Resipi laksa goreng bibik ANIS


Alhamdulillah...sedap rupanya....Tak puas makan...Resipi adalah idea daripada pembantu rumah wanna
Untk tahun 2013, dah kali kedua mencubanya....semoga bermanfaat dalam menghasilkan pelbagai variasi masakan :)

Sememangnya tiru wanna punya resipi....

Bahan-bahan:

Laksa Panjang (sepeket), yatie guna laksa segera..perlu direbus dulu
Ayam (dipotong kecil-kecil) yatie guna ayam hancur satu bungkus
Cendawan Cina (rendam dulu, then potong)
Bawang Putih + Bawang Merah (Yang dah diblender)
Cili Giling
Sos Tiram (yatie tambah sos lada hitam 2 sudu)
Sos Tomato
Kicap Manis
Garam secukup rasa

Cara-cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis CILI GILING 2 @ 3 sudu besar.
2. Masukkan BAWANG PUTIH & BAWANG MERAH.
3. Masukkan GARAM.
4. Masukkan SOS TOMATO. Lebih kurang 2 sudu besar.
5. Masukkan SOS TIRAM 3 @ 4 sudu besar dan sos lada hitam.
6. Masukkan KICAP MANIS.
7. Masukkan CENDAWAN CINA & AYAM yang telah dipotong tadi.
8. Masukkan sedikit air. (Bila dah masukkan air, biar lama sedikit sehingga ayam & cendawan masak)
9. Masukkan LAKSA.kaca sehingga sebati...

Memang tidak menghampakan!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu