Alam Ria Cuti Sekolah Kanak-Kanak

Assalamualaikum wbt

Bagaimana dengan cuti sekolah U Olls? gaya kanak-kanak riang :)

Hai wanna dan sahabat yang lain :)
mmm..kalau zaman-zaman aku...dulu Alhamdullilah...dapat jugak pergi zoo negara...paling seronok la tu...mana taknya, boleh datang KL...eke2..Alhamdullilah..nikmat mana mahu kudustakan..zaman aku kecil dulu kakak aku ada dok KL :)

Tak pun dok tengok TV la kat rumah...kau ingat tak rancangan alam ria cuti sekolah...Ya Allah bestnya wanna..separuh hari ler mengadap TV kan...

Alhamdullilah wanna...rezeki yang tidak terhitung...

Pagi-pagi..bermula dengan breakfast...tak lupa juga..kejutkan anak-anak solat dulu....

Ada cheese tart...nanti aku hantar kat ko eh, along buat..resipi sama...dah simpan asing dah...gambar masih tak boleh diedit..
Ada bee hoon goreng..Along jugak buat...eke2..kan dah cakap....aku ni malas...haha...tak lengkap kalau tak ada keropok lekor...ni memang couple terbaik la menu orang terengganu kan....
Sebagai kenangan...dulu masa kita kecik-kecik tak ada pun bergambar sama kecuali gambar kelas kan :)
Tulis nama sendiri...Bagus dah boleh berdikari....masa nak beli tiket :)
Dah dapat tiket...beratur ler...ramai sangat wanna..aku nak ajak kawan aku yang kat subang tu...dia la introduces Kidszania ni...siap belanja lagi, Best kan wanna...Kalau duit lebih ni...dengan sesiapa jer boleh belanja MasyaAllah
Layan boarding pass..ala2 tiket air asia
Entering flight...hik,hik
2 budak handsome....semua bakal pilot ni...
Mana lagi kalau tak Kidzania...alamak..mommy rupanya silap eja..haha..dok cakna sungguh
mmmmm...memang teruja...
Check in pulak....
Kastam check pun ada...best...

mmm...entry kali ni sampai sini..walaupun aku ada picture sebelum ni kitaorang dah pergi...itu kenangan dengan orang lain...ini kenangan anak-anakku bersama anak-anak kawan baikku :)

Balik tu kitaorang singgah ke Mc D kat bawah Kidzania jer...mana taknya...anak-anak....mommy, lapar-lapar...I have no choices :(

 Gossip boy
 Tak ada geng....
Hah ni la gaya anak ko...pagi ni...eke2...InsyaAllah dorang bangun subuh ;)

Indahnya jadi kanak-kanak kan!

Comments

Wanna said…
Kalau ler boleh putar balik masa, aku teringin nak pergi balik time skoloh kat Telipot dulu... Nak ingat kembali time kain aku koyak yg aku x ingat tuh... Hihihi... Memang best jadi kanak2... bahagia yg membahagiakan..
InsyaAllah wanna..banyakkan zikir fatimah lagi...

Setiap hari hampir 10 ribu sel di otak mati dan tidak boleh digantikan. Proses ini terus menerus berlaku ketika sedang membaca kenyataan ini. Ini bermakna jika anda sudah berumur 30 tahun. 1 billion sel otak telah pupus. Sebab itulah semakin meningkat umur kita makin pelupalah kita.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Lupakan manusia...hati dia milik Allah..dan amalkan pujian dengan mengingati Allah...pasti Allah akan mengingati kita.InsyaAllah

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu