Berkawan biar seribu, bercinta biar satu Part 1

Assalamualaikum wbt

Salam ramadhan….weee… dah ada orang raya!

Alhamdullillah…nikmat tu Allah bagi cuti…actually ada orang tanya apa itu ABC, ohh…last week pergi forum family…ada ustaz-ustaz yang hebat, antaranya ustaz Don Daniel..so antara cara nak berkomunikasi dengan anak-anak…cakap perlu jelas dan terang..so bila anak-anak tanya..”ibu kenapa tak puasa?” Allah bagi cuti…..MasyaAllah hebat!

Ok, biasa ler…bulan-bulan puasa ni mana ada idea sangat nak menulis…lagipun sibuk dengan bacaan alquran , Al-Ma'thurat dan tafsir alquran…aha, saya dah sampai tafsir juz An-nisa…banyak sangat yatie belajar……

So sekali lagi my mind trigger bila baca blog wanna tentang kawan ni…ayat wanna yang kelakar….bibik pun kawan baik dia..eke2

Ok Let me share about mine….part 1 jugak la...cerita pasal kawan ni panjang...30 thn kat dunia...
Yatie adalah anak bongsu dari 6 orang, yatie juga dipanggil emergency baby which is my mom tak ada plan untuk dapat yatie tetiba dapat…jarak kelahiran yatie dengan abang yang ke 5 mengambil masa 10 tahun.Subhanallah

Ketika kelahiran yatie, yatie dijaga dengan penuh kasih sayang semua orang memberi perhatian…yatie pun tengok gambar…eheeee….antara seorangnya adalah kakak yatie kak yah…balik jer sekolah mesti datang ambil dan jaga yatie…..saya tengok gambar…ni gambar umur 6 tahun... :)
Di alam perjalanan membesar seorang kanak-kanak…yatie mula kehilangan kakak-kakak dan abang-abang kesayangan…yatie tak pandai rasa sedih…sebab emak selalu disisi….tetapi yatie rasa kesunyian…tak la sunyi seolah dipinggirkan…sebab kak zura masih dirumah…dia tak masuk asrama macam yatie juga…Cuma yatie rasa tak ada geng..sebab dia ada kawan-kawan sendiri …mesti kawan sebaya…dulu…bila petang baru mak bagi keluar…masa tu dalam umur 5 tahun saya intai-intai jiran saya…duduk tepi pagar…mak yatie sangat tegas….dia tak bagi berkawan……so tengok jer la….ada sekali pada bulan puasa waktu malam…yatie rasa macam seronok sangat dengan jiran sebelah…diaorang main bunga api secara ramai-ramai dengan adik beradiknya…masa kecik tak tahu rasa jelesss…tahu nak tahu,tahu nak jugak la main….senyap-senyap pergi….sekali mak panggil la….marah betul emak dengan yatie…..sejak dari tu tak berani lagi….

Arwah mak cakap pergi main petang-petang jer…wah seronok….masa tu mula la kenal dengan Ana dan yatie juga kakak-kakaknya…kadang-kadang pagi tu dah pergi….huhu..mula la melilau mak cari…eke2…
Bila umur dah masuk 6 tahun…cikgu tadika kemas membuat bancian, dan menjemput ibubapa yang anak-anak yang berumur 5 dan tahun mendaftarkan anak ke sekolah tadika….MasyaAllah dulu-dulu…Kerajaan berusaha nak bagi ilmu…..sekarang I guess kerajaan berusaha nak bagi duit…eke2..except Terengganu la…bersungguh-sungguh sekarang cikgu teranu….memang tabik spring..ada peluang yatie pun nak hantar anak di Terengganu!

Wahhhh…seronoknya saya dapat kawan baru…ramai….yang yatie kenal dan rapat…mesti jiran yatie namanya Noriati tu…eh-eh cousin saya pun ada Noraini, jiran saya juga arwah Roslina…dan ada la a few lagi…semestinya Sepsyalida la…..yang tak sangka radfi…dia dulu pendiam…sekali jumpa kat muka buku…sangat peramah ok! 
Wanna, apa-apa aktiviti dekat tadika kemas ni..yatie selalu terpilih…yatie seorang budak yang berani, tak pandai pun ingat lagi huruf M dan N pun confuse…dan akhir tahun tu kami membuat persembahan, seps pun ada…saya boleh ingat lagi koreograpy tarian tu…huhu…seps ada pegang tongkat ..seps mesti ada picture lagi…

Kini, saya mula melangkah sekolah rendah, Sekolah kebangsaan Mengabang Telipot,yatie memasuki darjah satu merah…yatie mula berkenalan dengan wanna…Haslina…Nuur syaheeda,Zamzuraini,Fatimah Afeeza, Halim,Azrul, Tamrin(tak sure mana dah dia),yusmaida,Marina,Hamdan,Arwah Azhar,Zaharuddin…mmmm a few la…opps tak lupa cikgu rogayah mak yo…layan pic sekali lagi eh…tapi ni darjah dua…kenangan bersama cikgu zaimah…I guess makcik seps ni

Yatie memang agak rapat dengan wanna…tapi masa kecik tak tahu erti persahabatan…yang masih saya ingat…kita orang ada main buat tiang gol guna batang aiskrim then tunggu orang kerdil datang…MasyaAllah siapa punya idea la kan….yatie rasa we olls ada terpengaruh dengan TV kut!...eke2
Dulu kan ada cerita orang kerdil kat TV, teringin nak jumpa jugak kan..budak-budak…
….memang best!
Dulu-dulu masa sekolah rendah ada senior main kakak angkat dan adik angkat….MasyaAllah,nasib ler tak ada abang angkat…minat ada la….tak boleh lari…bebudak kan…eke2..alasan..itu la anugerah Allah dan fitrah semula jadi…

Saya ingat kakak angkat saya namanya Salina Salleh, Zarina Zaki..ada lagi a few..mesti wanna ingat kan siapa kakak angkat wanna…antara dorang ni selalu bagi hadiah…lagi-lagi bila dapat nombor bagus dalam kelas…Best betul!
Saya pun belikan hadiah untuk dorang…hik2

Bila darjah 1 tu..kita agak rapat dengan kelas darjah dua…sebab kelas kitaorang ni atas dan bawah….ada la kenal jiran rumah yatie juga yanie kakak ando…

Sehingga la yatie meniti ke umur 12 tahun, …yatie berkenalan dengan ramai kawan..ada kawan sekolah..ada kawan satu kampung…banyak juga aktiviti yatie join…sukan..yatie main badminton,yatie main netball,yatie main bola baling, yatie juga pernah masuk acara 4 x 100, (rakan Sukan saya masa ni…Mariana,Rohaida,Mieja..ada la a few lagi) ganti my cousin sakit kaki ketika acara tu berlansung di stadium,hik2..

wanna..kan dah cakap dulu gemuk..siap main lontar peluru…kakaka…pancaragam…masuk kuiz…macam-macam…semuanya nak happy..suh study tak nak..kakaka…
Arwah mak selalu pesan…cuba tangok kakak dan abang awak…huiiisshhh…tak dengar ;), umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri….

Kebetulan ada picture kekawan dowload kat FB...mesti wanna pernah beli kat kedai ayah marina kan...

Kawan satu kampung yang selalu bersama adalah achik (Nozarina) dan da aka Rosnida…kelakar bila dikenang balik…we olls gelarkan DO RE MI….macam-macam kerja yang dilakukan..buruk baik…segala mak nenek ler….memang enjoy…puas menjadi seorang kanak-kanak..pancing ikan..kena kejar dek orang giler…panjat pokok, cari buah jambu..buah oren…main “anok kang” (kertas patung yang berwarna yang dijual kat kedai ayah marina-kedai pok din),main tol nusuk (sorok-sorok),main pondok, main kahwin-kahwin, G pancing ikan..pergi ikut orang cari ikan laga…pergi mandi laut….main tol duduk’,Main bola katak…main bola sepak…..Ya Allah…macam-macam….Mula la bila sampai rumah kecut perut kena marah…..kakaka…

Anugerah Allah……mommy puji anak mommy...tak ada nak buat mommy runsing….eke2
Alam sekolah menengah…mula menjengah…hah tak sanggup…..Arwah mak..sungguh-sungguh nak hantar ke sekolah agama…arwah mak cakap nak suruh jadi ustazah sorang….sekarang yatie cerita penuh feeling …so masa ni,rasa macam nak nangis saya tak nak pergi sekolah agama, kenapa yatie..kakak dan abang 
yatie tak pergi pun sekolah agama….maklum ler yatie brutal and rock!

Masa ni saya nampak Irdawaty pun sekolah sini….Marina…dan kat sini…dapat kawan lagi…ramai….saya tak pandai pilih kawan….saya berkawan dengan semua orang….orang cerdik, pandai, gemuk,kurus, dekat jauh…semua kawan…

Arwah mak berusaha nak sekolahkan saya kat sini…arwah mak dah belikan awal-awal baju sekolah dan kain warna hijau…Saya redha sebab saya tak suka ke sekolah berhampiran dengan kampung saya juga sebab yatie pernah terima surat dari senior disekolah rendah….yatie redha sebab yatie rasa lebih selamat!
Lawak bila dikenang sebab siap buang surat tu dekat Tong sampah besar tu…kakaka..aha..Hamdan tahu kisah ni…eke2

Bersekolah la yatie sekolah menengah…tak nak…selalu memberontak..semua tak suka…kakaka…masa remaja baru nak belajar…mana yang buruk..mana yang baik…
mmm…bila kenangkan…kita ni sekolah agama…kat sekolah jer pakai tudung…kat rumah….fuhhhh…MasyaAllah!

Jauh beza dengan anak mommy..anak mommy anak yang hebat…selalu menutup aurat especially princess Cinderella aka Nurul Ameera Batrisyia

yatie ngn piccah...tgok pakai baju tak tak ikut peraturan...tudung tak bulat... :P

Kesian arwah mak….Tapi arwah memang best..semasa akhir tahun majlis perpisahan..mak pernah tolong masak nasi minyak….untuk kelas yatie…best-best.

Selepas je PMR, yatie improve..so yatie nak berjaya dalam SPM…yatie memilih untuk menduduki kelas perakaunan..kelas akaun ni kelas A untuk 3 kelas semasa sessi tingkatan 4 & 5,…aha..masih lagi baik dengan Roslina….Alhamdullilah we olls berjaya..dan berjaya menempatkan diri ke institusi pengajian…aktif juga masa kat sekolah ni…pernah jadi rakan pembimbing sebaya…saya ingat cikgu Merican…pengerusinya…aktif jugak sukan kat sekolah agama..masuk taekwando…join badminton…berkenalan dengan geng-geng padang nenas…sekarang semua dah jadi meksi …..Tahniah…kerja akhirat tu..
Masa tingkatan 4 yatie juga berkawan dengan Ct Marzelina…so follow dia join Persatuan Menembak Terengganu… …dapat juga kawan baru situ…Latihan menembak ni diadakan di Kem dekat rumah wanna…yang seronok..balik latihan menembak tu pasti pergi makan bee hoon sup…..

Selepas Tamat SPM….Saya siap target..saya tak nak pilih aliran agama…tapi masa lalu dekat INSTEP, tak pun bas INSTEP lalu…lintasan hati pernah kata…bestnya dapat belajar dekat PETRONAS…happening…
Rasanya semua orang kagum la dengan PETRONAS..lagi ler orang kampong macam kita ni….

Finally..Doa saya Allah makbul…saya dapat….dengan izinNYA
Saya dapat kawan baru lagi…mmm…dulu masa sekolah menengah saya rasa kawan-kawan dah duduk jauh dari sekolah…now kawan-kawan ada luar dari Terengganu..pelbagai bangsa…agama…macam-macam namanya…Subhanallah…mula la hati jadi songsang…kakaka…minat dalam hati..datang lagi..kakaka..minat jer…mana taknya quota kitaorang 1:13, seorang perempuan 13 lelaki….ini ayat dari emy ni…

Alhamdullillah jodoh saya pun ada disini….saya masih ingat kata-kata along…kita orang perempuan nak kahwin ke nak couple ke…cari orang yang suka dengan kita..jangan cari kita suka dekat orang..Syukur Alhamdullilah….BERKAT!

Seronok…dapat kawan-kawan yang happening….ada kak CT, along aka ROHAYATI, AMINAHWA, ROSLIDA,NOOR SAFIEZA,Aton, Ina, imah……mmmm…ada lagi….saya suka….ramai…nak letak gambar…tapi ada yang SEKSA…tak per kita letak picture kelas kita kelas instrument….
Kat sini…yatie macam rasa yatie control ayu..kakaka……Alhamdullillah dorang semua baik-baik..

Akhirnya..yatie dihantar untuk program latihan bekerja di Petronas Penapisan Terengganu…huh..hebat ujian keseronokan.gila-gila remaja….ada kawan-kawan yatie terbabas…Alhamdullillah saya masih di Aliran fitrah Allah….

Ni adalah era mengenal dunia…era bekerja…tapi disini juga…bagusnya sahabat-sahabat sini…ramai orang Terengganu dan pantai timur…diaorang memang menjaga batas-batas tatasusila…huhu
Ehem-ehem…yatie masa ni dah mula berpacaran dengan suami yatie…tapi bukanlah serius….sepanjang 6 bulan tu sekali jer jumpa….TAKUT….kakaka…yatie rasa itu puncak iman…kawan-kawan…huh…syiok…ler dorang…couple dekat-dekat….

Tempoh melakukan practical…mula mengajar erti kehidupan…especially…mengenali lelaki..lelaki baik,lelaki romeo…lelaki dengan pelbagai wataknya…hah…lelaki ada duit…kakaka
mmm…bila bekerja dengan lelaki…batas-batas bergurau memang tiada filter…Ramai la kenal…if yatie tak kenal…mesti orang akan kenal yatie…yang kelakar semasa practical ni ada yang ajak kahwin pun ada…hah…TAKUT!...

Ha, teringat kisah wanna main kapal layar wakil Terengganu kan…yatie juga bermain kenu aka kayak gitu…tak pandai pun…yang best dapat pengalaman baru…lagi la berkayak di sungai Terengganu..disaksikan orang Terengganu…sungai ni berhampiran Istana Maziah dan pejabat pos tu…sekarang dah jadi water front kan….

Semasa latihan industrial, bekerja masa plant shutdown…lagi kenal orang ramai…kenal contractor…hakikatnya yatie takut nak berkawan…lagi-lagi lelaki…apapun saya perlu terima hakikat sebab yatie memilih untuk bekerja dibidang yang dipelopori lelaki…Arwah mak penah cakap…lelaki yang nak kawan dengan kita mesti nak sesuatu dari kita …. Jika dia nak kahwin dengan kita dia akan gentle berusaha berjumpa dengan parents kita Alhamdullillah..suami jumpa parents yatie  bulan puasa jugak…macam sekarang ni..selepas tamat belajar di INSTEP…Gentle gitu….Alhamdullillah…itu le saya sayang DIA…dan lebih berkat saya dengar kata-kata ibu saya….

Masa ni tak nampak matlamat yang jelas..Cuma focus saya tak sabar nak kerja…best dapat kawan baru…tak sabar nak pegang duit sendiri….Alhamdullillah tamat je dari latihan industrial di INSTEP, selepas sebulan…yatie mendapat tawaran bekerja di Petronas Penapisan Melaka…bermula kehidupan baru untuk yatie…berkawan lagi dengan 1000 orang tetapi bercinta hanya satu…Allahuakbar! 
                                  
Tunggu....part 2 ya....wanna :)

Comments

Wanna said…
Hmm... Anok2 kita dok merasa ler game yg kita maing masa kecik2 dulu... Rugi rugi...
Anak-anak kita ikut zaman...dulu brick game dah hebat...siapa ada video game..kaya dah dia.anak-anak zaman anak kita angry bird....eke2

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu