Jodoh, Rezeki dan Maut Allah yang tentukan…

Assalamualaikum wbt
 
Sahabatku wanna…juga pembaca-pembaca tegar blogku(eke-eke…of course aby…thank you so much by…sudi layan…)
 
…Apa Khabar semua?
 
Alhamdullilah dan terima kasih semua…saya sangat positif hari ni J
 
Wanna…
Pagi-pagi ni sempat yatie online facebook…dan terbaca boss lama yatie tulis mengenai cucunya…yatie pun dah ada cucu wanna…suami yatie pun dah ada cucu jugak..hik-hik… S.A.M.A!
Suatu hari ketika yatie nak transfer ke Kuala Lumpur kerana mengikut suami, boss yatie ni la yang tolong…thank you En Saz! MasyaAllah…yatie dengar dia rekemen sungguh-sungguh…Alhamdullilah…sangat-sangat…3 tahun dulu tak reti lagi sujud syukur…Now alhamdullilah…
 
Yatie suka bila prof Kamil tegur yatie masa dekat Madinah ketika yatie excited story kisah suami idaman dengan kak roza…dah sujud syukur? MasyaAllah jahil sungguh…yatie ler tu…Alhamdullilah yatie belajar sujud syukur pada umur 33 tahun…anak perempuan yatie 9 tahun, dan prof Kamil sendiri 43 tahun…MasyaAllah!

Kembali story asal…yatie rasa sangat tersentuh…sampaikan yatie menitiskan air mata…bila dapat komen dari boss yatie ( Dia kena demam kuning. Itu biasa bagi baby. Tapi dia punya demam kuning dah kategori teruk. Doctor hampir nak buat blood exchange transfusion. Tapi level bilirubin dah turun sikit masa tu, jadi tak proceed. Alhamdulillah tak jadi proceed. Sekarang Ni dah semakin ok. Terima kasih semua atas doa Dan Solat yang di buat. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih juga dari ibu baby iaitu Noen Aen Dan ayah nya Epam Fendi)

Bab kata ustaz azhar…Orang ni bila tengok drama..dia menangis bukan dia sedih tengok drama…dia sedih ingat kisah dia…kakaka…

Yatie juga teringat…dulu arwah mak story…yatie dimasukkan ke ward dan mengalami deman kuning yang tinggi sampai tukar darah….dan tali pusat yatie tertanggal dari pusat….

Adakala bila yatie sedang membesar bagaikan juara sebagai kanak-kanak yang tak mahu dengar cakap arwah mak…pasti arwah mak akan cakap…”ha, itu ler tak nak dengar kata mak..sebab darah mengalir dalam badan awak tu ntah-ntah orang mana tak tahu…”…haha…Ujian….Allahuakbar!
Wanna..Alhamdullilah…yatie masih lagi hidup…dan menjadi orang yang berjaya…Alhamdullilah wanna…semua ni berkat doa semua orang di dunia ini berdoa untuk yatie….dan semoga kita menjadi orang-orang yang beriman…

Doa adalah senjata orang mukmin…dan yatie jadi baik ala ustazah rock pun doa ibubapa yatie…:P…dan yatie nak share hasil tulisan…

Biodata Kolumnis
Mior Azli merupakan seorang jurutera awam yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun dan berpengalaman luas di dalam bidang pengurusan. Bermula pada tahun 1992, beliau telah melaksanakan pembelajaran secara bersendirian untuk mengkaji dan mempelajari segala cabang ilmu mengenai ilmu pembangunan diri, pasukan dan kepimpinan. Sebenarnya, ini merupakan 'passion' beliau. Pengasas Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K) ini menulis di miorazli.com

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi. (ingat kita cakap on d way kita balik dari Melaka…kita base air, angin, api…)

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"ADA! IAITU NAFAS hamba-KU YANG BERDOA kepada-KU. KERANA SESUNGGUHNYA DOA ITU MAMPU MENGUBAH TAKDIR-KU"

Demikian Allah SWT menjelaskan.
(Sumber: Hadis Qudsi).
 
Wanna, bersangka baik tau…pesan kat diri sendiri jugak….kalau terfikir sesuatu yang buruk cepat-cepat…istigfar eh…InsyaAllah
 
Firman Allah: Aku akan bersama dengan sangkaan hambaKu kepadaKu, maka hendaklah dia berprasangka dengan apa yang dia inginkan.
( yakni: BUKAN dengan apa yang dia risaukan atau khuatirkan)
~ Hadis Qudsi Riwayat Thabbarani dan Al-Hakam.
 
Pesanan Prentice Mulford:
“Seorang yang meletakkan dirinya sentiasa memberi fokus kepada perkara-perkara hitam dalam hidupnya yang mana membiarkan hidupnya di hantui oleh kenangan silam dan kekecewaan lampau. Sekiranya anda HANYA melihat dan memberi anggapan dengan kecewa bahawa masa depan anda sentiasa kurang bernasib baik atau dirundung malang, anda sedang mendoakan perkara-perkara tersebut dan anda pasti akan mendapatnya”.

mmm…orang bukan muslim pun tahu…eke-eke…

Comments

Wanna said…
Suke-suke citer ni... Insya Allah, kena bersangka baik all the time...!
InsyaAllah...Ya Allah..sucikan hati ini... :)

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu