Checklist for Majlis Aqiqah MyMAF

Bismillah...

Subhanallah...MasyaAllah..I dont know..why my current mood so excited with duniawi..especially planning with Majlis Aqiqah MyMAF..not only me..my hubby also....

Sesuatu yang yang tidak membawa pahala pun dengan mengadakan majlis yang berlebih-lebihan... walaubagaimanapun.. semua ni untuk meraikan majlis ini menjadi lebih meriah dan bermakna....dan lama pun tak buat kenduri di rumah ayah.... yang terakhir adalah majlis pernikahan dan perkahwinan kami....

Ketika menyuarakan kepada ayah... ayah tanpa soal..terus berkata.Elok sangatlah...dan lama tak buat kenduri....

Saya juga bahagia apabila suami pun turut menyokong....

Saya memang jarang mengadakan majlis-majlis hari jadi anak...Apabila buat pun untuk memenuhi permintaan anak-anak...sekali buat..pasti untuk 2 orang terus... kali ni dah ada anak 4...semestinya sekali harung jer....huhu...biasanya kami cuma keluar makan-makan dan masak-masak yang lebih istimewa sahaja berbanding hari-hari biasa....

Ini adalah yang perlu di ikuti...

Mengenai permasalahan Aqiqah... Ulama' Fiqh berselisih faham mengenai hubungkait permasalahan tentang aqiqah bagaimanapun terdapat 7 tempoh yang dibenarkan dalam Aqiqah seperti yang saya dengar pada Kuliah mengenai Qurban dan Aqiqah... 2 ekor kambing untuk seorang anak lelaki....Antara 7 Tempoh dalam Aqiqah itu ialah:

7 Hari selepas Kelahiran
Sebelum Habis Tempoh Nifas (sebelum hari yang ke 40, Wallahualam betulkan saya jika tersilap... mohon maaf)
Sebelum Putus menyusu (Sebelum Umur Bayi itu 2 tahun).
Sebelum Umur 7 tahun.
Sebelum mencapai Akil Baligh
Sebelum umur 40 tahun (Gugur kewajipan Aqiqah ke atas Ibu Bapa)
Sebelum meninggal dunia (Gugur kewajipan Aqiqah ke atas Ibu Bapa)


Dalam kitab Kifayatul-Akhyar, pengarangnya (Syeikh Taqiyuddin al-Husaini) menjelaskan dengan lebih terperinci; “Sebaik-baiknya aqiqah dilakukan pada hari yang ke tujuh.[1] Jika tidak dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh. Jika setelah sampai umur baligh masih belum lagi diaqiqahkan, maka gugur sunat tersebut dari wali/penjaga dan ketika itu diberi pilihan kepada bayi untuk melakukan aqiqah bagi dirinya (apabila ia dewasa nanti)”

Alhamdulillah ketiga-tiga anak kami semua telah selamat diaqiqahkan sebelum ini...semua ini dari rezeki yang Allah pinjamkan....

InsyaAllah... kali ini kami cuma ingin memeriahkan rumah ayah kami yang suram...

okies...lets we review our Majlis Aqiqah checklist:-

1) Tempahan 2 ekor kambing- kami memilih kambing golek kaki bakar
Kawan-kawan juga boleh view di http://kambinggolekkakibakar.blogspot.com/2013/03/kambing-golek-kaki-bakar-di-majalah.html


Walaupun jamuan aqiqah diadakan di Kuala Terengganu... kami mengambil tempahan dengan kambing golek kaki bakar kerana catering mereka sanggup menerima tempahan ke seluruh negeri di semenanjung...harga juga sangat berpatutan..pakej juga disertakan dengan makanan ringan lain...

2)MasyaAllah... sila jangan tiru...tak dapat pahala pun.... saya juga menempah buaian berendoi... di Terengganu... masih lagi terhad... untuk rakan-rakan di Terengganu boleh view http://rayyan-peekaboo.blogspot.com/

3) Candy buffet pula.. tunggu ya... this is my creativity...after pergi jalan-jalan kenduri di rumah rakan-rakan dan internet surf...masih ada a few ITEM nak kena update for my reference
Dalam botol susu mini ini saya isikan candy stone, candy bean dan mini M&M... saya cuma beli 100 pieces...so cost tu dalam rm3... may be sesiapa yang beli banyak boleh murah :)

MasyaAllah ini juga kelemahan saya ...kerana masih dalam pantang so semuanya di order...huhu..

i) Saya order sugar cookies form my 2nd cousin dengan tema biru putih nanti dah siap..kita publish picture...http://facebook.com/zazapastryhome



ii) Saya order apam aiskrim dengan my friend Zaryaina... dan apam polkadot dengan adik kawan still tema biru putih...

iii) dan a few cake from http://www.facebook.com/SweetPeaCakesNetc
lebih senang sebab di terengganu...

4) Makanan utama... di sebab keluarga saya majoriti tinggal diluar dari kuala terengganu.. jadi saya terpaksa membuat tempahan untuk menyenangkan ahli keluarga saya di sana...

- Saya mengambil tempahan nasi minyak berlaukkan ayam merah...daging gulai...acar.. dan catering ni membahasakan dirinya sebagai mak su.. memberi kuih asam gupal...Ya Allah..lamanya tak makan... dan air cordial
Kawan-kawan boleh view http://masitahkatering.wordpress.com/
Opss ada kuih bait juga....

-Suami juga menempah cendol.. yang ni abang ai di Terengganu membuat tempahan...

-Suami juga menempah sup herba di Restoran Al hijrah...dan roti french..melalui kekanda ai lagi....Ya Allah telan air liur la pulak..dah lama tak pergi....
boleh call Encik Riduan 013-9697129


-My sister juga turut menempah mee kari!

5) Doorgift... mineral water...asmahusna ...mini karipap ...Man hand tower for marhaban team...candy and mini milk bottle....






6) Sticker and prop - will update soon... baby  MyMAF nak susu...ok continue...
okies...dah siap beli jer..tak buat sendiri pun... Itu la ujian apabila ada duit...tidak sebenarnya.. saya ambil yang mudah sebab masih lagi berpantang!


Lagi-lagi dekat pun kedainya dengan rumah... doorgift kat sini pun murah-murah.. dah price tu murah.. siap boleh kurang lagi..masyaAllah... promote jugak...her blog :), Di doakan makin kaya dan berjaya ..Amin.
http://zafafigallery.blogspot.com/2013/11/guestbook-props.html

7) Canopy, meja dan kerusi.. milik kekanda ai juga... cuma nak ada skirting jugak!..huhu...Astaqfirullahaazim...

8) Jurukamera yang dilantik abang Amirul Danish :)


Klik untuk bacaan lebih jelas...

Alhamdulillah preparation almost 70% in progress...

Comments

Unknown said…
Mana nak crik botol mini tu??
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
maaf lambat reply...boleh dapatkan di kedai2 yang jual eksesori pengantin

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu