Yakinlah, Rezeki Itu Jaminan Allah


DENGAN YAKIN  saya katakan lagi...dulu sekolah saya tu bila awak tengok...boleh jadi tak mampu nak lahir orang-orang yang hebat...percaya la...segalanya ada aturan yang sangat cantik dari Allah SWT....saya juga untuk berada ditahap ini...bersabar selama 13 tahun di syarikat petronas...ada masa sehingga sanggup ditukar sebagai kerani.2 tahun sebelum bertukar berpindah ke KL sebagai penyelia...dengan alasan..tak fit..hakikatnya saya sangat pening mengatur masa saya sebagai seorang isteri...seorang ibu...seorang pelajar!
SYUKUR Alhamdulillah...dengan bantuan rakan daripada yang tak pernah kenal sekalipun...Mida namanya...saya perlu jumpa dengannya satu hari nanti..dan persaingan dengan seorang guru yang juga ibu tunggal, saya bersama-samanya beriringan menerima Ijazah...sangat tersentuh....berjaya walaupun dengan pelbagai ujian hidup....

Tujuan menulis adalah mohon sahabat juga berdoa supaya suami saya Jamisal dapat bertindak cepat dan melapangkan masanya untuk mendaftarkan anak kami...yang mana ketika ini anak perempuan saya suka bersekolah di AsSyakirin..berbeza dengan saya ketika emak menghatar saya ke sekolah agama...saya tak suka!.

Kini, bukan mendabik dada mahupun riak...saya juga mahu berkongsi kegembiraan...apabila banyak kita dapat..banyak lagi kita boleh berkongsi...terutama ketika ini kami masih lagi boleh berbakti kepada kedua ibubapa...LAGI-LAGI...SAYA TIDAK lagi bergantung nafkah daripada suami...dan suami boleh memberi lebih dari orang biasa untuk kedua ibu bapa mertua....InsyaAllah...

SAYA BERHARAP semoga rezeki yang diperolehi kami diredhai Allah.

SEINDAH pekerjaan didunia ini bagi seorang isteri adalah seorang surirumah...dan setiap hari...saya berdoa supaya saya tidak perlu lagi makan gaji disebuah syarikat ketika berumur 40 tahun...Limpahkan dan kurniakanlah rezeki apa yang aku dapat pada hari ini dan masa akan datang ini disalurkan melalui suami kepada kami.Ya Allah panjangkanlah umur kami..perkenankan doa kami Ya Allah,Amin





Menurut sebuah riwayat, pada suatu hari Nabi sulaiman ingin mengetahui bagaimana Allah memberikan rezeki kepada seluruh makhlukNya di dunia ini.Untuk membuktikannya ia bertanya kepada seorang semut, berapa banyak Allah memberikan rezeki kepada semut dalam satu tahun.Semut menjawab bahawa ia memperoleh rezeki sebesar kepalan tangan Nabi Sulaiman.

Mengetahui hanya sebesar itu rezeki yang di peroleh semut tersebut, rasanya sangat mudah bagi nabi sulaiman untuk memberikannya.Kemudian Nabi Sulaiman membuat tawaran kepada semut untuk masuk ke dalam botol yang telah diisi dengan makan sekepalan tangan nabi sulaiman.SEMUT BERSETUJU DENGAN TAWARAN TERSEBUT LALU melaksanakannya.Maka botol pun ditutup rapat dan disimpan.

Setahun kemudian Nabi Sulaiman datang semula kepada semut.Ketika ia membuka botol tersebut tenyata didapatinya semut hanya memakan sebahagian sahaja daripada makanan tersebut.Nabi Sulaiman hairan dan kemudian bertanya kenapa makan tersebut tidak dihabiskan.Bukankah semut telah mengatakan, bahawa rezekinya dalam satu tahun akan diperolehi sebesar kepalan tangannya?

Mendengar pertanyaan itu semut menjawab dengan tenang :

"Wahai nabi yang mulia, memanglah benar apa yang aku katakan, bahawa aku memperoleh rezeki dalam satu tahun sebesar kepalan tangan yang mulia, namun itu terjadi pada masa aku tidak berada di dalam botol ini.Dan pada masa itu aku sangat yakin Allah akan memberikan aku rezeki dan dia tidak akan melupakanku walau sedetik pun, sehingga aku yakin Allah akan menjamin rezekiku.Tetapi kini, aku yang lemah ini terkurung di dalam botol mu, apakah kau dapat menjamin bahawa kau tidak akan lupa memberiku makanan semula setelah satu tahun? Apakan engkau berani menjamin hidup dan rezekiku di tanganmu?????"

Mendengar jawapan tersebut, Nabi Sulaiman pun terpegun, kemudian bersujud syukur memohon ampun kepada Allah dan melepaskan semut daripada kurungan botol tersebut.

Petikan dan mood saya sekarang sedang membaca
"Buku mudahnya mendapat rezeki produksi yamani angle penyusun mukhlas asy-syarkani'

Allah berfirman yang bermaksud "Tidak ada satu binatang melata pun di bumi ini melainkan Allahlah yang mengatur rezekinya"( Surah Hud, 11:6)

Subhanallah...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu