I am ordinary person!

Alhamdullilah.....Syukur dengan nikmat yang diberi...

Of course kesihatan,nyawa dan oksigen yang boleh kita meniti kehidupan untuk beribadat kepadaNYA...not only solat..tetapi BLOGGING!

Assalamualaikum wbt

Terima kasih for visiting me, calling me...anything you do for me....Alhamdullilah.

Sure or not, i want to tell you olls,, i'm just ordinary person...but i always learning :), InshaALLAH

Allah sedang mengajarmu erti ikhlas dan sabar!
...Apabila diuji kita mudah buruk sangka dgn Allah, dan berdendam dgn orang yang mendatangkan ujian kepada kita.Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah bertujuan menguji kita.

Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji.Sabar, redha,tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah,mendekatkan diri dengan Allah,harapkan pertolongan Allah, merasai nikmat sementara dan sebagainya.Berasa diri berdosa juga adalah sifat terpuji.

Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya.Supaya hambaNya tadi tidak terus tenggelam dalam dosa dan noda.

Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang yang tahu...bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat,Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu.

Bagi orang yang Allah Kasih, didunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat yakni didatangkan kesusahan,penderitaan,kesakitan,kemiskinan,kehilangan pengaruh dan sebagainya.

Sekiranya kita dihukum didunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita bersih daripada dosa.

Adakalanya kita ditimpakan kesempitan hidup.Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang kpd kita.Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirNYA.Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabila kita diuji dengan kesakitan Allah mahu memberitahu kita bahawa begitula susah dan menderitanya orang yang sedang sakit.Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa,menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit.Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik.Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya.

Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang paling kita sayangi?

Ujian ini segaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah.Akan tertanamlah rasa kehambaan didalam hati, sekali gus membuang rasa bangga diri.

Begitulah sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat.Agar dengan ujian itu, kita mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya...InshaALLAH.

Sharing from Solusi Edisi Khas, Part komunikasi, tulisan Abu Asif page 44-45.

Untuk suami,anak-anak, keluarga dan sahabat-sahabat yang disayangi...hidup itu mudah...

AKU MAHU BERUBAH

Ya Allah..
Ku bersyukur dengan nikmat Pancaindera yang Engkau kurniakan,
Dengan penglihatan,
Aku dapat melihat segala kekuasaanMu..
Mengagumi segala kebesaranMu..
Namun,
Dengannya jualah,
Aku melakukan kemungkaran terhadapMu,
Menjerumuskan diriku ke lembah dosa,
Melihat pada yang tidak sepatutnya,
Membuatkan diri ini alpa..
Saat hidayahMu tiba,
Seketika ku tersedar..
Mungkin belum terlambat..
Untuk ku pahatkan dalam diri..
Bahawa..
Aku Mahu Berubah!!

Ya Allah..
Jika dulu aku angkuh di bumiMu,
Alhamdulillah..
HidayahMu mematahkan keangkuhanku..
Membangunkan sifat malu..
Yang selama ini tersorok dalam diri..
Kutundukkan pandanganku..
Yang selama ini meliar..
Kutimbulkan kekeliruan pada dunia sekelilingku..
Ku ketepikan segala teguran sinis..
Kutekadkan dalam kalbuku..
Bahawa..
Aku Mahu Berubah!!

Ya Allah..
Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hakMu,
Terleka diriku dengan duniawi,
Sehingga terkadang ku abaikan ukhrawi,
Subhanallah..
Sesungguhnya kekuasaanMu paling agung,
Kau sedarkan aku di saat aku hanyut..
Masih tidak terlambat,
Untuk satu perubahan,
Kuakur pada kekuasaanMu..
Lantas,
Kusematkan dalam hatiku,
Bahawa,
Aku Mahu Berubah!!

Ya Allah..
Kupohon hidayahMu..
Duhai ayahanda dan bonda..
Sahabat-sahabat..
Serta..
Temanku..
Bantulah daku..
Bimbinglah daku..
Dalam mencari..
Cinta yang paling agung..
Cinta yang Esa..
Sesungguhnya..
Cinta itulah yang akan mengharumkan cinta anugerah Pencipta Cinta..

copy paste from http://permaisurihati07.blogspot.com/, thanks alot darling!

Comments

Wanna said…
Tie.... selama ni aku diuji dengan Allah dgn ujian kesenangan. Dari aku kecik hingga besar, aku selalu dpt apa aku nak; especially in my study- get a good result but not the best laa.... then aku keje, kawin dgn org yg aku syg,.... Laluan hidup aku sgt senang....Aku jarang or x prnah maybe kena ujian yg menyushkn, memeningkan aku... tapi, aku x pernah bersyukur dgn Allah.... sehingga pd 13 Dec 2010 (ingat lagi tarikh tu, sabar je ler...haha) aku telah diuji dgn Allah, yg sgt2x menyakitkan hati aku... then baru aku sedar, aku telah jauh dari Allah... U know what? w/pun ia menyakitkan tapi sbnrnya aku amat bersyukur padaNYa krn telah sedarkan aku dgn cara mcm tu.... kita x tahu apa yg Allah tentukan tu adalah baik utk kita...sbb Allah syg dgn kita... kita kena bersangka baik dgn Allah... Only God Knows Why...
Alhamdullilah, bersyukur Allah maha mengasihani dan penyayang...

Ujian yang datang mematangkan dan mendewasakan kita, :)

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu