6 Bulan Test Untuk Dapatkan Rasa Cendol Champion Featured in media Berita Harian Online


Gambar: BH PLUS
Cendol memang satu minuman atau pencuci mulut yang sering dicari ketika musim panas atau waktu petang kerana rasa santan bersama gula melaka dan isi cendol yang dicampur dengan ais kisar memang betul menyegarkan.
Kini dengan zaman yang sentiasa berubah rasa dan isi cendol telah diberikan nafas baru seperti yang dilakukan oleh kedai Cendol Champion di Wakaf Tengah, Batu Rakit, Terengganu.

Diusahakan oleh Norhayati Hamzah, 37, yang sebelum ini bertugas di salah sebuah syarikat minyak dan gas di Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Tetapi tidak berapa lama selepas itu Norhayati dan suami mendapat idea untuk membuka kedai cendol dengan memberikan rasa yang baharu dengan memperkenalkan menu yang pelbagai. Jom kita lihat apa yang membuatkan Cendol Champion ini berbeza daripada cendol-cendol lain.

1. Terkenal dengan menu Cendol Nangka, Cendol Oreo, dan Pulut Durian.


Gambar: BH PLUS

2. Mendapat perhatian daripada selebriti tempatan seperti Elfira Loy, Sufian Suhaimi dan Chef Jo.


Gambar: Facebook The Cendol Champion

3. Norhayati mengambil masa 6 bulan untuk pastikan rasa cendol buatannya betul-betul memuaskan hati pelanggan.


Gambar: Facebook The Cendol Champion

4. Di gerai ini turut menjual Laksa Sarawak dan Mi Kolok yang disediakan khas oleh tukang masak daripada Sarawak.


Gambar: Facebook The Cendol Champion

5. Menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi untuk menjaga rasa cendol yang dihasilkan.



Gambar: BH PLUS

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu