Resipi masak lemak ikan talam masin dengan nenas

Haish...cair air liur kan...eke-eke...Ni la bila mood datang update....mmmmm...sampai 4 entry dah hari ni....Subhanallah!
Apa la amik gambar langsung tak lap skit bekas tu, comot...dah nak masuk blog...gelojoh...tu ler ceriternya....apa-apahal suami cakap sedap my...siap tambah lagi.....Alhamdullillah...
Yang pasti sedap....

Haish...ni pun memang teringin...teringin nak masak sendiri...rindu air tangan sendiri....ada jugak eh....
Kebetulan pergi pantai bagan lalang nampak ada orang jual ikan kering talam dan nenas manis..apa lagi....menjadi la selera ni.....MasyaAllah

Jom kita spy...bukan spy orang spy resipi...eke2

Bahannya:
1 biji nenas di potong dan dibersihkan
4 keping ikan talam masin (potong sedang dan rendamkan 1jam kemudian bilas dan toskan)
2 biji bawang kecil (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk) 
kunyit dengan ukuran satu ruas jari (ditumbuk)
ni optional nak letak boleh,tak nak pun tak per 1biji cili merah (ditumbuk)
250ml santan pekat
250ml air
garam jika perlu.


Caranya:
1.Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk + ikan talam masin + air.Renehkan.
2.Apabila mula mendidih masukkan santan pekat + cili merah + bawang juga kunyit...oppss jagan lupa dengan nenas pula.Renehkan menggunakan api perlahan.Rasakan dan tambahkan garam jika perlu.Kacaukan selalu supaya santan tidak pecah minyak.Biarkan selama 5 minit dan padamkan api dapur.Sedia untuk dihidangkan bersama sambal belacan jika suka dan nasi putih. :)..nak selera lagi tambahlah telur dadar...

mmmm...makan sedap ajer...Alhamdullillah...nikmat mana mahu ku dustakan....

Comments

Unknown said…
huii nampak sedap..terasa nak masak untuk buka puasa hari ni.
MasyaAllah..akak baru balik rumah ros...tak yah susah beli jer...hihik..dok terpk naper bila letak blog ros tu tak nampak apa latest update...

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu