Cinta Itu buta

MasyaAllah...after 11 years married....

Assalamualaikum wanna dan sahabat yang sudi singgah....

Alhamdullillah...Saya rasa saya dapat syurga dunia...saya rasa nak menangis kesyukuran, alhamdullilah saya dapat sujud syukur.....hanya Allah saja yang mengetahui apa yang tidak saya ketahui...Subhanallah

Saya rasa sangat bahagia...sangat bahagia. ..bahagia apabila orang disekitar saya bahagia...Allahuakbar...

Wanna...entry kali yatie nak story kisah cinta buta.

Wanna...yatie juga manusia yang lemah...sangat lemah...hanya kepada Allah saja yatie berserah...hati yatie juga milik Allah...

tapi yatie sangat percaya...“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)­ 

dan yatie percaya...Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?


Wanna,
Dulu masa kecik-kecik time mengaji Al-quran,arwah mak yatie tanya...awak nak kahwin...nak...awak nak orang macamana...saya nak yang handsome....Subhanallah...

Nikmat mana mahu yatie dustakan..Allah bagi wanna..sucinya doa kanak-kanak
( Opppsss...masa cinta itu buta...)

Wanna..itu pandangan mata kasar orang luar...boleh jadi cinta buta untuk yatie...(adik-adik jangan ikut...kak wanna pesan...eke2)

Alhamdullilah...saya jumpa handsomenya wanna....

Haippp..MISTERI...eke2...antara doa masa kecik...tak nak kahwin dengan orang Terengganu...sebab saya juga orang Terengganu...MasyaAllah, Allah bagi wanna
Nikmat mana mahuku dustakan.....

Yatie nak orang obersea....MasyaAllah Allah bagi wanna...Nikmat mana mahuku dustakan....
dan yatie dapat...yatie dapat orang sarawak...mmmm...tak boleh kan pergi naik perahu...naik flight...hik2...sempat jer kan....
Dan besarnya cita-cita..yatie nak mat salleh...hanya Allah saja yang maha mengetahui..Alhamdullilah yatie dapat anak pak salleh ok....hahaha...



Dan nikmat mana kudustakan...yatie ada kisah cinta itu buta...

Wanna......macam berdebar nak pergi interview bila story ni...tapi control ayu...ialah nak cerita cinta itu buta....kalau ayat pahrol cakap apa wanna....sila ingatkan yatie...

Subhanallah...

Surat cinta buta dari si dia...

Assalamualaikum wbt

Menemui yatie yang kini sedang berada dibanglo ILPP.Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Mungkin yatie tertanya-tanya dan terkejut dengan kehadiran warkah ini.

Sebenarnya tujuan jack menulis surat ini bukannya apa, sekadar bertanya khabar dan melepaskan rindu yang terpendam dihati ini.Adakah yatie pun begitu?

Diwaktu ini, jack sedang kesunyian, berseorang didalam bilik.Dan untuk melepaskan rindu ini, jack menulis surat yang tidak diundang untuk tatapan yatie, semoga ianya tidak mengganggu ketenteraman yatie disana.

Mungkin yatie menyangka, jack hanya berpura-pura meminati yatie, tapi hanya tuhan saja yang tahu perasaan jack terhadap yatie.Diharap Yatie memahami perasaan ini.
Jack  memohon jutaan kemaafan yang tidak terhingga sekiranya surat ini, menyinggung, menghiris dan melukakan hati dan perasaan disanubari yatie.
Sekiranya yatie tidak dapat menerima hakikat dan kenyataan ini, anggaplah surat ini tidak memberi apa-apa makna kepada yatie.Lastly, sambutlah persahabatan yang ikhlas daripada jack.Senyum Selalu.Wassalam


Ikhlas dari hati
Jack


MasyaAllah Wanna masa ni nak pengsan I...maklum ler aku mana pernah bercinta..lagi la untuk diminati...tapi sebelum dapat surat ni siap bermimpi kena patuk ular...mimpi sokmo...macam bomoh..kakaka
Wanna masa yatie dapat surat...yatie takut sangat...takut...sampai yatie pergi toilet surau...dan baca dalam toilet...gigil wei...

dan cinta buta itu terus berlalu...dengan pelbagai surat cinta buta datang lagi...maklum ler masa zaman kita tak ada telefon bimbit...kan...hik2

Kalau ada call pun dari asrama ke rumah...jer wanna...siap janji dekat surat nak call pukul berapa...mana taknya nak tunggu line clear...Astaqfirullahalazim!


Ya Allah, ya rabb...jauhilah anak-anak kami dari cinta buta.... jauhilah anak-anak kami dari fitnah dunia dan akhirat..Amin

Cinta kita masih panjang wanna...cinta kita kerana Allah 

Dan anak perempuan yatie selalu bercerita...dia nak kahwin dengan anak raja...yatie usik la..akak nak kahwin dengan orang namanya yang ada Raja ke depan  tu ke?(bila masa kita masih sekolah kebangsaan mengabang telipot tak pun masa aku sekolah tadika ada nama sahabatku namanya Raja Shamsul Bahari, apa lagi..anakku terus jer berkata...mommy ni...akak anak raja betul...akak nak jadi princess....MasyaAllah wanna...berbesan dengan kerabat raja la i nanti...hik,hik...kerabat kelantan eh)

dan suara kecil anak lelaki yatie..kakak carila raja yang berilmu...sama arwah mak yatie pesan...Carilah lelaki yang berilmu...Alhamdullilah yatie dapat....nikmat mana mahu didustakan...

Wanna...jangan lupa berdoa...dan berdoa...semalam hari yang paling cantik pernah yatie tengok wanna.... :)

Comments

Wanna said…
Cinta itu buta... Nasib bek tak terus buta... kihkihkih... Allah bagi kita lebih celik skrg kan... Subahanallah... Aku time dpt srt dr boyfren dulu, Owh alangkah bahagianya... Betul dok? Apa lg kita nk selain dr bahagia? Kita nk kaya, sihat, hati yg tenang... semuanya utk kebahagiaan. Bahagia yg membahagiakan...
kan, kan, kan...Subhanallah

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu