Orang cakap senang...

Terpanggil nak berkongsi kisah anak-anak....

Semua dah kembali normal...Kalau yang bekerja...mula bekerja..anak yang sekolah semua kena bangun awal, pergi sekolah...jalan pun dah sibuk balik...

Pagi-pagi ni...Danish dah marah-marah sebab aku tak kejutkan pukul 5.30 pagi...padahal aku dah bangun pukul 5 pagi..dalam kul 6.30 baru aku kejutkan...mula la mood pagi dia dengan berkata "mommy dah derhaka "....mmm, tu la antara challengge nak besarkan anak sorang-sorang....anak-anak kalau ayahnya ada memang semua bagus..bila dengan mak semua tak kena....suamiku selalu bercerita kisah kawan-kawan bila masa lapang...isteri si B ni selalu kena buli kat anak-anaknya....pernah tak terfikir isterinya, kadang-kadang hampir nak menitiskan airmata kerana anak...tak lagi memikirkan karenah suami....seolah-olah tanggungjawab dan dosa pahala tu pada seorang ibu sahaja....kita mak ayah bukan saja dituntut untuk jaga makan dan pakai sahaja....tapi ada tanggungjawab yang lebih besar lagi selain makan minum dan pakai, diorang juga perlukan perlindungan (ayat standard suamiku sangat risau kalau aku dah tak ada...siapa nak jaga anaknya..aku ke 80%, sebab aku selalu ada kat rumah...dia selalu kerja kat luar),Pendidikan..(lagi la..aku yang kena..sebab pernah jer secara peribadi kalau anak drop dalam peperiksaan.."kalau boleh saya nak utamakan pelajaran diaorang", seyes...aku tak dapat nak kontrol semua kalau jiwa aku tak tenang nak fikirkan masalah orang,ialah mana nak g kerja...mana nak jaga anak-anak....kalau ibu bekerja pasti tahu...makanan emosi dan spirtual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus.....

"Ya allah aku mohon padamu,supaya engkau kurniakan kesabaran dan kesihatan yang baik padaku dalam membesarkan anak-anakku, selagi hayat dikandung"

Kini, aku masih ada 10 hari lagi untuk luangkan masa bersama mereka, untuk yakinkan mereka....yang aku ni kasihkan mereka?

Aku pun mengerti, masa aku umur2 dorang mana la tahu erti hidup...tahu nak main, nak seronok, nak makan, tahu menangis,tahu nak itu, nak ini...macam-macam semua itu kita belajar.

Aku sanggup ambil cuti tanpa gaji demi diaorang semata-mata nak menjaga puasa mereka, mana kan tak cuti maternity sehingga 15 hari puasa..disebabkan tiada orang memantaunya...aku tak ada pembantu (opss, belum tentu pembantu dapat memantaunya...)aku sambung lagi....itupun yang abang boleh lagi ponteng satu hari, dibawah pengetahuan aku, apabila aku tengok sekeping ikan goreng hilang...nak jaga solat diaorang lagi...dah 10 tahun dah anakku tu...tu sampai nak kena ugut...biar aku lari dari rumah....kadang-kadang semua ni apa yang kita berkorban anak-anak tak faham....

Bila bercerita dengan suami, aku pernah tanya...kalau awak tak ada kat rumah pernah awak nak tanya khabar anak-anak...bukan tanya sihat, bukan tanya makan minum....semua tu routine...silala tanya...anak-anak dah solat?Kita ni dah la jahil.....(bab kata pepatah...anak-anak cermin ibubapa...kalau kita 1 kali jahat, anak-anak 10 kali jahat)....bukan senang nak jaga rumahtangga....pesan kat suami jangan fikir dia saja yang seronok...bukan dia saja yang cari rezeki...rezeki kena halal...biar hidup jadi berkat...kalau la setakat nak cerita...orang pakai kereta ni hebat(?????)....orang ni pangkat datuk(?????).....mmmm....Allah takkan tanya semua tu...Allah akan tanya dah selesai ke tanggungjawab kita?

Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar....sungguh aku penat......dan sampaikan anak-anakku bila tanya soalan aku sekarang dah tak berkata-kata...sebab ibunya kini terlampau banyak berfikir.....pada yang memahami terima kasih...

Kadang-kadang aku juga berfikir, bila dapat tahu seorang ibu anak 5, tinggalkan anak, ibu anak 4, tinggalkan....kenapa ibu ini tak sayang anak-anaknya....?

Anak-anakku ibu dah tolong jawab kata atas...nak jaga anak...bukan jaga makan dan pakai saja...ibu mahu beri kasih sayang...kasih sayang yang merangkumi makan emosi dan spiritual...bagi membentuk akidah anak-anak....

Hati kecil ni selalu berkata, anak-anak takkan tahu dan takkan faham bahawa betapa ibunya banyak berkorban untuk diri diaorang....walaupun ibunya hampir mati,walaupun hati ibunya setiap hari menangis..bab kata pepatah, anak 10 belum tentu boleh jaga ibu seorang.....

Dan yang paling kupinta...ayah kepada anak-anakku...jaga la Allah, supaya Allah boleh jaga isteri dan anak-anakmu.....kamu yang punya pilihan.....

Untuk anak-anakku...Amirul,Batrisyia dan Darwisy...ibu sayang kamu!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu