Cerita setahun yang takkan habis...(episod 10)


Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Semoga semuanya dibawah lindungan Allah….mmmm…suka tak bila tengok blog kita blog orang-orang biasa tapi ada jugak yang singgah eh….sekali tengok ada 4 org yang singgah baca I ler tu sekali…eke2


Alhamdullilah…hari ni Allah beri nikmat merasai kerinduan kepada rasullullullah SAW…cepat-cepat pagi tadi dalam lrt…Assalamuaika ya rasullullah… dulu masa yatie tak tahu…yatie pun pesan kat rakan sesiapa yang pergi umrah…sampaikan salam saya kepada rasullullah….semasa tak ada ilmu…so bila saya ada ilmu ni…yatie nak share dengan sahabat yang sudi singgah sini….ini pun mutawif Hajjah Hamidah bagitahu….sesiapa yang ingin memberi salam kepada rasullullah ucapkanlah Assalamuaika ya rasullullah, insyaAllah, malaikat yang menjaga kita akan menyampaikannya…tak kira dimana kita berada…dan Allah akan memberi nyawa untuk rasullullah menjawabnya, Subhanallah….Rindunya dengan rasullullah SAW…nak nangis pun ada ni…sebak….Allhamdullillah syukur dengan anugerah Allah ini

Hari ni hari last kat mekah…tak tahu nak cakap….rasa serba tak kena…nak shopping bukan matlamatnya…dan pagi tu saya sempat berjemaat subuh  lagi di masjidilharam…alhamdullillah…pagi ni siap buat tawaf selamat tinggal…dengan mimi…selesai tawaf ni bawak mimi sentuh kaabah….sibuk aku suh mimi nangis….hik2 kelakar…ialah kita bila doa mesti la merayu kan….mimi ni anak buah yatie baru umur 14 tahun….apa yang dia tahu …bila dapat sentuh kaabah dia melompat…MasyaAllah…teruja….

Boleh jadi yatie pun macam tu bila mak ajak datang mekah…baru nak meniti remaja…mak dan ayah yatie mengerjakan ibadat haji kali pertama pada tahun 1994 pada umur yatie 14 tahun juga….Alhamdullillah
Hari ni…rasa sedih sangat…tak nak diri yatie datang untuk kali ini kali terakhir…Allah jemput la saya lagi……perasaan tu rasa nak duk sana…dengan suami dan anak-anak….tak ada nak fikir perkara lain..buat amal ibadat jer…..tenang….ingat lagi hari jumpa rozie, rozie dah nak balik…dia menangis sungguh-sungguh…dia tak nak lagi balik Malaysia…lagi-lagi bila fikirkan kerja….sangat simpati dengannya…simpati gak dengan diri sendiri sebab selalu berkorban…dan insyaAllah…pasti ada didikan!

Hari ni hari kami akan berangkat ke Madinah….Sepanjang perjalanan tu…yatie berusaha nak tidur…mana taknya kiri kanan belakang dpn…semua kepenatan…sambil mulut berzikir….dengan tazkirah dari mutawif zubir….kisah-kisah rasullullah…

Perjalanan ke Madinah…ditemani tanah padang  pasir yang tandus…akhirnya kami singgah ke R&R…ada jugak eh…

Sememangnya satu-satu restoran di padang pasir sepanjang perjalanan kami….makan sedap lagi…licin dulang kami dulang sebelah dibedalnya…eke2…MasyaAllah


Alhamdullilah selesai juga jamak zohor dan asar…mmm…dekat area ni yatie baru nampak anjing berkeliaran…bukan tanah haram..

Kat sini juga ada penjual-penjual madu…yang menyapa…tak ubah R&R di Malaysia…

Alhamdullillah kami tiba di Madinah masuk waktu isyak…seronok sebab hotel sini lebih happening…gaya mewah…dan teratur ibarat putrajaya…lebih terancang…Subhanallah…

Mengikut pengalaman kakak yatie …dulu Bandar Madinah tak macam sekarang, semasa dia datang dalam pembinaan….yatie juga suka suasana dan suhunya sejuk…dan nyaman..Ya Allah..best!

Jemput semua rakan-rakan…ingat lagi…masa nak g umrah ni share dengan Nor..dia dok Qatar…dia la yang banyak syorkan nanti akak pergi bulan feb or march yer..musim sejuk…

Ya Allah…akhirnya saya sampai di Madinah juga dengan izinmu… 

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu