Resepi Puding Roti Kak Nani Rostam

As Salam…


Ya Allah, my friend cakap..pavlova la..terus dia ambil gambar puding ni untuk dikongsi dengan adik beradiknya….ada aja yer…

Kebetulan hari ni hari cuti dan suami cakap…teringan nak makan puding roti …biasa buat yang biasa jer…kali ni nak cuba resipi puding roti kak nani, biasa bila yatie buat yatie mesti guna susu cair tin…resipi kak nani sangat special…dia guna susu fresh dan ada whipping cream…kata anak buah saya dari sarawak…”Ya Allah...Mak Yak.... lemak berkrim…sedap!”

Ya Allah…Terima kasih kak nani atas perkongsing yang bermanfaat…sedap..nanti nak buat lagi…nak bawak dekat pejabat.
Saya mohon izin copy paste yer…air tangan kak nani,…tiru jugak letak buah…hehe…


Resepi Puding Roti Kak Nani Rostam
Sumber: http://nanirostam.blogspot.com/2011/01/aku-anak-penoreh-getah.html

Bahan-bahan :-

1)Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.
2)Susu full cream 2 cawan
3)Whipping cream 2 cawan
4)Gula 1 cawan
5)Telur 6 biji
6)Esen vanila 1tsb
7)Butter 4 tsb
8)kismis-agak2
9)Serbuk kayu manis.1tsb

Cara-caranya:

Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim.

Cara-caranya.

Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan

Suami yatie cakap…sedap lagi guna susu fresh…! Recomended :)

boleh cuba…hehe...

Comments

Unknown said…
this is my new blog!do stopby ;)
http://www.rasyidahkamar.blogspot.com/

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu