Cerita setahun yang takkan habis...(episod 5)

Pagi ni saya agak lambat, malam tadi saya berniat saya nak bangun tengah malam…saya nak bangun doakan especially untuk abang saya, saya dengar dia sakit..tapi dia takkan bercerita punya la..itu standard orang lelaki..ayah kata teruk..apapun kita sama-sama doa yer…semoga abang saya diberi hidayah dan taufik atas ujian kesihatannya..setiap penyakit adalah penghapus dosa kita.MasyaAllah..


Kerja saya makin bertambah…memula saya rasa down…asyik kena balik lambat selepas pukul 7…dah jadi fitrah seorang mak..saya nak dengar suara hati anak-anak saya..semalam..abang excited..mommy, mommy tgok tak abang publish ustaz azhar…tengok…Ya Allah semoga anak-anakku selalu mendampingi agamamu…permudahkanlah hidup anak-anakku…berikanlah kebaikan didunia dan diakhirat…jauhilah mereka dari fitnah dunia…amin

Kakak…seronok bercerita dan sambil membaca novel koleksi ana solehah…mommy sedap giler cerita ana solehah…kakak sangat suka nanti mommy baca jugak k…ye,ye,ye..disudut hati..InsyaAllah

Adam..sedang menikmati keseronokan bunyi muzik...pantang kita berzikir, ya Allah, Ya Allah, Ya Allah…gerak terus badan…kelakar…

Alhamdullilah…aku bersyukur dengan nikmat rezeki kasih sayangmu mengurniakan anak-anak yang hebat…

Begitu la…sepanjang yatie tak dapat solat, yatie pergi breakfast agak awal..lagi la kalau dah terbiasa bangun awal, tak pun malu wei…ngn kekawan yang nak g solat subuh.(MasyaAllah iman dapat diukur dengan perasaan malu…)…..drg awal2 dah bangun…mmm…tak pun mok teh datang kejutkan kami…Ya Allah, dia memiliki rupa mak sahabat tempat kerja lama, …Subhanallah

Bila ada peluang mok teh bersendirian dengan saya, dia pasti tanya…kenapa saya datang sini…dan saya mesti la tanya balik…rupa-rupanya…berat tanggungjawab mak teh..membawa seribu cerita kisah anak-anak dan menantu…kehidupan perlu diteruskan…apapun yatie sayang mak teh tau..nanti mak teh jangan lupa jemput yatie pergi kenduri..insyaAllah semoga suami yatie ada sekali nanti.

Dan ketika breakfast, saya tengok ada lelaki tidak menyertai jemaah subuh…tanpa alasan..Ya Allah, berikanlah hidayah taufik kepada mereka…ala macam korang tengok kalau reramai lelaki yang tak solat jumaat tu….sabar jer lah…itu la orang cakap…kalau g haji berkali2 belum tentu hatinya suci….Astaqfirullahalazim…ampuni dosaku ya Allah

Semestinya saya jumpa orang perempuan yang sama-sama makan pagi…kami berkenalan..ada yang terus tanya,dah kawin, dah ada anak..ala orang nak berkenalan camner? Rappo gtu…huhu

Ada tu terus mengadu…kak..saya dah lama kawin…11 tahun..tapi saya tak ada anak…saya dengar kalau orang datang sini berdoa mujarab…saya dengar…dan saya tanya, suami datang?tak…saya datang dengan mak dan ayah..sampai-sampai dah tak boleh solat…ni dah masuk hari ke 5…maknanya ada 3 hari lagi kita kat mekah…saya cuma kata…doa yer…semoga cepat dapat pergi masjidilharam…saya tidak tahu apa yang berlaku….tapi pasti ada hikmat…orang yang yang sabar orang yang menang…saya juga sabar dengan kehidupan saya…

Saya tak ke mana…saya pergi ke bilik kakak saya…cerita-cerita kosong…dan saya cerita ada kawan saya bagi hanger yang banyak, bagi baldi,bagi ikan bilis , bagi seruding ikan masin, bagi macam-macam, dari ubat sampai buku…dia bagi purdah jugak sebab dia cakap pergi ladang unta kena pakai sebab berdebu, tapi saya lupa pulak bawak…Ya Allah…Terima kasih kerana memberi sahabat macam Rozia hanis…dia sangat pemurah…dan rahmatnya saya jumpa dimekah!

Hari ni kami juga berkongsi cerita dalam bilik…itu la jiwa seorang wanita, memerlukan seorang pendengar yang setia…

Alhamdullilah suami saya seorang pendengar setia…dang-dang dia cakap..isteri saya selama saya kahwin tak pernah dia membebel..saya pun pelik tak pernah membebel pada anak-anak…kata suami kepada saya…tapi dia selalu banyak cerita…kalau satu hari tu dia call sampai 5 kali..ada jer cerita…mesej tak yah cakap…kakaka…

Terima kasih by selalu mendengar suara hati saya…

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu