Resipi Nutty crispy aka FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Alhamdulillah, Alhamdulillah,Alhamdulillah.....murah rezeki....

Tak dapat di hitung....Terima kasih Allah...

Petikan dari Dari dapur BUKAN SEKADAR RESIPI.

Peringatan Allah kepada manusia yang diciptaNya:

Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya) dan Dia tidak redhakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur dan jika kamu bersyukur, Dia meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu.

Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Dia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. [surah az-zumar, ayat 7]

Allahu Akbar! Ya Allah ya Rabb..Jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat kurniaanMu. Tunduk sujud - menyembah dan beribadat - semata-mata kepadaMu.

Wahai Tuhan Pencipta alam..Jangan diambil nyawa kami, sehingga diampunkan segala dosa-dosa kami. Kami ingin menghadapMu dalam fitrah sesuci bayi ciptaanMu.

Ya Hayyum ya Qayyum..Perkenankanlah!

Terima kasih sahabat-sahabat yang suka update makan-makan...you always giving me the inspiration...i love it!...buka mental ok...hehe

Alhamdulillah 5 ramadhan dah kita...disini yatie mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa untuk semua sahabat...jauh dekat...minta maaf segalanya....

Ok curi masa sekejap sebab nak berkongsi resipi nutty crispy....haishhh...serius...senang...tapi dijual sangat mahal...kerana bahan-bahannya boleh tahan harganya...

Actually...first time tengok nutty crispy ni kat klcc...kata anak-anak macam kuih arab jer...aha...ada jugak macam manisan turki....

ok2...InsyaAllah nak berkongsi resipi dari kak ita...yang terbaik dari tuan punya blog yang makin hari semakin mengancam masakan kek pelbagai.Ketika di mekah saya siap berdoa nak rajin memasak macam kak ita.....kelakar...hehe.......semoga bermanfaat :)

Pass :)

copy paste yer dari blog azlita masam manis...memang tak ubah...cuma saya tambah biji labu....

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar 

200 gm tepung Florenta ataupun Benetta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

*** 200 biji labu

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


Siap mesej dengan kak ita....GUNA AIR TAK?...dang2 kak ita yang baik hati tu reply...nampak sangat ler i ni bukan pandai masak...Alhamdulillah sekarang semua di hujung jari.....tak guna air yer...

Ada satu komen tentang masak memasak ni di facebook....kata org tua kita..orang puang belajar tinggi dok dapur jugok...adusss...antara kata-kata doa arwah mak..lambat cepat..rajin malas..umur 34 baru nak buat..fuhhhh..Apapun bersyukur dengan ujian diberi.....     

SAYA JUGA BUKA TEMPAHAN...hurry up! RM25/BALANG...Sms/whatsapp/wechat:019-9506900
Email pun boleh...bila-bila pun boleh...not for raya only...boleh email jugak di jamie_atie79@yahoo.com

Selamat mencuba yer :)  


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu