Kufur Nikmat suami

Allahuakhbar…dengar pun rasa takut kan….dengan perkataan KUFUR…

Baru-baru ini kawan saya telefon sambil menangis..saya dengan tekun mendengar dan layankan perasaannya…ada sesuatu yang saya ingin berkongsi kisah suaminya tidak romantik dengannya…apabila tiba hari kelahirannya, suaminya tak ingat pun nak ucapkan hari lahirnya…lagi nak beli hadiah….

Saya katakan..saya juga baru menyambut hari lahir..mmm suami entah ingat entah tak… cukuplah ada seorang suami yang ingin peristerikan kita..dan membuat baik untuk kami sekeluarga…saya berkongsi lagi…ketika membuat umrah…berjuta-juta berdoa untuk berkahwin..ada suami…berjuta-juta berdoa supaya allah kembalikan suaminya!
Tidakkah kita menjadi orang yang bersyukur…kerana Allah masih meminjamkannya….Subhanallah

Allahuakbar saya teringat Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”… Rasulullah SAW dengan keadaan teresak-esak menceritakan pengalaman Baginda menyaksikan balasan azab dahsyat terhadap kebanyakkan golongan wanita ketika Israk Mikraj kepada Saidina Ali dan Fatimah r.a.: antaranya…

Perempuan digantung lidahnya, dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’ (hasta) kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

Perempuan yang rupanya seperti anjing, sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api neraka; disebabkan dia suka membuat fitnah dan marah-marah serta membenci suaminya.

Kebanyakan ahli neraka adalah perempuan  kerana mereka mengingkari suaminya dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.
.
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)


Untuk suamiku…andai awak membaca kolum yang yang saya tulis kali ini…saya mohon maaf dari hujung kaki rambut hingga hujung kaki….terima kasih yang tidak berbalas di atas segala kasih sayang yang diberikan…Ana uhibbu anta lillahitaala…


Ya saya mulai cemburu untuk 70000 ahli syurga yang tanpa hisab!

Comments

Unknown said…
Sila semak kesahihan hadith ini..
Jazzakallahu khairan

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu