Kisah Sahabat Rasullulah SAW

Assalamualaikum wbt, untuk peminat mak atie, anis sayang, nurfatihah yang comel dan adik ayu yang baik hati...mmm...tak lupa anak mommy ala-ala adik suriyani yang muslimah...

Alkisah, suatu hari yang telah berlalu (wanna...tak ada gaya!), ayah su kata...biar la apa orang nak kata...disaat kita nak berubah...apa cerita ler dengan orang yang negatif ni...kalau dia tak nak berubah...tak payah la dia nak ajak orang sekali....sebab orang lain matlamat dia nak syurga....dan manakan tidak...tengok saja kisah-kisah sahabat rasullulah....diaorang antara yang dijanjikan syurga...confirm...tak percaya. Ini janji Allah...mmm...bagaimana kita dijemput ke Mekah, cuma tak ada invitation card kan....

Baiklah, kali ni mak atie nak persembahkan kisah-kisah sahabat rasul...
Dalam suatu peristiwa, sahabat-sahabat Muhammad bin Abdullah pernah melihat Umar menangis dan kemudian tertawa tanpa sebab yang jelas.Akhirnya ada yang berani bertanya, "Wahai pemimpin orang islam.Kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa sebab yang dapat kami fahami,"

Maka Umar al Khattab pun bercerita. ”Dahulu sebelum aku mengenal Islam, aku membuat patung berhala dari manisan. Lalu aku pun menyembah patung itu.”

“Selesai menyembah berhala itu aku berasa lapar lalu pergi ke dapur, tak kudapatkan walau sedikitpun makanan lalu aku kembali ke tempat penyembahanku. Ketika itu Tak ada makanan selain tuhan sembahanku itu, akhirnya dengan rasa sesal aku pun memakan tuhan yang kusembah sebelumnya. Aku memakan berhala tersebut mulai dari kepalanya, kemudian tangannya, badannya hingga habis tak tersisa lagi.”
Apabila keluar dari mekah biasanya kami membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan, tetapi hari itu aku terlupa membawa batu, tetapi aku ada membawa kurma, jadi aku membuat berhala daripada kurma dan aku sembah kurma itu.Apabila makanan aku habis, mulalah aku makan tuhan aku itu sedikit demi sedikit.Apabila aku teringat kisah ini aku ketawa sendirian....

Mendengar cerita Umar al Khattab itu Rasulullah tertawa hingga kelihatan gigi gerahamnya, Beliau pun bertanya,

”Dimana akalmu waktu Itu?”

Umar al Khattab menjawab, “Akalku memang pintar namun sembahan itu yang menyesatkan daku.”

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Umar al Khattab. "Ceritakan kepadaku perkara yang boleh membuat aku menangis?"

Umar al Khattab pun bercerita. ”Dahulu aku dan orang-orang quraisy sangat membenci anak perempuan.Ketika aku mendapat perkhabaran anak perempuan, daripada saat kelahirannya lagi kebenciannya sudah bermula.Aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya 6 tahun, Aku sudah tidak tahan lagi, aku membawanya ke padang pasir dan aku gali lubang.Dia menyangka aku membawanya berkelah dan bermain-main, dia turut sama membantuku menggali lubang.Apabila lubang siap, aku menolak dia ke dalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir.

“Dia tidak mengetahui sesungguhnya lubang yang aku gali adalah untuk menguburnya hidup-hidup, untuk persembahan berhala. Selesai menggali lubang, aku melempar anak perempuanku kedalam lubang. Dia menangis kuat sambil menatap wajahku. Masih terngiang wajah anakku yang masih tidak mengerti apa yang dilakukan ayahnya sendiri dari bawah lubang."
Sebelum itu, anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain-main, dia tolong mengibaskan pasir-pasir daripada janggut dan pakaianku, tetapi aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan.

Mendengar cerita itu maka menitik air mata Rasulullah SAW…

(petikan dari Kisah-Kisah Islam Syeikh Mustafa Shadiq Rafi, Syeikh Ali al Thonthowi dan Syeikh Muhibuddin Al Khotib)
Kisah di atas adalah cerita Umar Al-Khattab sebelum zaman keislamannya. Selepas memeluk Islam, beliau menjadi salah seorang sahabat Rasulullah yang dimuliakan Allah kerana perjuangannya menegakkan Islam. Beliau adalah salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga. Kisah lanjut tentang Umar Al-Khattab ini boleh didapati dalam Novel Sejarah Islam oleh pak Latib. dan di sunting dari Biografi Muhammad Bin Abdullah.-Tulisan Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd  Rahman.

Dearest anak-anak yang tersayang...ayu , anis, fatehah dan of course la ameera the cutest...Marilah kita bersyukur diatas nikmat ini...cerita ini sangat berkesan dihati mak atie and mommy....

seperti biasa..tidak ketinggalan
Wanna..panjang lagi kisah kita...mmmm...kita hang out lagi tau...cerita ni umar Al-Khatab ni...hubby aku yang suruh cari...dan dia memang seorang peminat Umar Al-Khatab...dia la sungguh-sunguh cerita...dari dia zaman kanak-kanak lagi dah baca..kebetulan pulak ada dalam biografi Rasullullah SAW...boleh jadi suami kita adalah pemuda syurga yang kita idamkan...MasyaAllah!

“Seseorang itu mulia bukan sebab dia tu mulia, tapi sebab Allah tutup aib dia dari mata orang lain, jadi jangan rasa kita hebat sebab kita mulia, tapi ketahuilah Allah telah buat org pandang kita baik sebab Dia tutup aib kita--nescaya kalau dibuka aib setiap manusia, pasti manusia ni tiada yang mulia melainkan Nabi dan RasulNya.." 

Comments

Wanna said…
Nice sharing Tie... Aku suka sgt kisah2 nabi ni... So, for a start, aku beli buku citer utk anak2 aku kisah2 25 rasul tu... sbnornya lebih pada aku nok baca...kihkihkih.. nak ingatkan kembali kisah2 yg pernoh ustazah2 citer tu... mung tulis agi ek kisah2 ni, aku suka baca... Nak tulis, masa terhad skit... Insya Allah, pertengahn Jun free skit sbb cuti...yahuuu..
insyaAllah, kalau kau ada kenangan dengan cikgu mat susu..aku ada kenangan dengan ustaz ismail..ha ustaz ni selalu cerita kisah nabi2...mmm..ada jer chemistry...haha

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu