Posts

Showing posts from November, 2012

On diet

Image

Resepi Puding Roti Kak Nani Rostam

Image
As Salam… Ya Allah, my friend cakap..pavlova la..terus dia ambil gambar puding ni untuk dikongsi dengan adik beradiknya….ada aja yer… Kebetulan hari ni hari cuti dan suami cakap…teringan nak makan puding roti …biasa buat yang biasa jer…kali ni nak cuba resipi puding roti kak nani, biasa bila yatie buat yatie mesti guna susu cair tin…resipi kak nani sangat special…dia guna susu fresh dan ada whipping cream…kata anak buah saya dari sarawak…”Ya Allah...Mak Yak.... lemak berkrim…sedap!” Ya Allah…Terima kasih kak nani atas perkongsing yang bermanfaat…sedap..nanti nak buat lagi…nak bawak dekat pejabat. Saya mohon izin copy paste yer…air tangan kak nani,…tiru jugak letak buah…hehe… Resepi Puding Roti Kak Nani Rostam Sumber: http://nanirostam.blogspot.com/2011/01/aku-anak-penoreh-getah.html Bahan-bahan :- 1)Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di

Ujian dan Nikmat

Kisah 1 Suatu hari ketika membeli barang rumah tanpa suami ditemani pembantu rumah juga baby adam, apabila menyelusuri troley, datang seorang budak mengekori saya... Lintasan hati jahat Kenapa la budak ni follow saya dengan muka tak seberapa siap...macam nak mencuri pulak... Lintasan hati baik Makcik (pembantu rumah) tunggu sini saya angkat barang, saya mula bertanya kepada budak lelaki ini kamu ada mak? ada...kamu sekolah? sekolah...mari tolong makcik angkat barang....MasyaAllah he is nice person! Habis jer barang disimpan, nanti ikut makcik hantar troley (ketika tetiba ada mamat bangla datang tarik troley...Oh mind...cepat saya panggil), ok kamu ambil troley ni balik dan duit dalam troley kamu ambil...kamu ada ayah? ayah dah lama pergi kerja dan tak pernah pulang....MasyaAllah...he comes from broken family, no wonder...kamu dah makan hari ni? saya belum makan...ok ni makcik bagi lagi sebab kamu anak yang baik... Dia mula tersenyum...dan mula berkata terima kasih makcik be

Biarkan dirinya.....

Kebanyakan kita tidak dapat menerima sesuatu kritikan kerana merasakan kritikan tersebut ibarat pisau belati yang diacukan pada dirinya dan kehormatannya.Adakalanya kebanyakan kita tidak menerima kritikan kerana merasakan ia merugikan daripada sesuatu perkara yang mungkin kita peroleh dalam keadaan diri kita yang palsu. Sesetengah orang tidak suka dikritik kerana padanya ada sifat ujub dengan diri dan mempunyai pandangan melampau.Dia akan rasa diperkecilkan apabila dikritik oleh orang lain. Sesungguhnya kita bukan malaikat ataupun tergolong dalam kalangan mereka yang maksum(dipelihara Allah SWT daripada sebarang kesalahan dan dosa) Hendaklah kita sentiasa perhatikan apa yang dikatakan oleh Sayidina Umar Al-Khatab r.hu "Semoga Allah SWT merahmati orang yang menunjukkan kepada aku aib kesalahanku" ~ petikan Buku Wanita Istimewa (Dr.Karim El Shazly) Subhanallah!

Resipi steamboat family

Image
Subhanallah, Nikmat mana mahu kudustakan…dulu nak cari kedai steamboat begitu payah…sekarang tumbuh melata…dan kita pun boleh makan lagi bersenang hati di rumah….bila kenyang tu rehat kejap….Then sambung lagi..Allahuakbar…tak dapat dihitung… Zaman kecik tak kenal steamboat kenal ikan singgang jer...ikan rebus tongkol pun ada...arwah mak goreng selepas rebus..sedap sangat.... Alhamdullillah…dengan limpah kurnia Allah…yatie adalah anak bongsu untuk pasangan Tuan Haji Hamzah dan Alllahyarham Hajjah Che Nek…memang kena letak sebab tujuannya adalah jejak kasih…supaya masih ramai lagi..saudara mara saya ditemui…InsyaAllah… Perbezaan saya dan abang saya saifuddin adalah selama 10 tahun..masyaAllah baby emergency rupanya….jadi jarak dengan kakak yang lain semesti berbeza….Nikmat yang saya temui antara kami adik beradik ni…kitaorang tak pernah bergaduh…sama ada berperang mulut ataupun tarik rambut…boleh jadi kakak saya dan saya pernah babeh (orang teranu kata..ada aje nak menang)…hehehe…

Resipi kurma daging kambing

Image
Assalamualaikum wbt Apa Khabar semua? Alhamdulillah…banyaknya nikmat Allah bagi tak terhitung…segala apa yang pernah ditulis digambarkan…diimaginasi…sehingga ada yang terasa dan menyakitkan hati….saya ingin memohon maaf segalanya, sesungguhnya saya adalah hamba Allah yang paling lemah…sesungguhnya yang baik-baik itu adalah dari Allah yang buruk dan hina adalah dari saya… Alhamdulillah…masak dah lama…cerita pasal masak jer belum….hehe…sekarang dah bersemangat nak cerita pasal masak… resipi kali ni adalah resipi Chef Hanielieza…iaitu resipi kurma daging kambing….suami saya yang masak Alhamdulillah Suami saya kelebihannya adalah rajin memasaktak percaya?mesti kena percaya…sebab bila nak suruh menyapu ke..memang tak pernah…bila maid tak ada…jika suami ada kat rumah…suami la banyak membantu tolong bahagian dari cuci baju sehingga angkat baju yang kering…utk jadi tukang lipatnya saya ler pula, gosok dan simpan…Alhamdulillah mesti dan sangat bersyukur apa saya anugerah Allah kepada kit

Sentuhan Qalbu suami isteri yang berjauhan

Actually....baru 3 hari tidak berhubung...hamba Allah macam saya pasti 1001 pertanyaan...hanya pada Allah aku berserah.... Akhirnya....Subhanallah From: Jamisal Bin Salleh Sent: Monday, 05 November, 2012 10:23 AM To: Norhayati Bt Hamzah Subject: RE: enrich redeem Salam, Apa khbr? sehat x? ank2 mcm mner? skrg xleh nk call sbb communication fail..email pn br jer bleh guna..nnt ble tel dh boleh guna sy call..cuma nk bgtau jg diri elok2..sy kt sini sehat alhamdulillah. Wkslm, mmm....Orang lelaki soalan sikit dan tak banyak..cukup dan padat.....mmmm...bila part saya....reply bukan main panjang... :P -----Original Message----- From: Norhayati Bt Hamzah Sent: Monday, 05 November, 2012 11:10 AM To: 'Jamisal Bin Salleh' Subject: RE: enrich redeem Wkslm, Alhamdulillah...semua sihat...mmmm nak nangis .... Ianya sentuhan qalbu....Subhanallah..saya baru selesai baca solat sunat taubat, solat dhuha dan baca yasin....ketika baca yasin tu kan...terlintas dihati...mesti co

Doa hari ini

Ya Allah ya Tuhan kami! Engkaulah Tuhan yang mengalirkan sungai-sungai dan mata air. Engkaulah Tuhan yang berkuasa menciptakan sesuatu dengan sekelip mata dan Engkaulah Tuhan yamg mengetahui rahsia alam sebelum Engkau menjadikannya lagi. Kami memohon supaya Engkau mengurniakan sepenuh-penuh keredaan kepada kami bagi membolehkan kami mengecapi ni’mat kebahagiaan dan kesejahteraan yang Engkau redai. Kami memohon supaya Engkau memperkenankan segala permohonan dan tuntutan kami. Seterusnya kami memohon supaya Engkau sentiasa sudi mendampingi kami serta memperlihatkan kemantapan dan kehebatan kami kepada musuh. Kami juga memohon supaya Engkau segera memperkenankan segala doa kami. Ya Allah ya Tuhan kami, perkenankanlah segala permohonan kami. Tunaikanlah segala hajat kami dan masukkanlah kami ke dalam golongan mereka yang segera mendapat simpati daripada-Mu. Sesungguhnya Engkau adalahTuhan Yang Maha Berkuasa, apabila hendak menjadikan sesuatu, Engkau cuma berkata “jadilah” nescaya b

Antara Suami & Isteri : Kenapa ada orang Ketiga?

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah MasyaAllah banyak sangat nak share....actually ni adalah tajuk perkongsian dari Dr Halina Siraj di KLCC baru-baru ni...ada banyak kisah-kisah menarik...suka la dengar nak ketawa pun ada... Paling saya ingat...Its not about you, its about him....orang lelaki ni dia deman...deman dia datang tak kira bulan atau hari.....