Uniknya terjadi persahabatan….


Assalamualaikum wbt

Apa khabar wanna dan sahabat sekalian?semoga hidup kita diberkati semua…InsyaAllah
mmm..kan dah kata…mesti busy tak sempat update blog bila jejaka yang disayangi berada disisi….bukan ada kerja pun…tapi ianya lebih menghormati…bukan selalu boleh bermanja-manja…

Hah…mommy tu gedikss la tu…usik anak dara kita…kan kakak :P

Wanna,
Alhamdullilah…kesibukan wanna..masih lagi wanna berpeluang mengupdate blog..lagi-lagi entry yang dedicated untuk yatie…Alhamdullilah…now yatie nak jugak dedicate entry ni untuk Wanna juga Along…

First yatie nak story macamana yatie boleh kenal rapat dengan Along…

Along yang yatie kenali semasa yatie belajar di Instep…yatie macam juga wanna..susah nak percayakan orang tapi yatie sememang orang yang easy going semesti peramah..eke2…

Bila yatie realize…along ni jodoh dia selalu jer dengan yatie… semester 1..dulu masa bila dok kat asrama banglo…sebilik dengan Along…actually tak rapat pun tapi selalu berangan sama-sama…nak-nak masa nak tidur..yatie duk katil atas…masa tu sebilik dengan amy..and CK…dan yatie masa tu rapat dengan kak Bid…panjang la cerita kalau cerita ni…182 hari punya cerita…eke2

Kita pendekkan…bila semester 2, eh…serumah dengan along lagi…masa along sebilik dengan junior..dia nak duk sebilik dengan de…masa tu dia kamceng dengan de…dah I kan easy going…I malas nak tukar-tukar…so I teruskan jer sebilik dengan de….ini pun 182 hari punya cerita jugak….eke2

Kita pendekkan lagi…bila semester 3…hah…boleh pilih partner…yatie bukan la jenis pilih, tapi bila yatie nak…memang nekad….kebetulan yatie sekelas dengan along…along kata kita tinggal sekali lah…boleh…jom…so sama-sama la yatie dok sebilik…sampai terbabas….maklum ler masa study..schedule kelas ada floating so..bila masa rest kita orang balik tidur..dang-dang terlajak…sampai classmate kita datang kejut…sedap sangat boleh tidur dalam aircond….nikmat mana mahuku dustakan…you olls pernah dapat asrama tilam seempuk Dunlop dan dan biliknya aircond…so lavish!

Bila masuk alam practical…yatie practical di Petronas Penapisan Terengganu…eh-eh…sebilik lagi dengan along….sepanjang study sini di Instep …tiap-tiap tahun celebrate birthday sampai ke kerteh..Ya Allah…dorang selalu ingat….even kek pasar malam…itu le sahabat…Along juga tidak pernah menghampakan saya…saya tahu dia mesti bagitahu kawan bila dia tanya..hadiah tahun ni nak apa…saya nak hadiah teddy paling besar….gedikss kan…dia bagi pussy cat yang sangat besar !...meow-meow…saya ingat ok…Tut-tut…bila bila masuk fasa kerja dapat Melaka kan…huh..serumah lagi… pernah la buat open house…along kata itu kenangan terindah…ramai tetamu datang….masa terus berlalu…sampai la we oll dah berumahtangga dan beranak pinak…we olls still keep in touch!

Itu kisah dengan Along J

Ini kisah dengan wanna pula…dulu masa kecik-kecik selalu sama dengan dia…walaupun tak la sepandai dia…eke2…memang easy going juga orangnya…tanpa disangka..dari darjah satu sehinggalah darjah empat…bak kata wanna…masa kecik mana tahu erti persahabatan..tahu nak berkawan…nak bermain…
Ianya berlalu pergi…sehinggalah Allah jodohkan kembali semasa saya juga anak 3…dia juga anak 3..eh,eh sama pulok dengan along….MasyaAllah..uniknya terjadi persahabatan…

Actually,yatie serik untuk mengaku dia la kawan baik saya…sehingga mereka berdua…menyatakan…dia sahabat baik saya…dan sememangnya setiap kali jumpa diorang sangat ikhlas dengan persahabatan ini….diorang tak pernah bergaduh dengan saya…diorang tak pernah menyakiti hati saya.. …diaorang tak pernah menyusahkan saya ….huhu touching… mmm…tetiba….ada iklan! Terharu sungguh dengan diaorang ni….

Dulu masa kecik gossip ajer dengan wanna…bawah pokok zaitun..marina pun ada…sekali amik ko…tergolek jatuh..sampai koyak kain…wanna masih tak ingat ni…cuba tanya ngn mak ko mesti dia ingat…kakaka

Bila besar remaja…bersama-sama along la saya gossip…sampai kunci pintu gate! Rahsia :P
Along dengan wanna banyak persamaan..yang kelakar…suaminya jawa buuuuu…eke2
Dan bila duduk dengan dorang…apabila ada cerita yang sedih dan berdosa pun tak sedar…sebab ketawa tak sedarkan diri…sampaikan orang tanya…awak berdua sangat bahagia!

Wanna dan along sanggup berkorban untuk jiwa seorang rakan…sama tapi cara berlainan…boleh pulak diorang ni kalau dia cakap pasal kita…dia boleh story dengan kita balik…Subhanallah..dorang sangat jujur…

Along dan wanna lahir pada bulan yang sama, Along lahir pada 2 jun 1977 dan wanna 24 jun 1979…along dilahirkan sebagai anak sulung…wanna dilahirkan sebagai anak bongsu perempuan…Alhamdullilah berkat didikan ibubapa diorang…diaorang juga isteri yang baik dan solehah…MasyaAllah

Nikmat mana mahu kudustakan..saya ada 2 sahabat baik….along pendengar setia…wanna pendengar yang setia …now dah jadi apprentice Prof Muhaya.InsyaAllah!
Untuk di kongsikan kepada sahabatku Along dan wanna

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.  
    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.  
    • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.  
    • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.  
    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.  
    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;        
    • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.  
    • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.  
    • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.  
    • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. 
    • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
    • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MENGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.

P/S PDH : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.

Yatie tak pandai mengarang jiwang…itu lah hati yatie tanda persahabatan dengan Along dan wanna.
Semoga kita menjadi sahabat syurga…InsyaAllah..semoga hajat dan doamu tercapai sahabatku dunia dan dan akhirat….

Saya juga sayang semua rakan saya….sama-sama kita berpesan kebaikan yer J
Alhamdullilah..Allah juga kurniakan hadiah tanpa disangka…suamiku sebagai  Sahabat sejati saya… 
Abe Meme Best! Subhanallah

Comments

Assalamualaykumwbh T, good entry.
MM lembut benar hati t ni. Smg istiqomah dlm bertarbiah.


Love ya....
Wkslm ayu...ada hadis..if kita rasa sayang seseorang kita kena bagitahu InsyaAllah...Allah maha lembut :)

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu