Aku nak semua kawan aku ni berjaya!

Wah semangat sekali meng"update" blog...sambil menonton filem cun>>>



Suka ke...chomel kan..kalau dorang couple pun mesti cute....

Actually aku hari ni amik emergency leave, aku bersemangat nak masuk kerja..tapi korang maklum ler bila aku dah tidur pukul 5 pagi tadi...apa jadi padaku..mula la aku jalan tak balance...dan nak muntah, campur lagi betis aku ni kejang...so takut la apa-apa berlaku...aku dok rumah jer la...rehat...

Hah...Ini la antara sebab antara aku rasa nak resign buat perniagaan sendiri, maklumlah kalau perniagaan yang aku jalankan tak perlukan masa seperti pergi kerja pejabat yang bermula 8 pagi hingga 5 petang....walaupun sekarang ada flexible hour kalau aku punya superior pukul 5 baru sibuk nak bagi kerja...apa cerita?....dah la aku ada anak-anak...kejap-kejap dorang call...haish...dugaan...

So bila peluang perniagaan ada, aku cuba sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit...betul tak...aku ni dah kerja 12 tahun dengan company oil and gas..tak sampai lagi 2.5 kali lagi gaji aku naik...apapun aku sangat bersyukur dengan kurniaannya..syukur sangat ..Alhamdullilah

Jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang dulu after SPM dah masuk mana universiti pun belum tentu lagi dapat rasa kehidupan yang aku rasa ni....Alhamdullilah dengan kurniaanmu...

Yang best, bila aku buat perniagaan online ni aku dapat membantu rakan-rakan yang mencari peluang pekerjaan...dengan buat perniagaan online ini...dan untuk pengetahuan korang operasi BUTIK SAYA diseliakan oleh kawanku Puan Marina, diapun sangat komited, aku memang puji...tanpa ada rasa malu...selamba jer dia tag, dia tegur rakan-rakan online dan dia juga dah mula supply kain pasang...paling hot, kain Maher Zain la....tak sangka gua, boleh kata setiap
hari ada rakan-rakan Facebook BUTIK saya PM (private message)....

Kini Marina dah boleh bergembira macam adegan dalam filem CUN ni....mana taknya...diapun dah dua bulan menjadi guru Tadika Kemas di Putrajaya....memulakan kerjaya yang dia minati...kalau tak hari tu dia la yang aku booking untuk memulakan operasi Tadika aku...hi...angan-angan lagi....tak per..sebahagian daripada kejayaan dah tu...

Marina ni after graduate 8 tahun dari UPM..finally berkat doanya, keluarganya dan rakan-rakan..dapat juga kerja yang dia nak...aku doakan dia berjaya...disamping tu..dia juga buat business online....so korang tak nak ke?buat lah...apa jua business ok..janji halal...perniagaan memang digalakkan rasullullah :)

Marina juga seorang yang jujur. aku memang sayang dia dan kalau boleh nak dia berjaya....hidup senang...apa yang aku rasa biar kawan-kawanku pun rasa...

Full stop untuk kisah Marina, seorang lagi kawan aku yang aku nak tolong sesangat adalah Roslina, dia adalah kawan baik aku masa sekolah menengah...kami pernah sambut hari jadi sama-sama walaupun birthday date dia awal sebulan dari aku...bila dikenang-kenang kelakar nak mampus....biarlah rahsia...time tu aku pergi beli kek..sekali terpijak ****..dekat bus stop...mmm....malam tu siap candle lite dinner lagi tau..maklum la celebrate bulan puasa....kalau dia baca ni mesti dia tersenyum..lagi la masa kitaorang naik bas..semua orang dalam bas tutup hidung.....ha,ha..aku pun nak ketawa besar...

Antara Roslina dan Aku...memang tak jauh bezanya dari segi result belajar...dari segi nakal..dari segi kaki jalan...semua la sama jer..tapi bila memasing berumahtangga, mesti memasing sibuk dengan komited masing-masing...memasing juga ada kehidupan dan dugaan masing-masing....
Dan tak payah fikir pasal memasing sekarang aku nak tolong Roslina ni...dan Roslina pun dapat tolong aku jugak dalam masa yang sama.....

Ya Allah Ya Tuhanku engkau berkati apa yang aku lakukan ini..semoga dengan apa usahakan ini mendapat keberkatan darimu....

Aku sekarang memerlukan perniagaan yang lebih kepada pengisian jiwa...niat dihati ini ingin selalu dekat dan bersama dengan anak-anak..lagi la..aku kini mengandung anak ketiga...wahhh...tak sabar untuk bertemu dengan Adam Darwish...anak-anakku juga...semua tersenyum bila dapat jumpa baby....

Tak lupa juga....tadi baru jer aku sms dengan seorang engineer aku dulu di OPU lama...diapun dah lama aku tak jumpa...kalau aku jumpa dia pasti pasal perniagaan...dia pun katanya dah lama amik cuti....buat perniagaan...ini dia yang punya kerjaya yang gaji lebih 10K...so aku ni???fikir sendiri la....

Yang best dia reply, aku dah tak ada semangat dah nak kerja dengan P******* nak berniaga sendiri...biarlah gaji kecik...tak sakit hati...

Kalau aku tak fikir gaji kecik, aku fikir...hari-hari dok gossip..lebih kurang mengumpat la...bila bizness ni..tak ada masanya nak komen orang..kita akan ada motivasi bagaimana nak memajukan perniagaan kita ni...kita perlukan iklankan lagi..supaya perniagaan kita selalu ada permintaan.....contohnya saya menggunakan laman http://www.majalah.com/
untuk iklankan business saya...dan saya sangat teruja dengan permintaan perniagaan disini...
sila klik untuk large view...


So sila amik peluang berniaga..buat la apa perniagaan..ingat bukan senang nak senang
Jom pergi borong di China dan Vietnam!

Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China danBorong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu