Hati kita milik Allah lagi...


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Kagum,Kagum...Danish memulakan hari ini dengan melakukan solat sunat taubat...MasyaAllah...hebat...
Apakah dosa yang pernah dilakukan...sehingga Allah lembutkan hati untuk dia melakukan solat sunat taubat sebelum menunaikan solat subuh.... Danish cuma berumur 12 tahun...sekejap jer masa berlalu ianya cuma peperiksaan di dunia untuk kejayaannya di dunia....

InsyaAllah...kejayaan yang cemerlang miliknya...

Mommy...ibu yang pernah melakukan solat sunat taubat ketika berumur 31 tahun....Alhamdulillah...diri ini masih disayangiNYA...

Syahdu...syahdu apabila ketika anak-anak memulakan peperiksaaan UPSR, pihak sekolah membuat bacaan yasin...Terima kasih cikgu-cikgu sekolah kebangsaan Setapak Indah yang berusaha...Tahniah....

Tidak dikira dengan berusaha menjemput ustaz dan mengadakan solat hajat...
Hati kecil berbicara..pasti ramai yang berjaya dengan cemerlang semuanya memohon dengan meminta pada Allah...
Hati ini hanya Allah sahaja yang mengetahui harapan untuk anak-anak...apabila sahabat bertanya.."mak dia tak berdebar ke?"

Saya katakan..."tak ada la rasa macam tu...biasa-biasa saja"...semua ini kami serahkan kepada danish..."danish usaha danish yang dapat".... InsyaAllah...seterusnya..Allah tahu apa rezeki seterusnya untuk danish...saya katakan saya juga tak pandai...tapi saya berserah kepada Allah.Allah memberi apa yang saya minta..walaupun bisikan hati...

..Alhamdulillah...bersyukur apabila diberitakan oleh abang..Ayah sangat bahagia dengan apa yang saya beri....sampaikan ketika dimasukkan di hospital dia asyik bercerita kisah saya...

Cerita ini adalah tatapan kenangan untuk anakanda danish...setiap apa yang mommy katakan dan marah...semua untuk kebaikan danish pada masa depan...mommy sentiasa doa , halalkan apa sahaja yang mommy berikan untuk danish...dari setitik susu badan mommy...

I love u so much lillahitaala... anak-anak semua...

Dikala saya diuji dengan pembantu rumah nak pulang ke kampungnya..syukur ada sahabat datang ke rumah menginap membawa bahagianya....Terima kasih buat  suami yang berusaha juga dari jauh untuk danish....

Comments

Anonymous said…
marah marah sebab sayang sebenarnya seupaya anak sedar akan kesilapannya
memang perlu untuk dunia dan akhirat.. kita juga di ajar untuk disiplin diri jadi lebih baik :)

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu