Resipi Mee Goreng Briyani

Alhamdulillah dah masuk hari ke 18...saya kira ianya sudah cukup kita berbuka ala kadar tepi dengan menu yang berlainan.......

Terima kasih piccah dikala...apa nak masak untuk berbuka dengan keluarga..Allah ilhamkan melalui kawan di perkongsian web sosial facebook.

MEE GORENG BRIYANI - MENU RAMADHAN HARI INI.
* selalu dengar nasi briyani ja kan...ni mee goreng briyani :)

BAHAN-BAHAN :
✔ 1 bungkus mee kuning
✔ 1 ketul dada ayam didadu kecil
✔ 8 ekor udang (ikut suka nak letak berapa)
✔ 10 biji fish ball dibelah dua
✔ 2 keping fishcake dipotong nipis
✔ beberapa batang sawi
✔ 3 ulas bawang merah dihiris nipis
✔ 2 ulas bawang putih dihiris nipis
✔ 1 sudu besar rempah briyani (yatie guna 1/2 sudu sahaja jenama sham) 
✔ 2 sudu besar tomato puree
✔ 1 sudu besar sos tiram
✔ 4 sudu besar kicap masin
✔ 1 cube stok ayam
✔ 1 cawan air (atau lebih)

UNTUK TABUR DIATAS: (yatie tak sempat nak tabur....maklum le masakan 1/2 jam bagi ibu2 bekerja...nak mudah ajer)
✔ daun bawang dan daun sadri dihiris 
✔ 1 biji cili merah dihiris
✔ sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK :
✔ Panaskan sedikit minyak. 
✔ Tumis bawang sehingga wangi. 
✔ Masukkan rempah briyani. 
✔ Goreng hingga sekata.
✔ Masukkan ayam. 
✔ Setelah berubah warna, masukkan udang, fishcake dan fish balls. 
✔ Gaul hingga sekata.
✔ Masukkan pula tomato puree, stok ayam, sos tiram dan kicap. 
✔ Tambah air.
✔ Apabila mendidih masukkan sawi dan mee.
✔ Sekiranya suka mee basah, bolehlah tambah sedikit air lagi.
✔ Rasakan masinnya. 
✔ Tambah kicap atau pun garam kalau perlu.

Resipi ini telah disalin disini...
resipiibundo.blogspot.com 

Apa rasa eh...beza dengan mee goreng lain adalah wangi......Okey, selamat mencuba

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu