak baca tapi maksud tersirat aku tak pernah utk dalami....walaupun aku pernah membaca terjemahannya... Utk rakan disayangi...hayatilah... Tafsir Al-Fatihah A. TEKS AYAT بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7) [الفاتحة : 1 - 7 ] B. TERJEMAH AYAT Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Maha Pemu

Kek Sarang Semut eh Kek Gula Hangus

Image
Apa-apa jer la.....Waaa....first time buat ni...bersarang-sarang semutnya....memang gebu sama macam resipi asalnya...Terima Kasih Mr Mat Gebu Actually, kek ni kita tengok kat facebook mieja...rajin betul dia masak...sejak ramadhan ni...biasa ler..idea yang kering...teringin pulak tekak kita ni nak makan kek tradisi bila raya di Tranu..tahun2 80an dulu...bila tengok kek ni ingat juga pada arwah makcik aka arwah Su..dia la yang suka buat segala kek....dulu kita panggil kek ni Kek spounge sebab macam span cuci pinggan..hik2 Amacam...ada teringin jugak sila cuba yer resipi disini ..yang ni mat gebu tak puas hati..tapi i sangat berpuas hati sebab kita ada adjust sikit..minta maaf sifu....hik2 (copy paste, tapi i adjust sikit jer...) BAHAN-BAHANNYA :-) 110 gram gula pasir (saya guna 1 cawan gula) 120 ml air (saya guna 1 cawan air panas) 30 gram mentega (saya guna mentega hotel supply tu, guna la 4 ketul yang comel2 tu) 3 biji telur gred "A" (saya guna 4 biji telur gred

Pening Makcik....

Image
AYoikkk...kalau korang dapat message cam ni...ada a few lagi sampai mintak tolong sebab semua dah disekat....korang apa rasa...makcik takut...takut la macam dalam berita ke, drama ke ..takut kena dera... Pening oooo...kita pulak kena fikir masalah pakcik...makcik pun tak tau nak cakap apa..sabar jer la...kan makcik dah kata sila jadikan alquran sebagai panduan...Orang yang sabar orang yang menang.... Makcik tak mau cakap banyak...makcik pun ada pakcik..pakcik lagi selalu tinggal umah..tak adanya kerja malam...ke ..tinggal bermalam2 ada...eke2 Kalau makcik, makcik tak fikir banyak...makcik fikir, makcik jaga solat,jaga puasa, taat pada pakcik dan tak syirik...yang lebih-lebih tu...kalau pakcik buat tak elok..pakcik yang tanggung..kalau makcik buat tak elok..pakcik gak yang tanggung..makcik pulak heret pakcik kat Neraka...

Jadikan Al-Quran & Sunnah Panduan kehidupan...Insyaallah...

KENAPA AKU INI DIUJI? [2]Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [3]Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 KENAPA AKU INI TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. -Surah Al-Baqarah ayat 216 KENAPALAH SUSAH SANGAT UJIAN INI? [286] Allah tidak memberati seseora

Kalau orang cakap setan dia marah......

dia kata kita jer boleh cakap eh...tak kira la siapa setan...cuba tengok sini ok SEKUTU SYAITAN. Ahli maksiat bermakna orang yang gemar melakukan perbuatan yang dibenci dan dimurkai oleh Allah swt. Golongan ini dilabelkan sebagai sekutu syaitan dan hidup dalam gemerlap syaitan. Walaupun golongan ini hidup mewah semasa di dunia,namun pada akhirnya golongan ini akan menghadapi hari yang amat perih di hari perhimpunan di padang Mahsyar yang penuh debaran dan menggetarkan. Apabila manusia dibangkitkan dari alam kubur di padang Mahsyar yang sangat luas,masing masing dalam keadaan tanpa pakaian walau seurat benang. Apakah mereka tidak merasa malu dalam keadaan sedemikian,bersesak sesak lelaki dan perempuan? Siti Saudah,isteri Rasulullah saw bertanya kepada baginda,"Ya Rasulullah,tidakkah manusia merasa malu apabila mereka dihimpunkan di bumi Mahsyar dalam keadaan telanjang tanpa pakaian?" Rasulullah saw menjawab, "Justeru dalam keadaan terlalu gawat menghada

Rahsia Pantang Mommy Adam

Image
Assalamualaikum wbt, Sempena bulan yang baik ni...dah ramai yang dok puji mommy sampai sekarang jadi kembang balik...ni nak share tip cara pantang mommy... ni picture selepas 44 hari...amboi2 melarang benor mommy yer.... Ni picture before..semua orang cakap...besarnya....5 hari sebelum deliver..tak larat nak bawak... Sekarang lemak mommy dah buang sebanyak 20kg.berat last mengandung 83kg...now 63kg..hah..u olls nak tak?he,he...tip nak kurus secara normal tu..memang susah mommy nak bagi..kan banyak lak rahsianya yang terbongkar erk....sebab susah nak kurus...so time nak kurus masa berpantang la kan... Ok...pada sesiapa yang bersalin ceasar atau normal pun boleh follow....untuk pengetahuan semua mommy bersalin secara ceasar :D, yang miscarriage ke...yang misabortion ke..sila cuba.... Amalan pemakanan: 1.)Totally, I skip Ayam tak kira la panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung, selepas 30 hari baru la amik 2.) I makan ikan isi putih, boleh buat grill

Siapa Ana?

Ana tu saya la...glem sangat ke ana tu nak wat blog dah tak life ke ana tu...ana ada life...life ana cuma life ordinary...so kalau boleh bila berblog jadi luar biasa skit...biar jadi femes la...ha,ha... Ana bukan la penulis yang hebat, tapi ana cuma menulis yang tersirat...susah uuntuk ana pamerkan yang tersurat..sebab ana suka bercerita secara verbal...tapi ana kalau suruh cakap memang you tak boleh lawan daa...sebab ana orang tak habis cakap anak sibuk2 nak mencelah..hik2...janagan mara dah...nanti idea ana hilang.....kata feng shui ..ana kalau kerja paling bagus..kerja guna air liur jer dah laku...hah bzness tu..... Ana banyak Idea...tapi ana ada sedikit mood..mood malas la tu...ni saja jer nak berkenal dengan anta....Jom kita berkenalan :)...jangan lupa tinggalkan jejak kasih anta yaaa

Children Learn What They Live

If children live with criticism, they learn to condemn. If children live with hostility, they learn to fight. If children live with fear, they learn to be apprehensive. If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves. If children live with ridicule , they learn to feel shy. If children live with jealousy, they learn to feel envy. If children live with shame , they learn to feel guilty . If children live with encouragement , they learn confidence. If children live with tolerance, they learn patience. If children live with praise , they learn appreciation. If children live with acceptance, they learn to love. If children live with approval, they learn to like themselves. If children live with recognition, they learn it is good to have a goal. If children live with sharing, they learn generosity. If children live with honesty, they learn truthfulness. If children live with fairness , they learn justice. If children live with kindness and c

Cinta kita pada siapa?

Image
Orang selalu cakap...awak macam tak ada masalah...awak sekarang senang...awak ni memang sabar.....Awak ni sayang dengan siapa sebenarnya? (actually, selalu dapat message macam tu....) Andai kata, Rasullullah SAW dihadapan kita? Hayatilah video...saya rasa sangat berdezukkk...ikhlas...saya sedih dengan apa yang saya selalu lupa... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur

Kalau beristeri 4, jagalah yang pertama...

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain. Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit. Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yan