Resipi pho bo aka "Vietnamese Beef noodle" atau kuew teow sup vietnam...

MasyaAllah.. sama...sama macam kat vietnam... macam tak percaya jer.. Terima Kasih kak rohipah!

Saya ingat... kali pertama membawa kak rohipah jalan-jalan di vietnam.. kak rohipah siap pesan.. "t jangan tinggal kak pah eh.. kak pah nakut skit"...

dan sekarang dia pulak yang bekalkan rempah sup vietnam.. hebat.. dan saya dah cari rempahnya... beli secara banyak.. untuk hidangan saudara mara yang datang rumah atau sahabat-sahabat.....

Boleh juga tolong kekawan belikan.. saya ni suka-suka jer berkongsi...bukan semua orang mampu ke vietnam bukan semua orang boleh pergi restoran DU viet kat KLCC.. dan boleh layari juga di sini... www.duviet.com.my/page_outlets_klcc.html


Ok...Bahan-bahan

1)      Rempah sup (buah pelaga, cengkih,bunga lawang,  buah pelaga hitam, kayu manis, kulit limau yang di keringkan, jintan manis, jintan putih dan ketumbar) boleh letak ketika air sup yang kita nak gunakan.

2)      Bawang putih, halia ( bahan2 ni perlu di goreng tanpa minyak atau di bakar dulu, sejukkan baru mayang untuk di gunakan ketika menumis nanti), kakak yati kata bawah putih bakar juga ada di jual....

3)      Daging di potong nipis (ketika rebus jadikan sehingga bergulung)

4)      Bebola daging

5)      Air rebus ke 3 daging  (saya Cuma guna rebusan ke 2) (kata sifu saya, diaorang letak gula ketika rebus ni..saya tak letak tetapi tambah kuib knorr.

6)      Ulam : tauge, daun selasih dan limau kasturi

7)      Thailand noodle (boleh guna juga kuew teow segera atau kuew teow halus yang di jual siap)

8)      Sambal cili pedas… saya beli yang dah siap ( enak juga di makan dan campur sos tomato dan kicap manis ABC)

Cara-caranya,

Masukkan minyak. Tumis bawang dan halia  yang di mayang tadi.. masukkan air rebusan daging… tunggu sampai mendidih. Kemudian boleh hiding dengan sup dan ulam… apa lagi boleh makan… simple!


Pernah google juga tapi dorang buat ala secret recipe tak sama la….




memang sedap... dan teringat-ingat...Sup paling simple!

minta maaf juga... saya cuma guna daging yang ada kat rumah... baru mencuba.. semoga bermanfaat...

Kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan rempahnya saya juga boleh sediakan dengan harga rm5 sahaja....hubungi saya k ditalian 019-9506900

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu