Cerita setahun yang takkan habis (episod 3)

Assalamualaikum wbt


Kaifahaluka? Alamak terasa dekat arab da…sebab dah story kisah umrah tu…ana juga excited nak cerita lagi lagi kawan-kawan yang baik hati sudi komen…lagi bersemangat kan…

Ok, pagi tu saya kembali ke masjidilharam, untuk solat subuh…Ya Allah tak pernah saya rasa solat subuh yang paling khusyuk sebab kagum dengan suara iman (Iman sana kerabat nabi-sampaikan suami saya pun main teka-teki, my kenapa alquran diturun dimekah.mmmm…dok tahu sudohhhh…tapi suami story, sebab orang arab sangat menjaga nasabnya contoh kalau awak, nama Norhayati bt apa? Hamzah.Hamzah Bin apa?Ismail, Ismail..alamak lupa…tapi orang arab akan tahu semua tu…kata suami menyakini saya)

OK…itu hebatnya iman-iman disana…kita baru dengar suara, terus mengaku khusuk eh…hik2…kata seorang rakan dah 6 kali sampai mekah, kau baru dengar suara, kalau korang tengok…lagi la…aku ni lelaki dapat tengok sebulan tak ley tidur….MasyaAllah

Bagaimana dengan Rasullullah? Suami selalu berperasaan kalau saya ajak jumpa kawan-kawan, eh tak leh jumpa selalu…orang hensem…yer la tu….tapi saya cepat2 cakap…Rasullullah lagi hensem…juga baik pekerti …yang tu memang tak boleh lawan kan…

Begitu la betapa nikmatnya umrah pertama saya…selepas solat, saya pergi mengambil air zam-zam…dan berjalan kembali ke Al Haram tower, dalam perjalanan saya...ramai kawan-kawan saya…ada datang sendiri ada datang bersama keluarga.

Kat sana apa bila kita terlintas atau tidak disangka…” eh, ni rupanya macam kawan kita, tapi itu pelanduk 2 serupa” …sampai la saya nampak keluarga junior saya diInstep, Saniah satu family…dang-dang bila nak keluar nampak rupa mijie (suami de) dgn membawa 2 org anak sambil memakai ihram, sampai saya mengintai siapa perempuan sebelah tapi berpurdah.

Saya nampak adik ayah saya makcik su Hindun…dan hati saya terus berdetik…hebatnya duniamu Ya Allah…dia jemput pada sesiapa yang mahu…AllahuAkhbar!

Dan saya terus berlalu pergi, apa lagi…masa untuk tidur dan berehat sementara… Mana taknya…sudah hampir 24 jam.

Bangun dari tidur saya membersihkan diri dan kembali ke masjid utk solat jemaah zohor.Alhamdullilah saya masih seronok…macam biasa, time nak masuk tu intai lagi kaabah…perasaan sama masih menghantui….(moral of story jangan baca mastika, utk diri saya jer tau!)

Selepas solat zohor saya, singgah dan tengok kedai…sekarang perasaan saya macam biasa saja…tapi berpesan pada diri sendiri dan memang dah niat sebelum sampai mekah supaya jangan pergi shopping jadi saya Cuma tengok2 pada barang yang perlu jer…

Saya kembali ke hotel lagi…rehat..apabila masuk waktu asar..keluar jer toilet…TUT…dah memang betul Allah bagi rehat…so disebabkan rakan sebilik ada yang datang tu tak boleh solat lagi..saya mengajak dia tawaf kedai, mida sangat tak sabar nak pergi masjidilharam…ketika dalam bilik saya bercerita kenikmatan air zam-zam, syoknya tgok kaabah dan banyak lagi…maklum ler masa kecik masa arwah mak buat balik air zam-zam saya rasa payau…tapi dekat sana saya menikmati air yang paling sedap tak pernah saya rasa!

So bila kami jalan-jalan ada cooler disekitar kedai…dengan pantas saya bagitahu mida cepat-cepat , air zam-zam,

Dia dengan bersungguh-sungguh menikmati air zam-zam tersebut doa dan selawat keatas nabi.Itu la keseronokan dimekah saya belajar...di setiap tempat, setiap perkara kita buat kita perlu berdoa.

Tetiba saya terpandang…jeng-jeng…mida minta maaf ada tampalan…NOT ZAM-ZAM…..hwaaa…dalam hati saya sangat terkilan bagitahu mida..air zam-zam..tapi diluar ni kami sama-sama ketawa sampai ke bilik dan ke airport sebelum kami pulang kami masih lagi ketawa, sampai mengalir air mata kegembiraan…seriusly, saya sangat merindui mida…dia pendengar dan peminat saya yang setia…hik2

Selepas tawaf kidai…kami kembali ke hotel…malam tu we oll berkenalan antara masing-masing dan setiap kawan-kawan bilik saya mengajar erti kehidupan…Ya Allah…saya rindu kawan-kawan mekah saya….

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu