Bagaimana ingin memulakan perniagaan? Jom pergi borong china dan vietnam

“Destinasi Borong Pilihan saya ialah …sabar-sabar...kita ambil semangat dulu...

Actually, dah lama perasaan nak buat bizness sendiri meluak-luak....tak kira la..bizness nasi kerabu ayam bakar, bisness kopitiam, bizness hot plate...(mmm, sampai lakiku pun dah terror masak hot plate dengan ajaran aku yang tak hebat ni...dia pulak yang hebat) meh kita tengok picture dulu..sebelum kita layan entry ni lebih serius lagi...enterframe kejap :)
Suamiku yang masak untuk hidangan ini ok..kalau anda memerlukan resepi tunggu entry kali lain...ngeh2...lebih senang cerita aku rasa nak bukak kedai makan...tapi kena fikir..kedai makan kena buka hari-hari wooooo...tak boleh cuti...lain lah ko dah tauke dan ada duit banyak...walaumacamanapun kita sendiri kena tahu masak! kalau la pekerja lari macamana..risiko tu....

Bizness tadika dan taska masih lagi menjadi idaman...sebab aku suka budak-budak dan ingin anak yang ramai...angan-angan lagi...hik2

Dan aku sekarang ni sangatlah kuat digoda dengan peluang-peluang perniagaan borong vietnam dan china!
Sampaikan terdetik dihati nak kerja dengan Great Minds Training and Consultancy Sebab semangat nak belajar teknik-teknik peluang perniagaan borong (haish..i siap sms dgn kawan i yang sorang tu...wei, kepala otakku ini asyik fikir pasal bizness...tulung)...mana la dia tak reply ni...

Kalau aku ni tak preggy yang masuk 33 minggu ni..mau aku menerbangkan diri ke china pulak....bulan lepas aku dah pergi borong kat vietnam untuk product telekung..alhamdullilah..all sold out!

Kini aku sedang memasarkan preggy blouse smocking idea sendiri...yang boleh guna 3 in 1, boleh pakai ketika mengandung dan tidak mengandung, boleh pakai dengan tali pinggang dan untuk kekawan yang agak berisi or XL juga boleh pakai tau dan comel gitu...yang boleh kita panggil ala-ala baby doll...ala..pakai dengan lagging tu...aku kena cari model jugak tu..itu sebahagian daripada strategy tu....

Dan berbalik pada tajuk cerita aku "Bagaimana ingin memulakan perniagaan?"

1)Mulakan sesuatu dengan risiko yang rendah tapi good return
Aku kini memulakan perniagaan serendah RM1k untuk membeli barang-barang dan menjualnya dengan harga 100% return.Itu pulangan yang bagus kan...mesti korang tertanya....barang apa risiko yang rendah..mesti la pakaian sebab ianya tak basi compare perasaan aku yang nak buat bizness kedai makan tadi :)
(angan-angan...hik2)

2)Perniagaan sekarang dihujung jari
Aku suka, sementara aku masih kerja makan gaji, aku boleh memantau perniagaan aku secara online....
Dimana aku punya kedai online http://m-y-boutique.blogspot.com/ dan Facebook Butik Saya

Ok cukup sini cerita memulakan perniagaan...untuk intro...
Orang kita kan suka google tentang perniagaan..so aku cuba la nasib untuk 1st time pertandingan online aku ...siapa tak nak hadiah free eh....

Hadiah-hadiah yang boleh dimenangi untuk BBC & BBV 1st GiveAway adalah:

Hadiah Utama: 1x Ground Package Guangzhou 102
Kedua: 1x Ground Package Saigon 102
Ketiga: 2x Digital Al-Quran Pen Reader
Keempat: 2x Guangzhou 101: Kursus Borong China + 2x Saigon 101: Kursus Borong VietnamSaguhati: 10 hadiah misteri bernilai

RM50

*Visa, hotel, makanan, pengangkutan di Guangzhou/Saigon, Coaching Memborong Survivor Mode termasuk di dalam Ground Package dan semuanya percuma buat pemenang. Tiket kapal terbang dibiayai sepenuhnya oleh pemenang

Kalau aku target mesti la grand prize...biasa la angan-angan dulu..mana tahu jadi kenyataan...

Actually, aku sendiri dah pernah sampai ke china, tapi cuma di Beijing...tapi aku cakap memang gojes wei shopping sana...tapi due to aku ikut trip travel agent....aku kena la ikut dia punya program...bengang ooo pergi shoping 2 jam jer...setakat beli souveniar jer la.sila layan picture aku ketika di Beijing ini...best pergi musim sejuk lak tu....hai...bila lagi nak pergi ni....
...so kali ni..kalau ada peluang..kalau tak menang pun aku nak ajak suamiku pergi Guangzhou dengan pakej borong yang disediakan oleh syarikat http://www.facebook.com/greatmindstc sila klik like jika anda bakal pemborong berjaya...

Satu dah hah picture...nanti kalau aku menang..aku share banyak lagi....haish...berangan lagi....

Harga yang ditawarkan pun gojes....bukan jer ada pakej..siap ada kursus lagi...yang kursus ni...aku plan nak pergi bulan june nanti...hopefully aku tak terberanak lagi...hu,hu...biasa kalau dah otak bizness....

China..negara dia bukan boleh main-main..manyak tipu ohhh,,,so thats y before nak pergi mesti ada ilmu didada...lagi la orang china tak pandai cakap english...dorang kalau tahu...cheaper2..lepas tu amik kalkulator jer la...dan china banyak sangat duit palsu...so kena amik tahu jugak...sangat penting!

Vietnam lain...ramai la pandai cakap melayu...haisss..rindu pulak dengan
mee sup vietnam...best giler wooo...Its so delicious!

Hai...bila terdedah dengan perniagaan borong ni...serius, memang best...kalau laki ku kata berhenti...besok juga aku berhenti...so korang kalau ada pesanan nak beli barang barang secara borong kat china sila bagitahu aku...tapi aku pun charge la...mintak maaf...dah bizness woman..tapi tak la tinggi untuk inisiatif penat aku...hu2...

Dan tak payah bimbang berniaga ni tak perlukan belajar tinggi-tinggi..ada minat dan tak malu...eh bagi lagi tips...tak per...free support moral :)

Lagi la..kawan-kawan aku yang tak ada langsung DNA bizness pun siap resign buat bizness.Tabik springlah .....ni kan aku...punya arwah mak yang memang kaki bizness...

Aku ni siap dah tanya dengan ayahanda tercinta...Alhamdullilah ayah aku bagitahu...kalau hati ko dah pilih gitu...teruskan la...tapi buat kat negeri orang dulu...negeri sendiri tunggu kaya dulu...hik2...

dan sememangnya pakcik dan makcik-makcikku jua orang bizness...yang aku ingat...baru-baru ni dia baru keluar NONA...Restoran ZAZA yang bertempat dibangunan MARA...asalnya bukan orang senang...susah jugak....kini sudah boleh mendabik dada...ALHAMDULLILAH...

Dan yang best...Pakcikku aka Dato' Bizness Senjata , kereta kebal seangkatannya (bukan datuk beli ok)..nama dirahsiakan...asalnya jadi salesman kereta jer...so kalau aku ni asal Juruteknik Instrumetasi...ada degree lagi (untuk kepuasan)...takkan la tak cuba...kan....dah 12 tahun makan gaji ni...masih ada 3 tahun perjanjian dengan diri sendiri..so tak salah kan mencuba :)

Bukan senang nak senang...

Tak sabar menunggu kepulangan suamiku...untuk new project ini...semoga dia merestuinya :)

mmm...time's up...now dah 1.37am...besok nak pergi kerja!...adios dan berjumpa kita di Guangzhou...angan-angan lagi....biasa

Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds.

GiveAway ini juga bersiaran khas dari Harian Metro.
[Harian Metro ditukar kepada blog Publisher beserta hyperlink Publisher]

Comments

Hafizah Mohamad said…
eee...bestnyer beijing...husband dah pernah sampai HK...tapi kak fiza x sampai2 lagi...poket x tebal lagi...ha ha ha...insyaAllah... angan2 nak ke beijing ada...nak kena himpun duit dari sekarang ni...he he he
jom akak kita pergi sama, jumpa pulak bekas2 buat kuih yng comel...kita jual...ha,ha
Qaseh Qistina said…
wah...menarik kesemua idea2 tu..cm best je kn..insyaAllah...1 day nanti nk buka bisnes gk la...=)
jom qistina..first kita join entry ni dulu...sessi pengenalan..hik2...kita buat masa gagah perkasa..biar masa tua goyang kaki :)
mamanajmi said…
berminat jugak nak ada bisnes sendiri nih..!dah bertahun makan gaji tp belum ada kepuasannya... kursus usahawan borong tu ada buat di sebelah utara ke tidak? tengok jadual tu ada kt kl ja.
sementara dalam schedule tak ada lagi,

boleh refer schedule disini
http://bisnesborongchina.com/

Tapi kalau mamanajmi dapat kumpul kaki shopping or bizness...untung2 mamanajmi, dapat pergi course free,
sila2
Zul-Jemin said…
Alhamdulillah...saya pun sudah selesai kursus di GMTC baru-baru ini dan akan mengikuti trip borong ke Guangzhou pada 15-3-2012...esoklah..hehe

Teruskan berjuang, melayu tak ramai lagi ke sana...sama-samalah kita memajukan ekonomi melayu/islam.
Wana said…
Mcm mana nk dptkan produj borong...sy pun teringin nk berbiznes....
boleh contact agen yang buat bisnesborong china..saya juga belum attend, syazwana..hehe

vietnam ok :)..email to jamie_atie79@yahoo.com..jika memerlukan pertolongan product borong
Unknown said…
Akak, saya still a student and nak buat bisnes dress/blouse dgn kawan2.. Is it okay kalau mcm tu, apa lg yg perlu sy pertimbangkan? Setakat ni pembekal kami hanya dari chowkit..
salam atheerah.. its ok.. sementara jadi sturent ni.boleh ambil barang di chow kit...kenanga mall..gm klang...

memang kos pakaian dari china murah..tetapi..kos2 lain seperti transport..kontena...makan minum di sana semua perlu di kira..kerana ianya akan lebih untung jika pembelian secara berjemaah
Unknown said…
Pandangan yang benar dan tepat. Pendapat saya bagi sesiapa yang baru ingin berjinak-jinak dengan bisnes butik, anda boleh mulakan langkah pertama dengan bisnes butik online. Bisnes butik online selain menguntungkan ianya dapat menjimatkan wang dan masa. Anda mampu menjimatkan sewa kedai, gaji pekerja, utiliti kedai dan lain-lain.

Adalah sangat penting bagi anda yang ingin memulakan perniagaan butik samada online atau offline agar anda mempunyai ilmu dalam bidang anda. Dalam bisnes butik online, anda perlu mempunyai ilmu mengenainya kerana ramai diantara kita secara sedar atau tidak telah melakukan banyak kesilapan. Dengan mempunyai ilmu juga anda bakal melipatkali gandakan pendapatan anda dan dapat menjimatkan wang anda dari kerugian jutaan ringgit.

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu