Posts

Showing posts from July, 2013

Resipi Mee Goreng Briyani

Image
Alhamdulillah dah masuk hari ke 18...saya kira ianya sudah cukup kita berbuka ala kadar tepi dengan menu yang berlainan....... Terima kasih piccah dikala...apa nak masak untuk berbuka dengan keluarga..Allah ilhamkan melalui kawan di perkongsian web sosial facebook. MEE GORENG BRIYANI - MENU RAMADHAN HARI INI. * selalu dengar nasi briyani ja kan...ni mee goreng briyani :) BAHAN-BAHAN : ✔ 1 bungkus mee kuning ✔ 1 ketul dada ayam didadu kecil ✔ 8 ekor udang (ikut suka nak letak berapa) ✔ 10 biji fish ball dibelah dua ✔ 2 keping fishcake dipotong nipis ✔ beberapa batang sawi ✔ 3 ulas bawang merah dihiris nipis ✔ 2 ulas bawang putih dihiris nipis ✔ 1 sudu besar rempah briyani (yatie guna 1/2 sudu sahaja jenama sham)  ✔ 2 sudu besar tomato puree ✔ 1 sudu besar sos tiram ✔ 4 sudu besar kicap masin ✔ 1 cube stok ayam ✔ 1 cawan air (atau lebih) UNTUK TABUR DIATAS: (yatie tak sempat nak tabur....maklum le masakan 1/2 jam bagi ibu2 bekerja...nak m

Resipi Nutty crispy aka FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Image
Alhamdulillah, Alhamdulillah,Alhamdulillah.....murah rezeki.... Tak dapat di hitung....Terima kasih Allah... Petikan dari Dari dapur BUKAN SEKADAR RESIPI. Peringatan Allah kepada manusia yang diciptaNya: Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya) dan Dia tidak redhakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur dan jika kamu bersyukur, Dia meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Dia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. [surah az-zumar, ayat 7] Allahu Akbar! Ya Allah ya Rabb..Jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat kurniaanMu. Tunduk