Cerita setahun yang takkan habis...(episod 4)

Hari ni saya dah start tak dah boleh solat…jiwa saya mula kacau…saya rasa sangat sedih…tetiba saya mesej dgn suami…by…kalau saya salah saya minta maaf..saya banyak dosa dengan awak..tetiba bila saya tidur, saya bermimpi disiang hari tetiba saya pinangkan awak dengan roomate bilik saya dimekah…tapi awak marah saya…awak memalukan perempuan tu..awak cakap dengan saya..awak ni kenapa nak suruh orang kahwin, awak jangan paksa saya, saya tak suka..masa situasi mimpi saya tu awak telah memalukan perempuan tu…tp kalau bukan mimpi pun saya sendiri malu…


Banyak jugak la saya berbalas sms dan call dengan suami…kesian ngn suami saya bayar bil telefon sampai RM700!

Nak cakap saya sangat bersyukur dapat suami yang bertanggung jawab…

Ada jugak macam tu punya cerita…sebab saya selalu story dengan suami…dulu masa kecik kalau saya tak bangun solat subuh…bila jer dapat mimpi tentang hantu cepat-cepat saya bangun giler takut…sekarang kalau saya tak terkejut solat subuh selepas kawin mesti mimpi awak ada girlfren.sampai terbawa mimpi kat mekah….takut ooooo…haha..Astaqfirullahalazim…

Ujian akan berlaku pada apa yang kita sayangi..

Hari ni saya terfikir untuk jalan-jalan…sambil tu saya tidak lupa untuk berzikir dan tarbiah…dan tak lupa beristigfar…

Semestinya saya beli barang yang dikirim oleh suami…juga barang-barang utk saya hadiahkan kepada kawan-kawan dan keluarga juga…

Alhamdullilah dengan izinnya suami pulak hadiah dengan bank in duit sebanyak 2k..dia cakap buat la belanja kat sana…saya terfikir nak beli apa la erk…?

Saya beli yang perlu sahaja…

Esok pun sama…aktiviti saya tawaf kedai lagi. haha…sampai abang ipar sound..ho mak atie mari sini…tawaf kedai jer…tapi disudut hati, saya berdoa nak ke masjidilharam lagi…saya nak solat berjemaah..120000 tu…kalau luar tanah haram 27 jer…sila betulkan..kalau salah.

Petang tu saya dah mula rasa cuak..saya nak pergi masjidilharam…Alhamdullilah hari ke 3 saya dah boleh solat balik…dibilik saya kembali menunaikan solat sunat taubat, saya buat dhuha…saya buat solat sunat syukur 2 rakaat…

Saya tak pergi lagi solat jemaah di masjidilharam,saya cuma solat di bilik…sebab saya percaya dan yakin…isteri solatnya lebih afdal di bilik sendiri…hakikatnya saya takut…saya masih tak suci…walaupun dah mandi hadas…lagi2 kisah mastika mengganggu saya….opss..tapi Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui…selepas solat magrib ada lagi tanda-tanda darah…Hati kita milik Allah!

Saya pesan dengan kawan-kawan, u olls nanti doakan saya kat masjidilharam, saya juga akan doa dibilik..saya rindu masjidilharam…saya nak solat berjemaah…jangan lupa amik air zam-zam untuk saya…

Dan tak lupa kak aziah pesan dengan saya, yatie amik ubat tak nak darah haid keluar lagi…saya ada amik…tapi saya rasa ralat sebab saya masih menyusu badan…anak saya 9 bulan.

Saya lupa juga nak share, masa tawaf pertama saya sempat berdoa (dalam episod 1), “Ya Allah, berikanlah kesihatan kepadaku…lindungilah aku dari deman tidak menyusukan anak”(orang tua kata bengkak buah dada)

Alhamdullilah memang tiada deman…hebatnya doa disana kan…macam dekat syurga.

Alhamdullilah…pagi besok saya dah boleh kembali berjemaah ke Masjidilharam…..

Comments

Wanna said…
Betul la tu, episod yang takkan habis. Pegi 2 minggu je, tapi nikmatnya Subhannall... Hanya Tuhan saje yang tahu...
This comment has been removed by the author.
Ending doaku pun mcm tu, Hanya Allah saja yang maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu