Pengalaman melalui bersalin pembedahan nombor 4.(ceasar)

Bismillah...

InsyaAllah kali ini saya mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman untuk menceritakan saat-saat dan kronologi bersalin pembedahan kali ke 4.

Alhamdulillah seperti keluarga dan rakan-rakan maklum.....hari ini merupakan hari ke 20 saya berpantang...walaupun saya dah rasa kuat..saya masih berhati-hati... melalui pembacaan dan pengalaman... hakikatnya saya masih lemah :(

Ok... bersalin melalui pembedahan... ianya merupakan elektif..lagi-lagi kita sudah pun diberitahu awal-awal..saya juga bukan merupakan orang yang sanggup mengambil risiko...

Saya memilih hari Jumaat... umur kandungan 38 minggu ++ Kelahiran anak kali ini juga merupakan bonus kerana tarikh lahirnya lewat beberapa hari dari hari kelahiran ayahnya... hadiah teristimewa saya kira..Subhanallah :)

Saya di kehendaki berada di Hospital tawakkal satu hari sebelum hari pembedahan..seperti anak-anak yang lain... suami turut bersama ketika bilik bedah...

13/2/2013
3 Petang- mendaftarkan diri sambil berehat dan makan-makan.
4 Petang- Dibawa ke labour room untuk memeriksa nadi dan jantung bayi... saya ingat kata jururawat yang merawat... besar perutnya... macam kembar... saya rasa sesiapa saja yang tengok perut saya pasti kata kembar...

6 Petang- di bawa ke wad..malam ni..adam pun turut menemani maknya...

10 Malam- solat isyak dan hajat untuk memudahkan urusan bersalin....

12 Malam- bermula puasa

14/2/2014
4 Pagi- minum untuk kali terahir (air teh)

6 Pagi..solat subuh...selepas je syuruk..sempat tunaikan dhuha juga...

8 Pagi- Di masuk drip...eh betul ke eja ni...ada amik gambar..nanti share dan nurse juga ingin memasukkan tiub kencing tapi saya katakan masuk di bilik OT...

9 Pagi- Masukkan ubat untuk membuang air besar supaya tidak lagi membuang air besar selepas OT

9.30 Pagi -Bersedia ke bilik OT...masa ni memang banyak baca yat qursi..zikir fatimah dan baca doa Nabi Nuf ketika dalam perut ikan...

10 Pagi- Doktok Pakar bius mula memberi suntikan di saraf pinggang...Saya cuma bius separuh...
....jururawat mula memasukkan tiub kencing..masa ni dah tak sakit...dah start kebas...Dr pakar Gyne juga memulakan tugasnya

Alhamdulillah kali ini pundi kencing yang melekat dengan lemak..jadi Dr gyne telah memisahkannya..

10.38 Pagi- Baby #MyMAF selamat di keluarkan... kuat suaranya... :)..sempat Dr kanak-kanak bagitahu semua sihat yer puan... dang-dang maknya tanya berapa beratnya 3.45kg... masa suami dah kena keluar...

11.30 Pagi- Dan selesai menjalani pembedahan...Ya Allah.. saya tak tahan dengan sejuk..dan yang paling trauma... saya tak tahan ketika saraf-saraf di perut di usik kerana..saraf tersebut mengganggu saraf di dada dan bawak ketiak...sangat sakit... sampai saya cakap..tolong urut nurse tak tahan....suami pulak dok sebelah berdebar.. baru sikit sakitnya dah rasa macam nyawa-nyawa ikan...

12.00 Tghr- saya di selimutkan dengan selimut haba...sebab tak tahan sejuknya...15 minit kemudian...di masukkan ke wad... ketika tu suami pun dah mula bersiap nak ke masjid solat jumaat.... saya juga mengambil peluang untuk tidur.....tetapi tak dapat tidur jugak sebab baby #MyMAF dah datang... masa tu usaha juga untuk feeding walaupun tak ada susu...walaupun baby tak pandai lagi menyusu....

Pengalaman kelahiran pembedahan bagi saya ini la yang paling sakit..sebelum ini tak pernah rasa sakit..terus mudah.... . baru la mak rasa seriaunya lalui pembedahan... malam tu... dah mula rengat.... tak tahu macamana nak cerita... tak sampai 12 jam.. cakap dengan suami..saya rasa nak buang air besar..tapi saya rasa sakit jugak.... macamana ni..dah la nak kentuk pun takut...nak tak nak saya suruh lagi jururawat bagi ubat tahan sakit...hinggakan jurawat bagitahu..puan ubat bius masih ada..tapi saya rasa sakit....

15/2/2014

Pagi tu jururawat membersihkan saya dan mengajar untuk bangun...tapi inilah saya katakan saya tak mampu nak buat demikian... sungguh sakit!

saya cuma duduk... apabila jururawat keluar baru la saya minta suami bantu..sehingga ke bilik air...lagi malam tadi saya ceritakan.. sekejap sakit nak buang air..macam orang nak bersalin... then bila berada di bilik air.. tahu la saya... darah beku sebesar tapak tangan keluar.... Alhamdulillah lega dan selamat....

Kata orang tua... apabila rengat darah berlaku..ianya merupakan kembar darah anak kita....bagi Dr Gyne..itu merupakan darah kotor yang terkumpul selama kita mengandung...

Alhamdulillah...Bersyukur saya..Apabila Allah mudahkan urusan saya..besoknya pagi-pagi dah boleh discharge...baby n mom semua sihat...

Cerita ni...adalah untuk bacaan anakku #MyMAF apabila dia besar nanti.... InsyaAllah ...Amin

Di doakan #MyMAf menjadi umat Nabi Muhammad yang dikasihi Allah selalu...

Untuk rujukan mommy ketika menyusukanmu..

سُوۡرَةُ لقمَان


يَـٰبُنَىَّ إِنَّہَآ إِن تَكُ مِثۡقَالَ حَبَّةٍ۬ مِّنۡ خَرۡدَلٍ۬ فَتَكُن فِى صَخۡرَةٍ أَوۡ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ أَوۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ يَأۡتِ بِہَا ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ۬

Luqman:16
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
“O my son! If it be (anything) equal to the weight of a grain of mustard seed, and though it be in a rock, or in the heavens or in the earth, Allâh will bring it forth. Verily, Allâh is Subtle (in bringing out that grain), Well¬Aware (of its place).


يَـٰبُنَىَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ‌ۖ إِنَّ ذَٲلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ

Luqman:17
Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
“O my son! Aqim¬As¬Salât (perform As¬Salât), enjoin (on people) Al¬Ma’rûf (Islâmic Monotheism and all that is good), and forbid (people) from Al¬Munkar (i.e. disbelief in the Oneness of Allâh, polytheism of all kinds and all that is evil and bad), and bear with patience whatever befalls you. Verily, these are some of the important commandments (ordered by Allâh with no exemption).


وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًا‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ۬

Luqman:18
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
“And turn not your face away from men with pride, nor walk in insolence through the earth. Verily, Allâh likes not any arrogant boaster.


وَٱقۡصِدۡ فِى مَشۡيِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَ‌ۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلۡأَصۡوَٲتِ لَصَوۡتُ ٱلۡحَمِيرِ

Luqman:19
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
“And be moderate (or show no insolence) in your walking, and lower your voice. Verily, the harshest of all voices is the braying of the ass.”


أَلَمۡ تَرَوۡاْ أَنَّ ٱللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَأَسۡبَغَ عَلَيۡكُمۡ نِعَمَهُ ۥ ظَـٰهِرَةً۬ وَبَاطِنَةً۬‌ۗ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُجَـٰدِلُ فِى ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬ وَلَا هُدً۬ى وَلَا كِتَـٰبٍ۬ مُّنِيرٍ۬

Luqman:20
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

See you not (O men) that Allâh has subjected for you whatsoever is in the heavens and whatsoever is in the earth, and has completed and perfected His Graces upon you, (both) apparent (i.e Islâmic Monotheism, and the lawful pleasures of this world, including health, good looks, etc.) and hidden [i.e. One's Faith in Allâh (of Islâmic Monotheism) knowledge, wisdom, guidance for doing righteous deeds, and also the pleasures and delights of the Hereafter in Paradise]? Yet of mankind is he who disputes about Allâh without knowledge or guidance or a Book giving light!

Comments

azilahabdullah said…
Assalam puan..saya nk tnya sbb sy sdg mgandung kali ke4..dan insyaallah caesar yg ke4 bg sy..nak tnya puan ikat ke peranakan selepas caesar atau doc benarkan mengandung utk kali ke5..tq
Dr akan bagi peluang jika kesihatan mengizinkan
faiza said…
kak...nk tnye..brp jarak kelahiran anak ketiga ngn keempat..sy bkl caesar anak ketiga..tp doc suh bg kputusan smada terus ikat atau tdak..sy tiada sbrg mslh mngndung dan mlhirkn untuk anak2 sblm ni..dan jarak klhiran kedua dan ketiga pun 5 thun..tq
salam faiza..jarak kelahiran anak ke3 dan 4 cuma kurang 4 bulan 3 tahun...
Unknown said…
salam puan...sy br baca artikel ni..sekarang sy mengandung yg ke 4..alhamdulillah..tp sgt takot sbb ni akan menjalani czer yg ke4...perlu x sy jumpe pakar tuk rujukan?
Assalam Puan Mashitah, Just follow dr O&G yang merawat puan..pakar diperlukan apabila dr yang merawt puan yang cadangkan...

InsyaAllah puan..yatie doakan semua selamat di bawah lindungannya..maaf lambat reply..Selamat rehat dan rawat :)
sayang said…
Assalamualaikum... Puan
Terbaca artikel puan, melegakan hati ini... saya da 2x czer... Dan klu blh ingin mpunyai 4/5 cahayamata. Sblm bersalin d hosp. gov. Ble saya tnye doc & nurse kmgkinan y ke3 ni czer n last bb, Trus sy down serta sedih dgr berita ni... Lps pd tu, sy ade tye mber klu bsalin d hosp private blh smp 5 klu czer.. Mbuat hati sy gembira.... Terima kasih puan cz sudi kongsi cerita ini...
Frm:SuE
Sue said…
Salam.. sy bsalin czer 2x dah.. tp bila mintak bidan tengok rahim dan dia urut2.. sbb katanya rahim rendah..garisan czer tu mcm melecet dan pedih. Risau sgt. Ada x sape alami situasi mcm saya. Anak ke2 saya dh 4 thn..rasa trauma nk czer lg...
Alhamdulillah puan blogger sayang :)...semoga bermanfaat

Untuk maklumat lanjut puan boleh hubungi dr pakar...saya kira may be garisan kuli czer puan agak nipis.

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu