Cerita setahun yang takkan habis...(episod 11)


Alhamdullillah...selamat untuk puasa hari ke 3 malam ke 4...beruntunglah kepada sesiapa yang menghadirkan diri untuk ke terawih malam ini..."Pada malam keempat, dia memperoleh pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqan (Al-Quran)."

Hari ni...kami semua akan melawat makam rasullullah...semua orang tak sabar....dalam diam...saya berdoa supaya Allah izinkan saya jumpa rasullullah...dah terbayang rasullullah tunggu.....Saya juga berdoa supaya saya suci dari haid....Boleh bersolat...dan melakukan amalan-amalan ibadat yang lain....

Sebelum yatie mendapat tahu dapat melakukan umrah...berkali bangun solat malam...bila amik wuduk mesti cakap dengan suami...by...sejuk...rasa macam rasullullah terima wahyu...cam biasa suami senyum dan iyer jer.....masa ni tercetus di minda akan satu peristiwa menarik yang sangat ringkas tercatat di dalam sejarah Ar-Rasul (s.a.w.), namun besar pengajaran yang boleh diambil. Cuba renungi dan hayati ungkapan Saidatina Khadijah, isteri Baginda (s.a.w.) dalam kisah di bawah.

Pulangnya Ar-Rasul (s.a.w.) dengan penuh ketakutan dan menggigil setelah menerima wahyu pertama Ilahi melalui Jibril (a.s.) di Gua Hira’. Baginda (s.a.w.) berkata kepada isteri kesayangannya Khadijah, “Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku! Sesungguhnya aku takut
(ke atas diriku).”
Lalu Khadijah berkata kepada suaminya, “Tidak sekali! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau sebenarnya mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau memikul bebanan, dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah), dan engkau menjamu tetamu, dan engkau menolong atas menolak bala.”

MasyaAllah....

So bila dapat melawat makam rasullullah nekad sangat nak pergi dapat sekali pun cukup....Alhamdullillah Allah bagi kelapangan...saya dapat menunaikan solat..saya juga mampu berdoa tanpa ada gangguan...Subhanallah..Nikmat mana mahu kudustakan......
Syukur sangat apa yang dicitakan dari Malaysia dapat dilaksanakan.....
Allah maha memberi!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu