Cerita setahun yang takkan habis...(episod 6)

Assalamulaimualaikum wbt

Alhamdullilah...mood nak update datang lagi :)...semakin hari semakin seronok...

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan ?” Surah Ar-Rahman.

“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan hiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).” Surah Al-A’Raaf
(untuk Amalina teruskan menulis...Akak suka)

Hanya orang yang melalui..dia akan merasai...Alhamdullilah...hanya Allah saja yang maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui... Subhanallah...

Malam tadi ketika berjemaah isyak...iman yang mengimankan kami menangis tersedu-sedu...Aku...terpinga-pinga didalam hati...Ya Allah dia memahami makna...tapi aku juga menjadi sedih kerana mendengar tangisannya...Alhamdullilah, Aku bersyukur kerana Allah menganugerahkan jiwa yang lembut...apakan tidak sebelum berangkat ke mekah...hati lagi tersentuh dan teringat...apabila suami meletakkan makanan untuk sekumpulan semut......Apabila Allah ingin memberi kasih sayang, hamba Allah yang lain turut merasainya...

Apabila pulang ke hotel...kami bercerita tentang iman tadi...Hati menjadi lebih nekad...sekarang aku menikmati terjemahan juz 3....Janji Allah memang benar....Aku sendiri pun tak mampu... sehingga berterusan menangis...

 " Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka.""Apabila seorang muslim mengeletar kerana takutkan Allah s.w.t., gugurlah dosa-dosanya seperti daun-daun yang kering berguguran."


Kata sahabat kami itu la tanda-tanda NUR...

So kepada kekawan tersayang teruskan membaca....dan lebih afdhal dapat membaca alquran terjemahannya...InsyaAllah

Tiada yang terindah semuanya dipermudahkan...ruang solat terus ada....actually, ni nak share tips jugak...kalau you oll pergi you masuk pintu gate pertama...then pergi terus...masuk kawasan perempuan bawah tangga.ambil kanan..tapi kena pergi awal...bila lambat mesti kena HAJAH.HAJAH,HAJAH....dok leh masuk sudoh....


dan yang menjadi keseronokan...bab kata orang-orang dah pergi tak ingat mende lain...contoh 12.30 zohor, mesti pukul 12 dah ada kat masjid...masa tu dok mengaji...tak pun berzikir...itu janji Allah ketenangan....


“Wahai Ibnu Mas’ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar utk hatiku yg gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena.”

“Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu :
1. Tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya,
2. Majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah ,
3. Carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas.”

Yatie masih lagi ingat kalau jer balik dari masjid ramai hamba Allah dari kanak-kanak kulit hitam meminta sedekah...dengan berkata Fisabillilah...sebelum pergi ayah pun pesan...kalau nak sedekah dgn dorang kena hati-hati takut kena serbu...yatie sendiri pernah sedekah makanan...tapi dorang tak nak...dorang nak duit......

Kawan-kawan pesan jika nak sedekah, sedekah kat tukang sapu dekat masjid...mmmm

Ok, should go now....adam dah panggil....

for those yang merindui makkah...layan sini k

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu