Cerita setahun yang takkan habis...(episod 2)

Assalamualaikum wbt

Apa Khabar semua? ni mak adik lisa surihani muslimah nak sambung cerita...eke2, Ya Allah suka betul la anakanda kita tu ngn lisa...besarnya pengaruh artis dengan masyarakat lagi la budak-budak.Diaorang suka sangat tengok cerita zoo dan papa i love u!

Kalau bersiap dengan dia, time2 pakaikan tudung...Mommy, kakak suka lisa surihani..kakak nak jadi adik lisa  surihani...boleh, kakak jadi lisa surihani yang solehah :), InsyaAllah

Begitu la antara kisah anak-anak...cuma sekejap, menjadi pendengar dan penasihat dorang.

Ok, kita sambung cerita umrah..tadi tu iklan jer...ok..hihik

Selepas jer berdoa, kami semua bergerak ke masjidilharam, dengan mulut tak lekang dari tarbiah dan beristigfar...

Alhamdullilah, saya dah masuk masjidilharam, dalam orang ramai satu group, saya mengintai-intai kaabah...takut-takut tak nampak kaabah...maklum le pengaruh mastika...eke2

Kami letak selipar dalam plastik dan ditepi masjid, kami diberi penerangan oleh mutawif..memang dengar  betul2, then kami berpisah, saya sememangnya follow ahli keluarga saya...Ya Allah, rasa sangat disayangi oleh seorang kakak..memang dia pegang betul2...saya sangat tersentuh!

Kami menghampiri air zam-zam dan minum, berdoa lagi....

Masa tu saya rasa sangat sejuk, sangat segar dan semua kepenatan hilang...lupa semua duniawi...bacaan memang follow buku (lagi la ayu cakap, doa mutawif baca dan buku umrah yang dia(agensi andalusia) bagi dah memang tersusun)...saya baca dalam bahasa melayu sebab saya nak feeling..kalau bahasa arab saya tak faham.itu la kisah budak sekolah arab...eke2.....masa ni jugak saya juga bacakan doa-doa yang dikirimkan oleh kawan-kawan.yang mengalami tekanan kerana suami...apa saja yang terlintas..saya doakan hinggalah ada kawan dan ayah kawan2 yang sakit saya saya doakan...sampai cucu saudara pun saya doakan...seolah-olah, itu la saat terakhir saya dapat datang sini...juga kaum muslimin dan muslimat

U oll tau kalau kita doa disini, 70000 malaikat akan amin, dan 70000 malaikat mendoakan kepada kita juga...MasyaAllah...

Betul...sangat mengisafi..saya amat bersyukur kerana semua dipermudahkan....saya masih ingat..kawan saya nor yang berada di qatar pernah berkata thru FB chat 5 bulan lalu sebelum saya berangkat "kak t, Allah saja yang maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui, siapa kita nak tentukan dosa kita, Hanya Allah saja yang ada jawapannya"

Dalam pada tawaf tiada doa yang berterusan selain

 "" Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami. Ampunkanlah segala dosa suami ku/isteriku ..Ampunkan segala dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil..Ampunkan segala dosa anak2 kami Ya Allah…
Ya Allah, jgnlah kau pesongkan hati kami setelah kau berikan kami taufik dan hidayahmu..teguhkanlah hati kami supaya sentiasa bertakwa dan beriman kepada mu Ya Allah…
Ya Allah, jadikanlah kami org2 yg sentiasa mensyukuri nikmatmu, sentiasa mengingatimu dan sentiasa menambahkan amal ibadat kami kepada mu Ya Allah..ikhlaskanlah segala amal ibadat kami dan jdkan ianya sbg satu tanda mensyukuri segala nikmatmu dan bukan utk meminta2 drpdmu, Ya Allah…
ya Allah, pimpinlah kami kejalan Mu yang lurus ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
susah kami bantulah ya Allah, beban kami ringankanlah ya Allah, kesusahan kami permudahkanlah ya Allah, hajat kami tunaikan ya Allah..dosa kami ampunkanlah ya Allah, aib kami tutuplah ya Allah, keras hati kami lembutkanlah ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
rumahtangga dan keluarga kami bahagiakanlah di dunia dan akhirat,selamanya, Ya Allah
ya Allah, jadikanlah diriku seorang isteri, wanita muslimah yg solehah/lelaki muslim yg soleh yg membahagiakan hati se mua org, yg pengasih, penyayang, penyabar, bertanggungjawab, ikhlas dan berakhlak mulia… suami ku solehkanlah ya Allah, jdkanlah suamiku, lelaki yg membahagiakan hati kami semua..Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah anak2 kami org2 yg soleh dan solehah, yg hafiz dan hafizah, yg berjaya didunia dan akhirat, hidayahkanlah hati2 mereka supaya sentiasa mencari keredhaanmu dunia dan akhirat..tutupkanlah hati mereka drpd perkara2 kemungkaran dan kejahatan…jadikanlah anak2 kami penyejuk mata dan hati kami dengan ketakwaannya padamu…

Ya Allah Ya Tuhan kami,
gantikanlah segala kesedihan hati kami dengan kegembiraan dari Mu ya Allah, gantikanlah segala kekusutan hati kami dengan ketenangan dari Mu, gantikanlah segala kesusahan kami dengan pertolongan dari Mu, dan gantikanlah segala kerugian kami dgn rezeki yg lebih baik dan berlipat kali ganda darimu Ya Allah

Ya Allah berikan keselamatan kepada kami dunia dan akhirat, hindarkan kami dari segala mara bahaya dan bencana, jauhkan kami dr segala kejahatan manusia, jin dan iblis, dan hindarkan kami dr perkara yg tidak mampu kami tanggung ya Allah, hidayahkanlah hati kami.
Ya Allah,Berikan kami rezeki yg mencukupi, yg halal, yg diberkati dan melimpah ruah. …kau limpahkanlah dgn penuh keberkatan, rahmat dan nikmat dr mu.. Ya Allah, setelah kau berikan kami rezekimu, jgnlah pula kau tariknya dr kami..
Ya Allah, kau cukupkanlah kami dgn rezekimu yg halal sehingga terhindar dr yg haram, dan kayakanlah kami dgn anugerahmu sehingga kami tidak meminta kpd yg lain selain dr mu ya Allah…
berikanlah sumber rezeki itu dan tunjukkanlah jalannya. Berikan kami pengakhiran hidup yg baik.

Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah segala usaha kami kearah kebaikan, jayakanlah ianya berterusan dunia dan akhirat.  Janganlah engkau sia2kan segala usaha dan perancangan kami kearah kebaikan ya Allah. Jauhkan diri dan hati kami dr sifat2 buruk ya Allah. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
berikan kekuatan keimanan kepada kami ya Allah,
sepertimana yang telah kau kau berikan kepada nabi Mu Ibrahim ya Allah,
berikan kami ketabahan didalam segala urusan hidup kami ya Allah, sepertimana yang telah kau berikan kepada nabi Mu Ayub ya Allah.

Berikan kami jalan keluar bagi segala permasalahan kami ya Allah, sepertimana yang telah Kau berikan kepada nabi Mu Yunus ya Allah.

Berikan kami kemurahan rezeki  sepertimana yang telah kau berikan kepada nabi Mu Sulaiman ya Allah.

Berikan kami bantuan dalam segala urusan kami ya Allah, sepertimana yang telah Kau berikan kepada nabi Mu Musa ya Allah.

Berikan kami akhlak dan adab ya Allah, sepertimana yang Kau berikan kepada nabi Mu Muhammad ya Allah.

Berikan kami keluarga yang bahagia ya Allah, sepertimana yang telah kau berikan kepada Saidina Ali dan Siti Fatimah, Ya Allah. ""

dan bila selesai tawaf, kami berdoa lagi dan solat sunat tawaf...berlalu kami ke bukit safa dan Marwah...
bila sampai ke saie yang ke-5 saya, dah mula rasa penat sampai cakap " kak yah, boleh tak kita berhenti saya dah lenguh" kak yah cakap, "nanti kita berhenti minum air zam-zam..mula masa ni syaitan mula datang...macam2 dah terfikir...sampai hati ini menyerah kalah" ya Allah, jiwa ini mengalami kekacauan...kau rehatkanlah aku sementara, aku sanggup menerimanya"

Dang-dang besok period dah...so bercuti la saya..apa lagi tawaf kidai la....huhu...

Masih lagi dalam saie, dan saya mula berfikir, macamana la pembantu rumah saya...MasyaAllah, Allah lintaskan mak mertua saya...yang ni masuk bab lain...

Selesai jer saei, saya bertahlul, dan kembali ke hotel...bersihkan diri...

Selepas tu saya kembali ke masjidilharam lagi untuk mengerjakan solat subuh berjemaah...Alangkah indah kalau saya berada disana sekarang...saya masih dapat mengumpul 120000 pahala mengerjakan solat berjemaah dimasjidilharam..AllahuAkbar!

Comments

Wanna said…
Dok terkira banyoknya pahala kita dapat bila berada di sana... berjuta2 berbilion2... Memang Allah maha pemurah... Alangkah beruntungnya mereka yg tinggal di sana. No wonder Prof Kamil n family pun duduk sana... Masya Allah...
Wanna said…
Banyak kan pahala pegi sana, berjuta2, berbillion2... Allah Maha Pemurah... beruntung orang dok sana kan... Subhanallah...
iyer wanna..aku pun berangan lalu...tapi suami dah cakap.."my,suatu hari dulu..dan akan tiba harinya..saya nak duduk sana" thats y aku selalu inspirekan laki dgn prof kamil...siapa kita, hanya Allah yang tentukan...yang kelakarnya...aku siap kata...awak tahu janggut prof kamil pun jarang2...sama cam awak...sampai kali ni dia sanggup simpan janggut...tak dapat dibayangkan camner rupa lakiku tu....kelakar sungguh2...

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu