Cerita setahun yang takkan habis...(episod 13)

Alhamdulillah...rasa terpanggil untuk berkongsi kisah umrahku..terima kasih adik-adik dan kakak yang datang melawat dan meninggalkan komen...rasa bersemangat untuk menulis lagi...kadangkala saya ingin menulis dengan hati..tapi ianya jarang berlaku sebab tindakan kita berada di dalam berfikir banyak perkara..lagi-lagi ada anak kecil...

 Kenangan dengan adinda wani...sangat indah....
Doa yang termakbul....rakan sebilik dan ayah angkat "Father"
Dari kiri saya..kak aziah..mida dan wani..

Kali ini saya ingin berkongsi kisah-kisah kenangan ketika bersama rakan-rakan yang saya kenal ketika umrah...

Kisah mida dan air zam-zam...

Ketika di Mekah saya juga telah menghadapi kesukaran untuk beribadat sepenuhnya apabila ujian tidak boleh solat kerana haid...ketika ianya berlaku..bukan saya juga yang diuji..mida juga diuji, jadi saya berceita dengan penuh semangat...lagi-lagi di awal kedatangan mida tidak dapat ke masjidil haram..jadi saya berkongsi.."mida...seronok sangat..dapat minum air zam-zam tanpa limit...:, mida ni dah tak sabar..saya kata..air zam-zam berada di setiap sudut..dan jalan kita lalui..."

Mida yang teruja dan tak sabar...suatu hari kami melakukan "tawaf shopping"..ternampak cooler di laluan kedai...mida kat dalam masjid pun ada saluran air zam-zam yang disalur ke cooler  jadi saya katakan..saya rasa pasti cooler tu air zam-zam ..lagi la masjid pun dekat..mida yang teruja terus pergi menikmati...sunguh-sunguh...lalu ketika berhenti dikedai saya tanya..itu air biasa ke air zam-zam juga..jurujual tu berkata air biasa jer..ketika di bilik kami berkongsi cerita ni lagi...dengan gaya sekali sehingga tergolek ketawa...

Kisah Father

Father ni memang father betul kepada budak2 3 orang ni.ke mana-mana memang dia cakna..ketika kami mendaki gua hirak saya cuma berhenti di separuh jalan...semput sudah..wani dan mida siap solat lagi...sampai ke gua dia follow..saya dah agak..kuat betul pakcik ni...larat ke..tapi memang pakcik ni kuat...bayangkan siti khadijah umur berapa dah masa tu pun larat walaupun tak ada tangga yang betul2..dia mendaki bukit yang berbatu...

Pagi esok saya jumpa pakcik ni dan dia berkongsi...kau tahu aku semlam tertidur dalam bas..nasib baik pak arab tu tak buat lari...dikejutkan aku dan kembalikan ke hotel...Allahuakbar...

Kemudian saya berkongsi dengan rakan-rakan ni..father jaga betul2 korang..korang tak tengok father tertinggal dalam bas..nasib baik father cakap pak arab tak buat lari....hehe..ada hikmatnya :)

banyak lagi kisahnya...kenangan ketawa bersama-sama diorang sehingga dibawa ke lapangan terbang madinah....Allahuakbar....

InsyaAllah merancang untuk reunite again ...







Comments

Unknown said…
Dear Tie....

Memang cerita Umrah takkan habis, sangat bnyk kenangan. Semoga Yati akan menjadi seorang yang lebih bermanfaat...Tq for sharing dear...

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu