Resipi Rojak Ikan Bombastic Mok Nah


Bismilahirahmanirahim...Syukur Alhamdulillah...Allah dah gantikan saya pembantu yang baik dan solehan kembali....

Masih mahu bercerita pasal masakan....oho....saya memang mental..mental supaya orang lain mempunyai inspirasi supaya memasak.....hakikatnyanya saya bukannya orang yang pandai memasak...saya berusaha untuk anak-anak saya!..semesti suami saya..dan juga keluarga saya....



"Mok nah has been replaced my late mother..she's a good wife and good step mother..bila aku balik..sekurang-kurangnya pasti kuoh rojok ni dia suh aku wat balik" jodoh bertaut kembali selepas 40 tahun ayah pernah kahwin dengan mok nah sebelum ini...

Mesti ada tertanya kenapa  kuah rojak Mok Nah..bila balik kampung memang dah ready..dah ayah memang suka.....Nama asal mok nah adalah sakinah fatimah...


Ok, let's me sharing about the ingredient first..
  • 8 ekor ikan selayang saiz sederhana (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
  • 5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
  • 1 keping nisan (boleh juga guna gula melaka-saya guna nisang karet tranu)
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar kicap (optional)
  • 1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
  • garam secukup rasa
  • 1 1/2 liter air


dan cara-caranya....

  1. Panggang ikan hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.Ada juga yang rebus... 
  2. Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka atau asam jaya.
  3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Jgn sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih. 

Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
InsyaAllah...mudah...saya suka makan dengan timun dan nenas bersama keropok keping..boleh juga sesipa yang suka betik muda..semoga bermanfaat..dan setiap ilmu yang disebarkan, didoakan mok nah diberi kesihatan yang baik...Amin

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu