Resipi steamboat family

Subhanallah, Nikmat mana mahu kudustakan…dulu nak cari kedai steamboat begitu payah…sekarang tumbuh melata…dan kita pun boleh makan lagi bersenang hati di rumah….bila kenyang tu rehat kejap….Then sambung lagi..Allahuakbar…tak dapat dihitung…

Zaman kecik tak kenal steamboat kenal ikan singgang jer...ikan rebus tongkol pun ada...arwah mak goreng selepas rebus..sedap sangat....

Alhamdullillah…dengan limpah kurnia Allah…yatie adalah anak bongsu untuk pasangan Tuan Haji Hamzah dan Alllahyarham Hajjah Che Nek…memang kena letak sebab tujuannya adalah jejak kasih…supaya masih ramai lagi..saudara mara saya ditemui…InsyaAllah…

Perbezaan saya dan abang saya saifuddin adalah selama 10 tahun..masyaAllah baby emergency rupanya….jadi jarak dengan kakak yang lain semesti berbeza….Nikmat yang saya temui antara kami adik beradik ni…kitaorang tak pernah bergaduh…sama ada berperang mulut ataupun tarik rambut…boleh jadi kakak saya dan saya pernah babeh (orang teranu kata..ada aje nak menang)…hehehe…

Kakak saya seibu sebapa adalah Puan Noriah, Tuan Samsol, dan Puan Nor Azura….saya juga ada seorang abang namanya Mansor , dia anak mak lain…cerita ayah…maknya nya meninggal masa dia baby lagi disebabkan barah payu dara….Arwah meninggal disisi ayah…pesanan penaja…Jangan lupa buat medical check up!
…Syukur dengan nikmat Allah…rezeki keluarga kami melimpah ruah….Alhamdulillah..Ayah ketika berumur 50 dah tak kerja..rehat dirumah…menikmati sewa hartanya…alhamdulillah…tapi arwah emak tak boleh duduk diam… dia berniaga…that’s y saya juga suka berniaga…hehe…anak emak…masa ni ayah la jadi PA emak rekod sebarang hutang orang yang berhutang dengan emak….

Akan bersambung lagi cerita keluarga saya, kita nak cerita pasal resipi steamboat family…Idea ni datang dari abg Sam aka Samsol bahri…senang simple dan tak menyusahkan…saya pun suka!

Bahan-bahan

Pelbagai jenis bebola segera yang menjadi pilihan…
Fishball, Fish cake, Bebola ketam, Bebola sotong. dll
Sayuran yg disukai
kangkung, baby kailan, kobis bunga, kobis panjang, pak choi, dll
Pelbagai jenis cendawan
cendawan tiram, shitake, enoki dll
Udang
Sotong
Ketam
Daging Lembu
Isi ayam ( potong kecil2 kmd perisakan dgn halia dan bwg putih tumbuk)
Sosej
Telur
Daun ketumbar, Daun Sup atau Daun Bawang – utk ditabur ( optional )
Bersihkan semua bahan-bahan dan potong jika suka...yatie beli dekat Giant jer...amik yang kilo punya :P
Alhamdulillah..paling special hidangan kali ni...macam ala-ala johhny's "Obor-Obor"
(kepada sesiapa berminat nak dapatkan obor-obor secara beli sendiri saya boleh kenalkan kedainya)
Alhamdulillah saya juga kenalkan kepada suami saya yang dah berapa lama mencarinya...)
Aha, Orang KL panggil Jellyfish :)

Untuk Supnya...
Caranya, masukkan air, rebus sehingga mendidih dan masukkan kiub untuk sup yang dipilih , senangkan….(tak perlu pening dan susah payah)

Periuk ni boleh didapati di chowkit, periuk ada 2 bahagian satu tom yam dan satu sup.Harganya untuk tahun 2006 sekitar RM80 ...sekarang mesti dah naik harganya....
Saya lebih memilih edisi gas berbanding elektrik...

Sos Steamboat Edisi Daddy Danish

5 biji cili padi merah atau hijau (ikut suka boleh lebih atau kurang mengikut tahap kepedasan) di tumbuk dengan lesung.
2 senduk sos tiram
7 biji limau Kasturi yang diambil perahannya

Caranya:
Masukkan bahan –bahan sos kacau sebati. Tak perlu masak dan hidang!

Apa lagi…jom menjamu selera….meriah!

Untuk sos boleh juga guna sos keropok Terengganu…boleh guna sos thai boleh juga tambah sos yong taufu…

Sos Yong Taufu edisi adik Lin adik kepada Along…

along cakap adik dia pandai masak..itu la yang bagus suri rumah sepenuh masa kagggn ….bayangkan ..bila time keluarga suaminya buat makan…mak mertua datang jemput ok…MasyaAllah…hebat…saya balik rumah mak mertua boleh kira berapa kali masak….tapi bila mak dan ayah mertua datang…mmm…ayah mertua makan bertambah….saya suka bila dia kata..saya nak badan macam misolll…hehe….

Eh, eh apa melalut ni…sori ya…bila start cakap tak boleh berhenti ok…tarik nafas..jom tengok bahan-bahan dan caranya
Panaskan air dalam 4 cawan, Blend lada besar 5 biji, bawang putih 5-6 ulas, masukkan garam, gula/manisan,kicap,cuka an last but not least masuk tepung jagung dan tutup api…

Hiaskan dengan bijan, (sms yang dimesej orang Terengganu panggil lenga) boleh masukkan kacang tumbuk jika suka ...

Selamat mencuba dearest!

Comments

Khazzeayat said…
T, Thanks a lot..not that difficult haaa..tapi kene gi carik limau kasturi dulu..hehehe
KaYraKamaL said…
as-salam kak...

boleh bagi tau mana akak dapat obor-obor tu ye. teringin sangat nak makan.

huhuhu
As salam kayra,

Actually, nak makan secara pakej and ready to serve boleh pergi ke restoran Johnnys.

Jika Kayra nak beli secara belum prepare..sayra go to central market, then ada kedai apek, sebelah restoran mamak...yusof kalau tak silap nama restoran tu...sebelah speedmart 24hrs.

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu